Saturday, October 18, 2008

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 5

Pada malam itu, Aiman yang sedang tidur di wad keseorangan tiba- tiba bermimpi bahawa dia akan meninggal dunia tidak lama lagi. Mimpi itu menyebabkan dia terjaga dari tidurnya sambil berkata "Ya ALLAH sekiranya Engkau takdirkan aku akan meninggalkan dunia ini tidak lama lagi, Engkau lambatkanlah ajalku ini Ya ALLAH dengan kuasa-Mu kerana Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.Aku sedar bahawa amalanku setakat ini masih belum cukup untuk dibawa untuk dihitung pada hari kiamat kelak."

Keesokan harinya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ibnu Taimiyah, Akmal dan Amar ternampak Hazwan, Hakimi dan kumpulan mereka melepak di koridor berhampiran kelas mereka.



Akmal: Assalamualaikum wahai sahabat-sahabatku yang bermasalah.
Hazwan: Waalaikumussalam wahai sahabatku yang suka menyibuk. Hang patut jaga kawan hang tu yang sedang berada di hospital.Manalah tahu kalau-kalau ada orang nak kacau dia atau bunuh dia.
Amar: Hmm... rasanya kalau yang nak kacau atau bunuh dia tu korang la, tiada orang lain.
Hakimi: Amboi, sedapnya mulut mengutuk kami.Tak mengapalah, ada ubi ada batas, ada hari boleh balas.
Akmal: Adakah hang sedar ataupun tidak apa yang hang katakan? Dah cederakan orang, lepas itu berlagak seperti insan yang baik.Padahal Aiman tu hendak kes ini ditutup dan korang takkan dibicarakan mengikut mahkamah juvana.Korang tengoklah,dia bukannya seperti korang. Korang cederakan dia tapi dia hendak balas dengan kebaikan.Bila korang nak sedar,insaf dan berubah?
Hadi: Aiman tu biasalah nak tunjuk kata dia tu baik. Hang pula usahlah sibuk nak cakap banyak pada kami seolah-olah kami seperti budak-budak.Nak berceramah silakan berbuat demikian pada pelajar tingkatan 2 atau pelajar sekolah rendah.Bukan berceramah pada kami.
Amar: Astaghfirullah Al- Azim, aku tak tahu hendak kata apa pada korang. Sampai bersangka buruk pula pada dia. Insya ALLAH, mudah-mudahan satu hari nanti korang akan mengerti kebenaran yang korang masih belum nampak sekarang.
Hazwan: Yelah tu encik pakar motivasi. Malas hendak bercakap dengan korang yang bertaraf tinggi ni.

Kemudian Hazwan dan kumpulannya beredar dari koridor berdekatan kelas mereka itu.

Akmal: Aku pun tak tahu bilalah mereka akan sedar atas perbuatan mereka tu.
Amar: Kita berdoa sajalah agar satu hari nanti mereka akan sedar dan berubah seperti Aiman pernah kata.
Akmal: Tulah.. itu sajalah yang mampu kita buat pun.Adakah kita jadi nak pergi melawat Aiman petang ini selepas tamat kelas tambahan?
Amar: Mestilah jadi.Kenapa pula tak jadi.
Aizat: Maaflah menyampuk korang bersembang, dengarnya korang nak pergi melawat Aiman di hospital petang ini. Bolehkah kalau aku turut serta sama dengan korang?
Akmal: Ala.. mestilah boleh.Apa salahnya.Mesti Aiman gembira tengok hang pun datang melawat sama.Taklah bosan tengok kami berdua saja.
Aizat: Ish..ada-ada sajalah hang ni.Tak adalah dia nak bosan tengok korang berdoa. Lagipun korang kan sahabat karib dia. Eh.. jomlah ke kantin, takkan korang berdiet pula.

Sementara itu di kantin sekolah,Hazwan dan Hakimi ternampak Adam sedang makan berseorangan.

Hakimi: Kasihannya aku tengok hang makan berseorangan di sini.Kenapa tak makan bersama dengan pelajar-pelajar bertaraf tinggi tu?
Adam: Aku bukanlah pandai seperti diorang jadi rasa segan untuk rapat dengan diorang.
Hazwan: Oh, yeke. Kami kan ada dan bersedia untuk menjadi kawan hang.Kami pun tak pandai seperti diorang tu jadi kita serupalah.
Hakimi: Betul tu. Petang ni jom ikut kami berjalan-jalan di sekitar Bandar Raya Oligopoli Taiping ni.
Adam: Bersiar-siar? Nak buat apa?
Hazwan: Ikut sajalah kami petang ni.Usah cakap banyak.
Adam: Yelah tu.

Pada petang itu, Akmal, Amar dan Aizat pergi ke Hospital Umar Abdul Aziz untuk melawat Aiman. Ketika berada dalam bas dalam perjalanan ke sana, mereka ternampak Adam bersama-sama Hazwan dan kumpulannya berjalan di sekitar bandar Taiping.

Aizat: Bukankah itu Adam?Sejak bila dia rapat dengan kumpulan tu pula?
Akmal: Entahlah.. aku pun tak tahu.Dunia dah maju, zaman pun dah berubah.
Amar: Ish.. hang ni cakap apa benda pula. Bukannya ada kaitan pun antara kemajuan zaman sekarang dengan Adam rapat dengan kumpulan tu.

Setibanya mereka di wad di mana Aiman berada, mereka agak terkejut melihat riak wajah Aiman yang agak sedih dan hiba.

Amar: Assalamualaikum, wahai sahabatku yang tampan.
Aiman: Wa'alaikumussalam.Ish..ada-ada saja hang ni.
Akmal: Hmm.. Kenapa aku tengok hang seperti dalam kesedihan saja. Adakah hang mempunyai apa-apa masalah? Kami rasa tak gembira la tengok keadaan hang seperti ini.
Aiman: Tak ada apa-apalah.Jangan risau tentang aku.Aku baik-baik saja.
Aizat: Aku tahu hang mesti ada sembunyikan apa-apa tetapi hang tak mahu beritahu pada kami. Tak mengapalah,kami faham. Dari riak wajah hang pun kami tahu ada sesuatu yang membuatkan hang sedih.
Amar: Yelah.. Kalau hang mempunyai apa-apa masalah dan sebagainya, cerita sajalah pada kami. Mana tahu kalau-kalau kami dapat bantu. Kita mestilah saling membantu antara satu sama lain. Lagipun hang sudah selalu ajar aku matematik, jadi apabila hang ada masalah berilah peluang pada aku pula untuk bantu hang.
Aiman: Korang ni..kan aku kata aku baik-baik saja. Tak ada apa-apalah.Usah fikirkan yang bukan-bukan.Yang ungkit pasal matematik tu buat apa pula.

Bersambung.....

No comments: