Sunday, October 26, 2008

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 7

Pada petang itu, Aiman dan Amar pergi ke perpustakaan awam di Bandar Taiping.Ketika mereka berdua sedang berjalan untuk ke sana, mereka berdua ternampak Hazwan, Hakimi dan kumpulan mereka termasuk Adam sedang merokok di sebuah lorong yang agak sunyi.

Aiman: Mata aku ni betul ke tak?
Amar: Kenapa tak betul pula?Aku pun sebelum ini tak percaya Adam boleh berbaik dengan diorang tetapi mahu tak mahu itulah kenyataannya.
Aiman: Hang bawa talefon bimbit tak? Talefon bimbit aku tak mempunyai fungsi kamera.
Amar: Hang nak ambil gambar diorang ke? Sekali dengan Adam?
Aiman: Yelah.Aku nak ambil gambar mereka bukannya apa.Aku mesti menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang pengawas untuk melaporkan kesalahan disiplin pelajar kepada guru disiplin.Lagipun tujuannya bukan apa,cuma aku mahu diorang berhenti dari kegiatan diorang tu.



Selepas mereka berdua mengambil gambar kumpulan pelajar yang sedang merokok itu, mereka berdua meneruskan perjalanan mereka ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran.
Aiman menggunakan talefon bimbit Amar untuk menghantar gambar pelajar yang merokok itu kepada guru disiplin iaitu Sir Ahmad Tarmizi menggunakan MMS.Sir Ahmad Tarmizi mengucapkan terima kasih kepada Aiman dan Amar atas maklumat yang diberikan oleh mereka. Setelah menduduki peperiksaan, sudah pastinya keputusan pula yang dinanti-nantikan.

Aizat: Keputusan aku teruk juga untuk peperiksaan percubaan ni.
Aiman: 2A tu kira boleh tahanlah. Taklah teruk pun.
Aizat: Hang dapat 6A tak mengapalah. Kira lebih baik daripada aku.
Aiman: 6A pun tapi dapat B untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Sejarah pula dapat C.Kira tak berapa oklah.Amar, hang dapat berapa A? Aku bukannya ingat markah korang.
Amar: Aku taklah pandai seperti hang. Aku cuma dapat 3A. Tetapi tak mengapalah, nak kena jadikannya sebagai pembakar semangat untuk menggandakan usaha untuk menduduki PMR tak lama lagi.
Akmal: Wah.. bersemangat nampak sahabat kita ni. Bagus.
Aizat: Kata orang bagus, hang pula dapat berapa A?
Akmal: 5A saja.
Aiman: Hang kira ok la walaupun 5A kerana gred keseluruhan 5A 4B, tidak seperti aku 6A 2B 1C.
Akmal: Pelajar cemerlang ni sajalah nak merendah diri. Hang kira oklah walaupun baru sembuh dari kecederaan dan tidak sempat untuk ulangkaji secukupnya tapi boleh dapat 6A.
Amar: Lepas ni kita akan dibahagikan kepada dua kumpulan kan untuk kelas anjal?
Amran: Betul. Pembahagian tu berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan ni.
Amar: PMR dah makin dekat, rasa risau betul.
Aizat: Relakslah.. jangan tertekan sangat. Ada sebulan lagi.
Aiman: Sebulan tu ibarat sehari sajalah. Tapi kira baguslah PMR sebelum kita meraikan Hari Raya Aidilfitri, boleh kita beraya sakan nanti.
Akmal: Yelah tu pelajar cemerlang. PMR pun belum berakhir, cakap pasal raya pula.
Aiman: Ala.. aku sengaja cakap begitu untuk mengurangkan rasa tertekan kita.
Amar: Pandai betul pelajar cemerlang ni nak redakan keadaan.
Aiman: Aku tidak tahu hendak kata apa pada korang supaya tidak kata pasal pelajar cemerlang la pandai la dan adik beradiknya. Malas aku nak dengar.
Aizat: Ala..relakslah. Jangan marah. Kami melawak saja. Nanti kami tidak akan kata begitu lagi.
Aiman: Aku tak marah tapi cuma rasa aku tak layak untuk dikatakan sedemikian.
Akmal: Merendah dirilah pula.

Bermulalah sesi kelas anjal di mana para pelajar tingakatan 3 dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan gemilang dan cemerlang. Kumpulan gemilang ialah kumpulan yang menempatkan para pelajar yang berpotensi tinggi untuk mendapat keputusan 9A. Manakala kumpulan cemerlang ialah kumpulan yang menempatkan pelajar yang hanya mendapat 1A dan kebawah dalam peperiksaan percubaan PMR yang lalu.Melalui kelas anjal ini, para pelajar akan menjawab soalan latih tubi untuk memantapkan mereka bagi menduduki PMR pada 1 Oktober nanti.

Hazwan: Ish..sepatutnya Adam berada dalam kumpulan yang sama dengan kita. Tetapi tengoklah, dia berada dalam kumpulan gemilang pula.
Hakimi: Apa yang boleh dibuat, dah dia dapat keputusan 3A jadi dia tergolong dalam golongan pelajar kumpulan gemilang la.
Hadi: Relakslah..bukannya kita tidak boleh merokok bersama dia apabila dia tergolong dalam golongan pelajar kumpulan gemilang tu.

Tiba-tiba datang dua orang pelajar tingkatan 2 iaitu Asyraaf dan Arif mencelah perbualan mereka.

Asyraaf: Abang, Sir Ahmad Tarmizi hendak berjumpa dengan antum di biliknya sekarang.
Hazwan: Oh, yeke. Terima kasih kerana memberitahu.
Asyraaf: Sama-sama.

Selepas itu Asyraaf dan Arif beredar dari kawasan itu selepas memaklumkan bahawa Sir Ahmad Tarmizi hendak berjumpa dengan Hazwan dan rakan-rakan kumpulannya.

Hakimi: Apa cerita pula dah sir hendak berjumpa dengan kita?
Hadi: Takkan sir sudah tahu bahawa kita berbohong kononnya kita sudah berhenti merokok.
Hazwan: Kalau betul, ini mesti kerja si Aiman tu.Tak insaf-insaf lagi nampaknya dia.Memang tak guna betul dia ni.

Maka selepas itu mereka pun pergi ke bilik Sir Ahmad Tarmizi.Setibanya di sana,mereka agak hairan melihat kelibat Adam yang turut berada di dalam bilik Sir Ahmad Tarmizi.

Sir Ahmad Tarmizi: Silakan duduk para pelajar yang dikasihi sekalian.
Hazwan: Sebenarnya mengapa sir hendak berjumpa dengan kami?
Sir Ahmad Tarmizi: Kamu ni..saya kan guru disiplin.Jadi sudah tentu saya ingin berjumpa dengan kamu semua berkaitan dengan disiplin. Boleh tak kamu jawab dengan jujur soalan saya. Kamu sudah berhenti merokok atau belum?
Hakimi: Ya. Kami sudah berhenti merokok sir.
Sir Ahmad Tarmizi: Sudahlah! Saya sudah naik muak dengan pembohongan kamu semua. Bolehkah kamu jelaskan pada saya tentang gambar ini?

Lantas Sir Ahmad Tarmizi menunjukkan gambar yang dihantar oleh Aiman kepadanya melalui talefon bimbitnya. Mereka terkejut melihat gambar tersebut.

Bersambung......

No comments: