Saturday, October 4, 2008

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 3

Drama- Roda Kehidupan(Episod 3)

Setelah Arif menghubungi ambulans, dia kembali ke tempat di mana dia dan Asyraaf terjumpa Aiman yang berlumuran darah di kepalanya. Arif nampak Asyraaf sedang membalut kepala Aiman dengan baju berwarna putih.

Arif: Dari mana hang dapat baju tu?
Asyraaf: Hari ini kan kelas kita ada waktu pendidikan jasmani, jadi aku bawalah baju putih tapi tengok-tengok hujan pula pagi tadi jadi ia tidak dipakailah. Hang sudah hubungi ambulans ke?
Arif: Sudah. Aku siap hubungi polis juga. Tu dia ambulans dan polis dah sampai.



Aiman telah dikejarkan ke Hospital Umar Abdul Aziz. Polis pula menjalankan siasatan di tempat kejadian selain mengambil keterangan daripada Asyraaf dan Arif. Setelah memberikan keterangan kepada pihak polis, Asyraaf dan Arif pulang ke rumah mereka. Sejurus selepas itu, berita tentang kejadian itu telah tersebar dan sampai ke pengetahuan ibu bapa Aiman dan sahabat-sahabat Aiman. Ibu bapa Aiman dan beberapa orang sahabat Aiman terus ke hospital berkenaan selepas mendapat berita itu.

Afiq: Pak cik, apa sebenarnya yang sudah berlaku?
Encik Abu Bakar: Entahlah, pak cik pun tidak tahu.
Pegawai polis: Adakah tuan ini ayah Aiman?
Encik Abu Bakar: Ya, saya ayah aiman. Tuan, apa sebenarnya yang berlaku pada anak saya?
Pegawai polis: Menurut keterangan daripada dua orang pelajar yang menjadi saksi kejadian, anak tuan dipercayai telah dibelasah oleh pihak yang tidak diketahui. Tetapi dipercayai mereka ialah pelajar sekolah tersebut juga. Namun, hanya bahagian kepala yang dilihat cedera. Tapi cedera-cedera pun teruk juga pendarahan di kepala anak tuan. Pihak polis sedang menjalankan siasatan ke atas kes ini.
Encik Abu Bakar: Oh, begitu. Terima kasih atas maklumat yang tuan berikan. Diharap pihak polis dapat menjalankan siasatan dengan sebaik mungkin.

Adam turut berada di hospital berkenaan setelah menerima berita itu. Dia ternampak perbualan antara ayah Aiman dan pegawai polis itu.

Adam: Pak cik.. tuan, saya tahu siapa yang membelasah Aiman.
Pegawai polis: Kamu tahu? Siapa?
Adam: Sebenarnya tengah hari tadi semasa di sekolah, saya terdengar sekumpulan pelajar sedang berbincang tentang hasrat mereka untuk membelasah Aiman.

Afiq yang mendengar apa yang dikatakan oleh Adam lantas datang dan menarik baju Adam dengan riak wajah yang marah yang membuatkan ayah Aiman dan pegawai polis itu terkejut.

Afiq: Hang sudah tau tentang hal ini tetapi mengapa hang tak beritahu kami? Kalau apa-apa berlaku pada dia, memang patut hang dipersalahkan.
Encik Abu Bakar: Bersabarlah. Jangan bertindak mengikut perasaan. Perkara ini telah berlaku dan tak perlu salahkan dia.
Adam: Aku memang berhasrat nak memberitahu tentang perkara ini kepada korang di sekolah tadi tapi aku kan tak begitu rapat dengan korang jadi aku hanya mendiamkan diri sahaja dan berdoa kepada ALLAH agar tidak berlaku apa-apa kepada Aiman.
Pegawai polis: Adik, tolong ikut saya sekejap kerana saya ingin mengambil keterangan adik sebentar.

Lalu Adam mengikut pegawai polis itu untuk memberi keterangan. Ketika itu Aiman masih belum keluar dari bilik kecemasan.

Afiq: Harap-harap Aiman akan cepat sembuh kerana minggu depan insya ALLAH kami akan menduduki peperiksaan percubaan PMR.
Encik Abu Bakar: Insya ALLAH Aiman akan sembuh menjelang peperiksaan itu nanti. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH.

Selepas itu, kelihatan doktor yang merawat Aiman keluar daripada bilik kecemasan.

Puan Asma': Doktor, bagaimana dengan keadaan anak saya?
Doktor: Alhamdulillah keadaan anak puan baik. Puan usah bimbang. Cuma anak puan masih belum sedarkan diri. Pendarahan di kepala anak puan agak dalam juga kerana dihempuk dengan objek yang keras dan tajam. Sebentar lagi anak puan akan dipindahkan ke wad kelas satu.
Encik Abu Bakar: Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ALLAH. Terima kasih, doktor.

Sahabat-sahabat Aiman turut mendengar apa yang dikatakan oleh doktor tersebut.

Akmal: Alhamdulillah, syukurlah Aiman tidak apa-apa. Aku risau juga kalau-kalau berlaku apa-apa pada dia.
Afiq: Aku memang geram terhadap Adam kerana dia tidak memberitahu kita bahawa dia terdengar perbualan tentang rancangan kumpulan pelajar tak guna tu. Semoga insan-insan tu akan dapat hukuman yang setimpal.
Amar: Ala.. tak mengapalah Dia kan dah menjelaskannya. Lagipun Aiman kan tidak apa-apa.
Afiq: Erm..yelah tu.
Akmal: Sudahlah. Yang dah berlalu biarlah berlalu. Kalau pelajar terlibat dengan kes-kes seperti ini, diorang akan dibicarakan mengikut mahkamah juvana kan?
Amar: Rasanya begitulah. Aku pun tak berapa tahu sangat.

Bersambung.....

No comments: