Berikut adalah Top 10 Events yang paling aku ingati sepanjang berada di SMK Agama Arau:-
No 10 : Masa form 3 dulu, selepas saat aku mula tajdid dalam pemikiran aku dalam kefahaman tentang agama ni..aku pernah berdebat & berbalah dengan kawan2 aku pasal hal agama ni la...termasuk bid’ah dan sebagainya..debat sakan juga oo...macam nak bergaduh saja...memang tak boleh lupa la..at last aku fikir baik amalkan dasar ‘bagimu amalanmu bagiku amalanku’..tak perlu debat2 sangat dah tak ada kesudahan..huhu....
No 9 : Aku pernah cadangkan & mengemudi program yang bernama ‘Study Group Gerak Gempur PMR 2008’ kepada pihak sekolah...yang berkonsepkan mentor mentee.. program ni dijalankan sekejap saja dan selepas tu ditamatkan..antara sebab utama tak ada perancangan yang rapi dan sistematik...tetapi tak apa la..at least dapat pengalaman baru...hehe...
No 8 : "Katak Pisang SMK Agama Arau”..itu la nama bagi profile seorang insan yang tak diketahui siapa gerangannya di laman komuniti friendster..yang mana dia menyamar jadi sahabatku bernama Mohd Faizuddin Bin Sahimi..iaitu ketua pengawas SMKAA tahun lepas...pernah letak gambar aku dan kawan aku ni sebagai primary photo dia..kali pertama tu dia buat dan aku buat laporan kepada Friendster dan akaunnya kena delete..then dia buat lagi sekali dan maki hamun aku tak puas hati la..akaun dia tu masih wujud sampai sekarang cuma tak aktif lama dah rasanya....siapa dia sebenarnya? Puas disiasat tapi tak dapat yang muktamad tapi suspeknya ada...huhu..
No 7 : First time dalam sejarah hidupku aku dapat no 26 atau lain kata no terkahir dalam ranking untuk first exam tahun 2009 dalam kelas aku..semuanya gara2 aku tak hadir masa paper biology dan tak boleh duduki semula..kawan aku juga iaitu Muhammad Khidhir Bin Kamil dapat no 25 sebab tak boleh duduki semua paper chemistry lepas tak hadir juga..walaupun nampak biasa tapi kekecewaan tu terasa juga.
No 6 : 19 Mei 2009..13 Julai 2009 dan 12 November 2009..tarikh yang agak bersejarah juga laa dalam hidup aku..19 Mei 2009 tu diadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah..pada hari tu aku naik pentas untuk hadiahkan sebuah kek untuk semua guru SMKAA..kek tu aku beli kongsi dengan Muhammad Siraj Munir Bin Rosley, adik angkat aku masa tu..hehe...13 Julai pula first time aku berucap dalam perhimpunan rasmi sekolah..sampaikan laporan guru bertugas, pengumuman dan tazkirah..tapi yang paling aku frustrated dan tak boleh lupa sebab mikrofon yang berada agak jauh daripada mulut aku so suara aku seakan tak dengar oleh orang..sepanjang aku berucap kerja perbetulkan saja mikrofon tu...dalam hati aku ‘kenapa la dengan mikrofon ni..tak reti duduk diam!’...tapi silap aku tak pegang saja mikrofon tu daripada terus perbetulkan..tenggelam timbul la suara aku...haha....at least ada pengalaman...guru yang paling berharga yang tak bisa dibeli dengan wang...yang paling pelik aku tak hadir ke sekolah untuk majlis graduasi pelajar pada 12 November..padahal tu hari yang penting....
No 5 : Aku pernah bagi ceramah sekali kepada students form 3 dalam program lepasan PMR..iaitu dalam bengkel Kecemerlangan Matematik Tambahan..ada juga aku lepaskan geram pada diorang untuk sedarkan diorang..bukan nak marah ke apa cuma ada juga agak melampau sikit..tapi tak apa la..ada juga pengalaman bagi ceramah pada orang walaupun bukan bagus mana pun..hehe...Berkenaan subjek ni juga, kria sejarah dalam hidup aku bila aku terbitkan satu modul nota untuk subjek ni iaitu "Additional Mathematics Form 4 Module"...alhamdulillah modul ni dimanfaatkan juga oleh kawan2 dan orang lain....tak la sia2 aku buat...hee..
No 4 : First time dalam hidup aku..aku ceritakan atau lain kata luahkan rasa hati yang terpendam kepada orang secara face to face masa berucap di kem kepimpinan pengawas...tentang masalah dan perkara yang sedang aku hadapi time tu yang jadi tanda tanya ramai orang....iaitu pada 22 Februari 2009..rasa memang sedih dan agak emotional la juga masa tu..nak menitiskan airmata tapi tahan jee..nak luahkan tu bukannya apa..tapi at least bagi aku rasa puas dan nak buat environment masa tu jadi sayu2 sikit sebab asyik ketawa saja sebelum tu...
