Thursday, January 7, 2010

Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 10

Ketika Asyraaf dan sahabat-sahabatnya tercari-cari Hafiz, datang Hafiz datang kepada mereka dalam keadaan tercungap-cungap.

Asyraaf: Hai..kenapa hang tercungap-cungap ni? Kena kena kejar dengan polis ke? Hehehe..
Hafiz: Kena kejar dengan polis apa..ditinggalkan oleh sahabat sendiri...
Amirul: Oh..sori..sori..sori..tadi masa nak keluar dari kelas, ingatkan hang dah balik..sebab tu tak tunggu hang..
Hafiz: Hmm..tak apa..tadi aku pergi jumpa Ustaz Mohd Asri..
Arif: Oh..ada apa jumpa ustaz?
Hafiz: Aku tanya pada ustaz pasal bid’ah..sebab aku pergi kuliah mufti malam tadi di Masjid Darul Ibadah.katanya tak ada bid’ah hasanah dalam soal ibadah yakni agama..tapi banyak orang kata bid’ah ada dua..satu bid’ah hasanah..satu bid’ah dolalah atau sesat..aku pun naik pening.
Amirul: Ala...jangan pening-pening ok..apa yang mufti kata tu betul la..apa yang banyak orang kata tu tak betul..sebab syarat ibadah diterima oleh ALLAH ada dua..ikhlas kerana ALLAH dan ikut ajaran Nabi Muhammad SAW..yang kata bid’ah tu apa yang direka tanpa petunjuk daripada nabi SAW...so mudah faham kan..
Asyraaf: Oh..macam tu ke? Hehehe..selama ni aku ingat ada bid’ah hasanah..kita beramal yang nabi tak buat tak apa asalkan ia baik...
Arif: Banyak orang kata juga kalau tak ada bid’ah hasanah..naik kereta tu bid’ah la..padahal yang kata bid’ah yang sesat tu cuma urusan agama..dalam ibadah..
Amirul: Ha..betul tu..masyarakat kita ni tak berapa faham konsep bid’ah tu cakap macam-macam..lepas tu bertelagah sesama umat Islam..
Hafiz: Hahaha...betul tu..macam-macam betul umat Islam di Malaysia ni...

Pada malam tersebut, Aliya menghantar mesej kepada Asyraaf untuk meminta pertolongannya.

Asyraaf: Hehehe...nak minta tolong? Apa dia?
Aliya: Huhu..tak ada apa pun sebenarnya..cuma nak kirim something pada awak..untuk bagi pada Arif..boleh tak?
Asyraaf: Kirim something pada saya? Hmmm..boleh tu boleh..tapi kenapa saya?
Aliya: Ala..sebab kita kan tuisyen add math sekali dengan Cikgu Halim...takkan tak tahu..
Asyraaf: La..ya ka? Hahaha..tak tahu la pula..sori la erk...hehehe..boleh..nak bagi apa pada dia? Hadiah sempena birthday dia ke?
Aliya: Eh..ingat erk birthday dia dah dekat...
Asyraaf: La..dah bersahabat rapat dengan dia mestilah ingat..huhuhu...
Aliya: Oh..betul juga ya..awak tak kisah ke saya bermesej dengan awak ni..mana la tahu nanti girlfriend awak marah ke..hehe..
Asyraaf: Apa hak dia nak marah? Kalau saya bermesej dengan perempuan lain, apa hak awak nak marah? Huhu...
Aliya: Ish..saya maksudkan awek la..bukan kawan perempuan la..
Asyraaf: Hahaha..oh..awek..ish...mana ada la! Siapa la kan nak orang macam saya ni..hehe..
Aliya: Hek eleh..siapa yang nak? Banyak orang nak...maklum la banyak peminat..keke..
Asyraaf: Yelah tu..apa-apa sajalah...emm..kita bahasakan diri ‘aku’ dengan ‘hang’ senang sikit erk...huhu..
Aliya: Okey...aku no problem..hahaha..

Keesokan harinya di sekolah, Asyraaf mengajak Amirul Imtiyaz menyertai tuisyen bersama dengannya.

Amirul: Hmm..hang tuisyen subjek apa?
Asyraaf: Hehehe..aku ambil add math dan math saja..dengan Cikgu Halim..
Amirul: Math pun ambil? Biar betul hang ni...
Asyraaf: Cikgu Halim buat pakej tu..dua subjek sekali..add math 4 jam seminggu..math 2 jam..
Amirul: Wah! Add math tuisyen 4 jam seminggu? Hebat! Hehehe...ok..ok...tuisyen tu hari apa?
Asyraaf: Math hari sabtu pukul 2 sampai 4...add math pula ahad pukul 9 sampai 1.15..
Amirul: Oh...ok...4 jam tu ada break tak?
Asyraaf: Ish..mestilah ada..kalau tak ada..habis meletup kepala..hahaha...

Kemudian datang Arif dan Hafiz menyampuk perbualan Asyraaf dan Amirul Imtiyaz.

Arif: Korang berdua sembang pasal apa ni ha?
Amirul: Ni ha..Asyraaf ajak aku join tuisyen add math dan math dengan dia..
Hafiz: Oh..dia promote tempat tuisyen dia la ni ha..hahaha...
Asyraaf: Aku bukan promote la..ajak saja..
Hafiz:  Nak tahu tak..sebab dia pergi tuisyen tu la boleh score 90 dan ke atas dalam add math..
Amirul: Oh...yaka? Lagi semangat aku nak join ni..hehe..
Asyraaf: Amboi..kalau nak tahu juga, dalam kelas tu pun ada yang fail add math..bukan semua cemerlang..pencapaian tu bergantung pada pelajar la..

Pada hujung minggu tersebut, Amirul Imtiyaz menyertai tuisyen bersama Asyraaf. Dan pada hari itu juga Aliya mengirimkan hadiah kepada Asyraaf untuk disampaikan kepada Arif.Amirul dan Asyraaf ternampak Anwar berjalan dengan seorang perempuan ketika menuju ke stesen bas.

Amirul: Eh...tu Anwar kan..dengan siapa tu? Awek dia ke?
Asyraaf: Entahlah...ha..nak buat-buat ambil gambar dia..hehehe..eh..dia datang la ke sini..

Bersambung....

No comments: