Wednesday, March 24, 2010

Tajdid Dalam Pemikiran Pelajar- Bahagian Akhir



Aha...untuk bahagian last ni...benda yang last sekali nak saya tekankan agak2 apa? Semuanya dbawah kata ungkapan “Penipuan suatu kegagalan pendidikan”. Eh..apa benda ni? Lain macam saja ungkapan ni. Apa yang lain macam ni? Tak apa..tak apa...baca je dulu...insyaALLAH nanti faham apa yang ingin dimaksudkan.

Apa tujuan pendidikan? Ia untuk lahirkan insan2 yang berintegriti, berakhlak mulia dan cemerlang dalam segala aspek kehidupan. Bukan tujuan pendidikan untuk berjaya dalam exam je. Tu bukan tujuan sebenarnya. Tapi malangnya, tujuan dah pun lari drpd yg asal. Maka, dapat la kita lihat betapa ramai students yg sikap cukup problem...pening kita dibuatnya. Apa puncanya? Tak lain tak bukan..kegagalan pendidikan dlm mmbentuk sahsiah atau keperibadian diri students ni...Apa puncanya pula yg ni? Sebab pihak2 yg berkenaan gagal mainkan peranan diorang sebaiknya. Siapa? Ibu bapa, guru2 dan masyarakat amnya.

Ibu bapa ada peranan yg sgt besar dlm soal pendidikan anak2 ni...sebab most of time students ni brsama family..jadi masa yg ada tu kena la parents guna betul2 untuk didik anak diorang...bukan hanya asyik suruh study..study..study..exam dah dekat..PMR dh dekat..SPM dh dekat..UPSR dh dekat..jgn main2..nanti result teruk. Begitu ke cara didik anak? Sedangkan kita tak berikan nasihat, tunjuk ajar & sebagainya, malah ditambah dgn tekanan suruh study.Memang tak salah suruh study..tapi ibu bapa kena faham perasaan anak2 dan cara didik anak dgn positif. Tapi realitinya, ibu bapa lepas tangan & serahkan je kpd cikgu2 di sekolah...bila anak2 buat salah apa, cikgu2 dipersalahkan. Apa ke hal ni? Sekadar renungan kpd students yg baca..sebab bila kita nak ubah pemikiran kita, kena tahu juga soal2 dari aspek lain.

Ok..back to the topic. Kalau kita lihat la realiti skarang ni, penipuan sgt berleluasa dlm dunia akhir zaman ni..ye tak? Betul! Daripada budak usia muda sampai la ke orang tua..ada saja bab2 penipu ni. Sebabnya kegagalan pendidikan la..tapi bukan nak cakap sgt pasal tu. Saya bagi contoh yg brlaku dlm kalangan students:  tiru homework kawan dah tak faham pun cikgu ajar apa so tiru je la solution dia; tipu surat alasan absent ke sekolah; tiru dlm exam(sama ada tiru nota yg letak dlm poket ke dlm tandas or tiru kawan). Yg ni kira ‘kes’ penipuan paling popular sbenarnya! Betul tak? Even students sekolah ‘bagus’ yakni macam SBP, MRSM dan SMKA pun berlaku hal mcm ni, apatah lagi sekolah2 biasa yg pelajarnya yg dikatakan kurang ‘cerdik’ berbanding sekolah ‘bagus’ tadi tu. Apa sebenarnya punca students boleh jadi penipu ni? Diorang sebenarnya tak nampak fungsi pendidikan..apa guna ke sekolah..apa guna belajar. Dlm mindset diorang hanyalah fikir nak enjoy, surf internet berjam2 lamanya, melepak dan borak melampau2..tak ada terlintas pun nak study..ke eager nak ke sekolah...bukan semua macam tu..tapi hakikatnya kebanyakan macam tu la.