No 3 : Tahun 2008..tahun ‘gila’ bagi aku...macam2 krisis dan perkara jadi sepanjang tahun ni...fuh..memang aku nak nak gila la...dua konflik paling hebat tu yang libatkan beberapa orang termasuk aku, students form 3 dan juga form 5...kedua tu aku terima beberapa surat ‘layang’ daripada students form 3 dengan kutuk, hina aku dan sahabat2ku selain kata bahawa aku burukkan diorang dalam cerpen yang aku karang yang aku siar di blog aku dan nak beritahu guru disiplin..at last aku sendiri bagi salinan teks cerpen tu pada guru disiplin..puas hati diorang..nak gertak aku la tu agaknya..tapi konflik2 ni pun ada banyak pengajaran disebaliknya....
No 2 : Pelik teapi benar...aku pernah ada 2 orang adik angkat..lelaki la bukan perempuan..kalau perempuan tu jadi kekasih maa bukan adik...dan bukan dalam masa yang sama..2 waktu berbeza..yang agak pelik tu 2 orang tu adalah adik beradik kandung..namanya Ammar Fauzan Bin Rosley dan Muhammad Siraj Munir Bin Rosley(bukan nak malukan korang berdua)...at last aku kata tak perlu la diorang jadi adik angkat aku..untuk kebaikan diorang juga..sebab macam2 konflik dan macam2 la jadi sepanjang jadi tu...tak mahu cerita....cukup saja beritahu in general...
Juara Carta Top 30 Memoriku di SMKAA :-
Tahun 2007 masihi..masa aku form 3..tahun yang paling tak dapat dilupakan sepanjang di SMKAA..memang tak banyak sangat pun event sepanjang tahun ni yang diingati tapi sepanjang tahun ni la aku dapat rasa warna-warni persahabatan dan macam2 lagi..terasa indahnya sebuah ikatan persahabatan tu..hehe..macam2 yang jadi dalam persahabatan ni kan tapi semuanya untuk mengajar kita untuk jadi insan yang lebih baik..The best year ever! Mungkin event pada 27 Disember 2007 menambahkan lagi seri tahun ni ..alhamdulillah.. bersyukur yang amat sangat ke hadrat ALLAH Yang Maha Berkuasa Atas Segalanya...aku dapat keputusan 9A dalam PMR yang diduduki pada 1 – 5 Oktober 2007.
Itulah dia 30 event yang berlaku sepanjang aku menuntut ilmu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau, Perlis pada tahun 2005 hingga 2009 yang paling aku ingati...aku tak berniat nak burukkan atau malukan sesiapa dalam coretan ni...Cuma berterus terang saja..kini aku masih lagi pelajar SMKAA bak kata Penolong Kanan Pentadbiran SMKAA iaitu Tn Haji Mukhtar Bin Kasim, “selagi kamu belum dapat keputusan SPM, kamu masih lagi pelajar sekolah ini”.
Walaupun aku kata aku sayangkan SMKAA tapi sebenarnya bukan pun..tapi aku sayangkan warga sekolah tu daripada kalangan guru2 dan pelajar2..hatta pelajar yang anti dan bencikan aku..sebab diorang semuanya saudara seaqidahku yang bersatu dalam agama yang satu..ibarat dalam ilmu balaghah bahasa arab dalam bab majaz mursal ‘alaqah mahaliah..disebut sesuatu tempat tapi yang dimaksudkan orang yang berada dalam tempat tu(aplikasikan ilmu yg dipelajari)..hehe...
Siapa yang baca ni ambillah pengajaran yang baik jadikan ia untuk dicontohi dan yang tak baik tu jadikan ia sebagai pengajaran.segala pegalaman dan macam2 yang berlaku di SMKAA tu akan terus dikenang dan disimpan dalam kotak memoriku selain dijadikan iktibar sepanjang kehidupanku..insya ALLAH...wassalam.
10 comments:
owh...
mMg best larh ur blog....
Emm..apa yg bestnya? huhu..
cakap secara spesifik..hee...
comel lah adik2 angkt awk ek..
hahaha...apa2 je la.
itu kisah lampau.
tapi tetap sahabat.
huhuhu...
knapa tak de gambar saye...kecewe nyer..........
Ha...dah letak dah gambar masa p ihtifal tu..hee...
ska ttg crita nmber dua tuu..sbb jjur
yg juara top 2 mmg da taw ape wlaw ana xknal enta..hehe
dri segi pnulisan pon da tw..so..cmmnt plg rgkas ..best bc penglaman org..
kemarin adalah sejarah,,hari ini adalah realiti,,esok adalah misteri..
[...] Carta Top 30 Memoriku Di SMKAA (3) [...]
tringin nk buat memori hdup mcm ang buat ni..
buat jangan x buat. nak baca juga. hehehe..... =)
Post a Comment