Eh...tajuk apa ni? Lain macam saja bunyinya..teknologi? Teknologi apa? Haih..tunggu la..baru je nak mula berbicara pasal tajuk ni.Teknologi yang dimaksudkan yang nak dibicarakan dalam artikel ni iaitu yang berkait rapat dengan remaja iaitu handphone dan internet. Aha...pasti agak menarik, ye tak? Dua perkara ni memang sangat sinonim dengan remaja..memang payah nak jumpa remaja yang tak ada handphone..tapi dari segi internet mungkin agak mudah sikit tapi kebanyakannya memang kerap layari internet. Bila sebut handphone, benda paling significant dengan remaja of course la suka sms dan bergayut talefon selain suka dengar lagu..betul tak? Kalau internet pula, nama ‘friendster’, ‘facebook’, ‘myspace’ dan sebagainya memang tak asing bagi remaja.
Bagi saya, secara umumnya handphone boleh dikatakan jadi keperluan pada zaman sekarang. Tetapi yang dikatakan keperluan tu hanyalah handphone simple yang boleh call dan sms. Tu keperluan. Tapi kita dapat lihat kebanyakan remaja pakai handphone yang canggih2 dan hebat2 belaka..sehingga ada yang mencecah RM1000..betul ke? Ya! Memang ada. Kalau dah kaya tu tak apa la tu urusan dia. Tapi nak dikatakan di sini, bila function handphone kita tu banyak, maka kebanyakan drpd kita pun akan spend time yang banyak bersama handphone. Malah ada yang boleh dikatakan hampir sepanjang masa handphone ada dekat tangan dia. Fulamak...hebat manusia macam ni. Tak boleh berjauhan dengan handphone.
Salah ke macam tu? Ada handphone tak salah, kalau yang mahal pun tak salah, apatah lagi yang murah. Bukan nak cakap pasal kualiti handphone dalam artikel ni! Yang jadi salah bila kita terlalu spend banyak sangat masa dengan handphone, tak kira la handphone murah ke mahal. Sebab apa salah pula? Mesti la salah! Dalam hidup kita, masa tu sangat berharga. Sehingga dalam pepatah arab mengatakan, “Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya maka ia yang akan memotong kamu”. Dalam pepatah melayu pula, “Masa itu emas”. Masa bukan emas! Malah lebih berharga daripada emas. Betapa ruginya kita, yang bazir masa terlalu banyak dengan handphone. Firman ALLAH ‘Azza WA Jalla:
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar” – Surah Al ‘Asr Ayat 1 -3
Adakah kita tergolong dalam 4 kelompok yang dikecualikan daripada manusia yang rugi? Tanya la diri masing2. Kita bukannya tak boleh spend time untuk handphone. Boleh! Tapi berpada2 la..jangan sampai ketagih dan buang masa yang banyak sangat dengannya. Kita juga harus berhati2 dalam bersembang sama ada dalam sms ataupun call sebab kita bias dapat dosa ‘free’ atas kelalaian kita sendiri. Seharusnya dengan adanya handphone, dapat mudahkan kita rapatkan ukhuwah, saling berkongsi ilmu dan sebagainya. Bukannya disalahgunakan dan jadi tagihan kita.
Sabda Rasulullah S.A.W: Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai ALLAH SWT yang ia tidak mengira yang akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh ALLAH SWT keredhaan-NYA bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai ALLAH SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka ALLAH SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat. -- HR. al-Tirmizi
Berkenaan internet pula, memang ramai dalam kalangan remaja yang aktif bersosial dalam facebook, Friendster, myspace dan selainnya. Salah ke? Tak salah! Malah baik jika niat kita untuk mengeratkan ukhuwah. Tapi kalau niat kita nak kutuk orang2 yang kita dengki dan tak puas hati dan sebagainya, maka bersiap sedia la dengan balasan yang akan diterima. Sebab apa? Sebab setiap perbuatan itu pasti ada balasannya. Jadi biarlah kita gunakan medium sesawang sosial macam ni untuk sebarkan ilmu, mengeratkan ukhuwah dan sebagainya. Bukan online berjam2 tapi asyik melawak tak tentu hala dan mengutuk orang sana sini. Memang hebat ada yang layari internet 3 jam tapi spend hanya untuk facebook! Amatlah malang...sebab internet ni kaya dengan manfaat, begitu juga keburukan. Kita mudah mendapat maklumat, ilmu dan pelbagai lagi. Tapi kita gagalkan kesempatan itu dengan hanya bersosial melebih2 sehingga ketagih dan jadi buang masa saja.
Kesimpulannya, sebelum melakukan apa saja tindakan, bayangkanlah syurga dan neraka ada di depan mata kita, barulah kita bertindak. Mudah2han secebis apa yang saya katakan ni jadi pedoman untuk kita bersama. Artikel ni cuma peringatan untuk saya dan kalian yang baca. Semoga dapat manfaat daripada artikel ni. Wallahua’alam.
No comments:
Post a Comment