Soalnya skarang, apa sebab kita tiru dlm exam? sbb kita tak faham ilmu yg diajar so mana mungkin nak dapat ingat..so tiru la...apa sbb kita tak faham? sbb kita asyik tiru homework kawan je tanpa minta dia explain sikit pun..sbb apa kita tiru hmwork kawan? sbb dah tak faham apa langsung..tak buat hmwork nanti kena denda dgn cikgu...sbb apa bila kita tak faham kita tak tanya? Sebab malu nanti kena dketawakan dgn kawan2 dlm kelas...sbb apa kita rasa mcm tu? Sbb kita sebenarnya tak mengerti sebab apa kita menuntut ilmu! Kita study tu sbb exam-oriented! Tu la problem yg besar yg sedang berlaku dlm dunia pendidikan di Malaysia. Semuanya exam-oriented! bila sebut je belajar, mesti disusuli dgn exam. Maksudnya exam dan study ni sgt rapat la..dah jadi kawan baik. Bila pergi sekolah, masuk kelas, cikgu sebut psl exam sekolah or exam awam, UPSR, PMR, SPM, STPM. balik rumah, parents asyik tanya psl exam. Pergi tuisyen, cikgu2 asyik bincang bentuk2 soalan exam. Pergi bengkel/ceramah motvasi, penceramah cerita teknik jawab exam. Salah ke semua ni? Tak salah! So apa yg salah?  apa yg sebenarnya salah tu mindset students yg semuanya exam-oriented. maka tak hairan la penipuan berlaku di sana sini sbb matlamat diorang exam mesti dapat result bagus! Ye tak?



Sebab tu dlm artikel sebelum2 ni diperkatakan & ditekankan psl keikhlasan bljar krana ALLAH, ilmu sbenarnya tak susah dan amalkan ilmu dlm kehidupan. So tak nampak apa pentingnya sgt study semata2 utk exam. Ya! Exam tu penting...tapi exam Cuma pengukur kpd disiplin, kemahuan dan ilmu yg kita ada. Bukan pengukur siapa hebat, siapa pandai, siapa bodoh dan apa2 je la yg berkenaan , yg selama ni mmbelenggu pemikiran kita. So tak pelik la ramai students yg ‘pandai’ tapi akhlaknya tak baik. Sebab? Sebab diorang study sebab exam dan maybe juga ada unsur2 penipuan yg sebabkan diorang jadi ‘pandai’ tu! bukan buruk sangka kpd sesiapa yg ‘pandai’, tapi masing2 cuba la muhasabah diri masing2.

Kita perlu tahu dan sedar, sikap kita sekarang ni mncerminkan kperibadian kita pada masa depan. InsyaALLAH jika umur panjang. So, klau muda2 lagi dah jadi kaki penipu, apatah lagi tatkala kita dah dewasa! Maka wujudlah pengkhianat agama,masyarkat dan negara, yg timbulkan bermacam2 problem. Orang yg kaki penipu ni sbenarnya sedar tak sedar ada ciri2 kemunafikan dlm dirinya. sbb antara ciri orang munafik ialah org yg bila dia brcakap, dia berbohong, bila diberi amanah, dia khianatinya.

Oleh itu, kita perlu berhati2 supaya kita tak menjadi org munafik yg sebenar2nya. Hal ini krana, jikalau kita mnjadi org munafiq yg sebenar2nya, balasan yg diberikan ALLAH sangatlah dahsyat. Oleh itu, elakkan diri drpd menjadi seorang penipu yg boleh mendorong kita kpd melakukan kemaksiatan yg lain dlm hidup kita. Smoga kita trpelihara drpd melakukan kmaksiatan yg besar dlm hidup kita. Prbaharuilah(tajdid) pemikiran kita sebagai pelajar! Kita adalah pelajar sehinggalah ke akhir hayat, bkn terhenti setelah graduate dgn sgulung ijazah. Semoga kita jadi pelajar yg berjaya di dunia dan di akhirat!



Akhir kalam, hayati firman ALLAH ‘Azza Wa Jalla ini:

“Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik”



‘Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal.(Nasib kamu hai orang-orang munafik) adalah sama dengan nasib orang-orang sebelum kamu (yang telah dibinasakan), mereka lebih kuat serta lebih banyak harta benda dan anak pinak daripada kamu; seterusnya mereka telah bersenang-senang dengan bahagian mereka; maka kamu pula telah bersenang-senang dengan bahagian kamu sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu itu bersenang-senang dengan bahagiannya; dan kamu pula telah memperkatakan (perkara yang salah dan dusta) sebagaimana mereka memperkatakannya. Mereka yang demikian, rosak binasalah amal-amalnya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan merekalah orang-orang yang rugi.”

“Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad dan Thamud dan kaum Nabi Ibrahim, dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka); Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri” – Surah At Taubah Ayat 67-70.

No comments: