Selepas tamat tuisyen Matematik Tambahan, Asyraaf dan Amirul Imtiyaz ternampak Anwar berjalan dengan seorang perempuan ketika mereka sedang menuju ke stesen bas.Anwar yang sedar akan kelibat mereka berdua terus pergi kepada mereka.
Anwar: Wei..hang ni apasal, Asyraaf?
Asyraaf: La..apasal apa bendanya ni ha?
Anwar: Hek eleh..macam la aku buta..tak nampak hang nak ambil gambar aku dengan dia guna handphone hang..
Amirul: Ala..dia buat-buat saja..nak tengok apa reaksi hang..
Anwar: Wei..hang ni tak payah menyampuk boleh tak..
Asyraaf: Hang ni nak marah dia apasal ha? Nak berdating pergi saja la..huhu..
Anwar: Untuk pengetahuan hang, dia tu adik angkat aku..bukan awek aku!! Faham tak? !
Asyraaf: Adik angkat ke awek ke..ikut suka hang la..aku tak kisah pun..ok la aku dengan Amirul nak balik ni..silap-silap ketinggalan bas sebab cakap lama sangat dengan hang..hehehe..
Anwar: Ha..bagus la..padan muka kena tinggal dengan bas..hahaha..Cuma satu saja aku nak peringatkan hang..tak payah kerja jaga tepi kain orang..tak payah busy body!
Asyraaf: Ya la tu..apa-apa saja la..ok aku pergi dulu...
Anwar: Woi..aku tak habis cakap lagi la!
Asyraaf dan Amirul Imtiyaz terus menuju ke stesen bas tanpa menghiraukan Anwar.
Amirul: Apasal dengan Anwar tu ek?
Asyraaf: Apasal dengan dia? Apa maksud hang?
Amirul: Maksud aku..kenapa perangai dia pelik semacam ek..huhuhu..
Asyraaf: Ala..memang perangai dia macam tu pun...dari dulu lagi..hehe..ha..macam mana tuisyen add math 4 jam tadi? Puas ke?
Amirul: Huh..berasap juga kepala aku tadi..tapi ok la ada break setengah jam..kalau tak ada break, boleh meletup kepala aku..hahaha..
Keesokan harinya di sekolah, Asyraaf memberikan hadiah yang dikirimkan oleh Aliya kepada Arif.
Arif: Ish..hang ni..apasal bagi dalam kelas?
Asyraaf: La..lepas tu nak bagi di mana? Dalam tandas? Bilik guru? Surau?
Arif: Kan ramai orang dalam kelas ni..nanti apa diorang fikir pula..
Asyraaf: Ala..tak ada apa-apa la..Happy birthday to u! Hehe..semoga sentiasa dalam rahmat dan keredhaan ALLAH..
Hafiz yang terdengar perbualan mereka berdua lantas datang menyampuk.
Hafiz: Wah! Hadiah! Seronok..seronok..seronok..Bestnya dapat hadiah..
Arif: Seorang lagi nak kena dengan aku ni..tak reti jaga mulut..
Asyraaf: Hahaha..buat cakap macam Ipin pula dia ni..Ala..Hang ni buat tak tahu pula memang dia macam tu pun..mulut tak reti diam..hahaha..
Hafiz: Ala..jangan la marah..siapa yang bagi? Hehehe..tak apa..tak perlu jawab..jawapan dah diketahui..keke..
Arif: Baik hang tutup mulut hang sebelum aku ambil kalkulator ni sumbat dalam mulut hang.
Hafiz: Aduh...takutnya aku..nanti hang kena beli kalkulator baru pula..hehe..
Kemudian datang Sir Ahmad Tarmizi ke kelas mereka.
Sir Ahmad Tarmizi: Emm..kelas kamu ada dua meja dan kerusi yang tak guna tak?
Asyraaf: Err...tak ada sir..kenapa?
Sir Ahmad Tarmizi: Saya berbincang dengan beberapa orang cikgu dan buat keputusan untuk pindahkan Anwar dan Syukri ke kelas kamu..ibu bapa diorang pun setuju dengan keputusan ni.
Arif: Apa?! Anwar dan Syukri nak masuk kelas 4 Ali? Buat apa sir?
Asyraaf: Ish..hang ni..kenapa marah semacam je?
Arif: Eh hang ni..buat macam tak kenal diorang tu pula..
Sir Ahmad Tarmizi: Kami nak diorang bergaul dengan pelajar macam kamu semua ni..dengan harapan mudah-mudahan korang boleh la bantu mereka dalam pelajaran selain jadi contoh kepada diorang.
Arif: Ala..sir..diorang tu bukannya suka dengan kami pun...mana la diorang nak bergaul dengan kami..
Asyraaf: Ish...hang ni..ikut sajalah dah tu keputusan cikgu-cikgu dan parents diorang..
Sir Ahmad Tarmizi: Tak apalah..diorang akan masuk kelas ni kejap lagi..korang tolong la carikan meja dan kerusi untuk diorang..takkan nak angkat meja dan kerusi dari kelas lama diorang..
Arif: Ha..macam tu la ok sir..suruh diorang angkat sendiri..
Asyraaf: Ish..hang ni la..kita pergi cari la dekat stor sana tu..
Sir Ahmad Tarmizi pergi ke kelas 4 Muaz pula selepas itu untuk berjumpa Anwar dan Syukri.
Sir Ahmad Tarmizi: Kejap lagi kamu berdua kemas barang kamu..cikgu-cikgu dan ibu bapa kamu dah buat keputusan untuk pindahkan kamu ke kelas 4 Ali.
Anwar: Apa?! Kelas 4 Ali?! Errr...tak payahlah sir...malaslah kami nak berada di kelas sama dengan Asyraaf dan the gang tu...diorang tu bukannya suka dengan kami pun....
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment