Oleh: Nurul Mubin Bin Siraj
DEBAT penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian pasti timbul lagi setelah mahkamah Tinggi memberi keizinan kepada mereka. Ada satu lagi ruang keputusan yang muktamad iaitu Mahkamah Persekutuan! Di negara-negara lain hal seperti ini tak perlu masuk mahkamah. Tapi inilah Malaysia yang unik. Keislaman di Malaysia tak sama sekalipun dengan Indonesia.
Malu juga apabila orang Islam di Malaysia sangat lemah akidah dan imannya. Apabila orang Kristian menggunakan kalimah Allah seperti orang Islam dianggap pasti orang Islam akan keliru. Keliru seperti, manakah yang benar? Allah berdasarkan agama Islam atau Kristian.
Susah sangatkah hendak membedakan ketauhidan antara Islam dan Kristian? Dalam Islam Tuhan hanya satu, Dialah Allah yang tidak dapat disamakan dengan apa juga. Dia dengan kebesarannya sendiri. Allah dalam akidah muslim tidak punya anak atau keluarga seperti manusia.
Dalam akidah Kristian Allah itu juga Isa al-Maseh. Mereka kata Nabi Isa itu Jesus, satu jelmaan Allah kepada manusia untuk menebus dosa manusia yang pernah dilakukan oleh Nabi Adam dan Hawa dahulu. Dalam Islam Nabi Isa sama seperti nabi-nabi Allah yang lain. Nabi Isa makan dan minum, kemudian mendapat wahyu untuk membimbing manusia mengesakan Allah. Dalam Islam tidak ada dosa dan pahala yang boleh diwariskan kepada sesiapa, sedangkan dalam Kristian dosa Nabi Adam itu diwariskan kepada semua manusia. Kan ada beda yang sangat jelas.
Adakah umat Islam awam di Malaysia begitu tolol sampai tidak dapat membedakan antara Allah yang tunggal dalam ajaran Islam, dengan Allah yang menyamar menjadi manusia dalam ajaran Kristian? Kecuali bab dosa warisan dalam Kristian dengan kepercayaan pahala warisan dalam adat umat Islam. Kirim atau wariskan pahala itu bukan ajaran prinsip Islam (al-Quran) tetapi adat resam saja. Agaknya ini yang nanti akan mengelirukan umat Islam sebab ada juga persamaan antara Kristian dengan adat Islam nenek moyang. Jadinya nanti, masuk Islam atau Kristian tak jauh bedanya!
Kalau nanti akhirnya memang disahkan oleh undang-undang bahawa penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah merujuk Tuhan dalam kepercayaannya, apa akan jadi?
Hemat saya, itu tidak mengapa kerana semua itu fitrah manusia. Fitrah manusia makan dan minum, dalam ketuhanan manusia menerima Allah sebagai Tuhan. Aduh, banyak kali dicatat hal ini dalam al-Quran, sampai-sampai semua roh manusia membuat akujanji bahawa Allah adalah Tuhan pencipta (surah al-A’raf: 172). Ini memudahkan dakwah.
Selama ini ada masalah seperti: Tuhan kami tak sama dengan Tuhan kamu, jaga Tuhan sendiri-sendiri sudahlah! Oh ya, kalaulah semua mengatakan Tuhannya Allah, maka pendakwah mudah menjelaskan ketauhidan serta sifat-sifat Allah yang benar, yang ada dalam al-Quran dan sunah. Kalau berdebat pun mudah sebab fokusnya satu iaitu ketuhanan Allah, Allah yang itulah, yang diterima oleh semua penganut agama. Maka hujah siapa yang hebat dialah betul. Debatlah sampai lumpuh dan terpinga-pinga minda mereka.
Melalui dakwah atau debat sifat-sifat Allah ini akhirnya kita termasuk yang bukan Islam ini (Kristian) mesti memilih sifat-sifat Allah yang sahih, benar dan tidak ada tokok tambah (bid’ah). Selama ini umat Islam faham ketauhidan Allah dalam Kristian sudah dicemar dengan bid’ah.
Kasimpulannya, umat Islam wajib bersedia dengan perkembangan ini. Tidak kagetlah…, ini zaman global dan dunia yang sangat berubah dengan pantas. Maka terima saja kemungkinan kaum Kristian di Malaysia menggunakan kalimah Allah. Orang dahulu kata, ‘biarkan, biarkan, Si Luncai terjun dengan labu-labunya!’
Sumber: http://suparjo.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment