Perbualan Aiman dan rakannya terhenti setelah melihat kelibat ibu bapa Aiman yang datang untuk melawat Aiman.
Akmal: Assalamualaikum pak cik, mak cik.
Encik Abu Bakar & Puan Asma': Waalaikumussalam.
Aiman: Rindu rasanya pula pada mama dan ayah.
Aizat: Ish..buat seperti tidak berjumpa dalam tempoh masa yang lama pula.
Amar: Biasalah..anak soleh kan menyayangi ibu bapanya.Tentulah rasa rindu.
Encik Abu Bakar: Pak cik dan mak cik mengucapkan jutaan terima kasih kepada kamu semua yang datang melawat Aiman.Taklah dia rasa bosan berada di hospital.
Akmal: Tidak mengapalah pak cik, mak cik.Memang kami patut datang melawat dia pun sebagai sahabat.
Puan Asma': Bertuah Aiman dapat sahabat seperti kamu semua.
Amar: Kami lebih rasa bertuah dapat sahabat seperti dia.
Aizat: Ya, betul tu.
Aiman: Ish..korang ni ada-ada saja.
Encik Abu Bakar: Aiman, doktor kata Aiman boleh keluar wad esok.Itupun jikalau keadaan Aiman ok.
Aiman: Betul ke? Seronoknya dapat balik ke rumah.Bosan betul berada di hospital. Dahlah minggu depan nak duduki peperiksaan percubaan pula.Balik rumah nanti nak kena banyak ulangkaji la.
Amar: Ala..dah genius tak perlu ulangkaji banyak-banyak. Cuma perlu tengok sikit-sikit saja.
Aiman: Genius apanya? Merepek sajalah hang ni.
Kelihatan kelibat pegawai polis pula yang datang masuk ke dalam wad tersebut.
Pegawai polis: Saya cuma datang ke sini untuk memaklumkan bahawa pihak polis menerima permintaan Aiman untuk menutup kes ini dan pelajar-pelajar yang berkenaan tidak akan dibicarakan.
Aiman: Betul ke? Alhamdulillah,terima kasih banyak-banyak.
Akmal: Mana boleh begini. Siapa yang bersalah kena terima hukuman atas apa yang telah dia lakukan.
Pegawai polis: Sepatutnya memang begitu, adik.Tetapi memandangkan Aiman mahu yang sebaliknya jadi kita ikut sajalah kehendaknya.Baiklah, saya minta diri dulu.Semoga Aiman cepat sembuh ok.
Aiman: Insya ALLAH, terima kasih.
Lalu pegawai polis tersebut pun beredar dari wad itu.Akmal, Aizat dan Amar juga turut pulang ke rumah setelah waktu melawat hampir tamat.Keesokan harinya Aiman telah dibenarkan untuk keluar dari wad.Dia berasa begitu gembira kerana dapat pulang ke rumah dan akan dapat kembali ke sekolah.
Setibanya di rumah, dia mendapatkan talefon bimbitnya yang berada di dalam biliknya dan dia agak terkejut apabila mendapati terdapat hampir 40 mesej yang diterimanya.Hampir kesemua mesej dihantar oleh rakan-rakannya yang menyatakan harapan mereka agar Aiman cepat sembuh dan dapat segera kembali ke sekolah dan turut dapat menduduki peperiksaan percubaan PMR pada minggu hadapan.
Pada hujung minggu itu, Aiman dan sahabat-sahabatnya bertungkus lumus untuk mengulangkaji pelajaran bagi menduduki peperiksaan percubaan PMR pada hari Isnin yang akan datang.Sementara itu, lain pula ceritanya bagi Hazwan, Hakimi dan rakan-rakan kumpulan mereka termasuk Adam yang tidak bertungkus lumus untuk mengulangkaji pelajaran.
Hazwan: Bagaimana Adam, seronok tak merokok?
Adam: Boleh tahanlah. Minggu depan kita nak duduki peperiksaan percubaan, kita tak mahu ulangkaji ke?
Hakimi: Kita ‘enjoy' la dulu.PMR pun sebulan lebih lagi.Lagipun minggu depan cuma peperiksaan percubaan saja.
Adam: Bukannya apa, aku berhajat juga untuk membuat permohonan untuk ke sekolah berasrama penuh dan MRSM. Kalau tak silap,ia boleh dibuat berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan.
Hadi: Ish..tak perlulah buat permohonan untuk ke sana. Kekal sajalah di sekolah kita yang tersayang itu pada tahun depan.
Hujung minggu pun berlalu dalam sekelip mata.Pada hari ini,bermulalah peperiksaan percubaan PMR yang cukup medebarkan semua pelajar tingkatan 3.
Aiman: Huh..risaunya nak jawab soalan peperiksaan sekejap lagi.
Akmal: Ala..dah pandai dan bersedia pula tu takkan risau nak jawab soalan peperiksaan.
Aiman: Tak habis-habis cakap benda yang sama dari dulu.
Aizat: Takkan kami nak cakap benda lain pula.Dah pandai, kami akan sentiasa kata hang pandai jelah.
Aiman: Apa-apa sajalah.Aku bukannya sempat ulangkaji semua subjek terutama Sejarah.
Sepanjang 5 hari peperiksaan percubaan PMR dijalankan, semua pelajar tingkatan 3 mendudukinya dengan tenang dan cuba menjawab dengan sebaik mungkin bagi memperoleh keputusan yang cemerlang.
Amar: Bagaimana pelajar genius, selepas kita telah duduki peperiksaan, rasa-rasanya hang boleh dapat berapa ‘A'?
Aiman: Entahlah..aku pun tak tahu nak kata. Kita tunggu sajalah dan lihat. Hang bukan main nak tanya aku, hang pula rasa boleh dapat berapa ‘A'?
Amar: Aku pun sama sajalah. Tapi harap-harap dapat paling kurang 5A pun kira oklah.
Amran: Pelajar genius tak tahu nak agak dapat berapa ‘A' tu kerana dia boleh dapat 6A dan ke atas la tu kan.
Aiman: Ni sorang lagi.Bukan main sibuk cakap pasal aku, hang pula rasa boleh dapat berapa ‘A'?
Amran: Aku taklah pandai seperti hang. Kalau dapat 4A pun kira baguslah.
Aiman: Yelah tu. Merendah dirilah pula.
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment