Friday, December 31, 2010

Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 25



Semasa makan di sebuah restoran, Asyraaf dan sahabat-sahabatnya bersembang tentang banyak perkara termasuk soal Khairul.

Amirul: Wei. .  lama x dengar cite Khairul. Dia apa khabar? Hidup lagi ke? Hehe. .
Asyraaf: Ishh. . hg ni laa. . cakap entah apa2. Dia ada call aku pagi tadi. Dia khabar baik. Alhamdulillah, dia sihat2 je.
Arif: Amboi. . dia contact hang je ke. . kami yang lain dia x contact pun. Ish3.. . .
Asyraaf: Alaaa. . bukan dia x nak contact tapi dia bz betul laa. . korang tahu tak dia tuisyen intensif dari pagi sampai ke malam.
Hafiz: Ohhh. . ye ke? Pagi sampai malam?
Asyraaf: Yee. . pkul 9 smpai 11..then smbg 11.15 smpai 1.15 then pkl 2.30 smpai 4.00 then smbg 4.00 smpai 5.30...mlm pula pkl 8.30 smpai 10.30.
Amirul: Perghhh !! Sakan giler dia tuisyen... semangat betul nak SPM. Sure dia dapat straight A+ nanti. Huhu. .
Asyraaf: Alaaa. . dia pergi banyak kelas tu pun sebab mak dia suruh. Maklum laa parents dia nak dia dapat straight A’s. .
Hafiz: Parents dia kan banyak duit. . so no problem la nak bayar yuran kelas intensif tu walaupun beratus ringgit. Ehh. . kalau x silap dia dua beradik je kan?
Arif: Yup. .. dia dua beradik je. Adik dia darjah enam kalau x silap.
Amirul: Ohh.. darjah enam? UPSR hari tu dapat berapa?
Arif: Entahlah. . aku pun x tahu. Kena tanya khairul lee. . huhu..

Komitmen & Kecintaan . .



http://lakso.files.wordpress.com/2009/01/langkah-imil.jpg

Kata Ibnul Qaiyyim Al Jauziah , “Orang yang pandai dan soleh mampu memotong jarak yang jauh dengan kebenaran niat, cita- cita dan komitmen. Perbuatan sedikit yang dilakukan oleh orang yang cerdas akan bernilai berlipat kali ganda dari perbuatan orang yang bodoh, walau dilakukan dengan upaya yang berat dan payah. Komitmen yang kuat dan rasa cinta akan menyingkirkan kesulitan dan menciptakan kemudahan dalam melangkah ke depan. Berlumba  menuju ALLAH sesungguhnya dapat dicapai dengan kekuatan komitmen dan kecintaan. Orang yang memiliki komitmen yang kuat akan mendahului orang yang lemah yang berbuat banyak” – Kitab Al-Fawa’id

Thursday, December 30, 2010

Top 5 Memorable Events in 2010. . .

Macam tak percaya jee. . . rasanya baru masuk tahun 2010. Tengok2 dah nak masuk tahun 2011 dah. MasyaALLAH !! Cepatnya masa berlalu.... itulah tanda dekatnya hari kiamat. Berikut adalah 5 perkara yang berlaku pada tahun ni yang akan terus diingati dalam kehidupanku.. . . .

No 5  - Aktiviti lepas tamat SPM . . . . satu tempoh yg cukup lama before sambung pelajaran di  IPT. Walaupun dah habis SPM, tamat aku rajin la juga study di library Kangar. X kurang juga sahabat2 yang hairan dengan tindak tanduk aku tu. Ye la. . . ‘sepatutnya’ dah habis SPM nak study buat apa. Kena enjoy la. Memang banyak orang bermentaliti  macam tu. Bukan nak kutuk yee. Lepas tu bila masuk matrik/asasi ke apa pakat kata dah lupa macam2 dah apa yang belajar dulu. Namun, study2 pun banyak relax juga. Menghadap depan komputer bukan main lama. Tambah2 lepas dapat notebook sendiri. Tapi dapat pun bulan 4 lepas result SPM. . . sesetengah kawan lepas result UPSR or PMR dah dapat notebook. Siap dengan motosikal dan handphone lagi. Perghhh. .. sakan betul ! huhuhu. . . Bila kenang2 balik, rasa macam banyak buang masa betul masa tu. Sepatutnya kena gunakan masa yang ALLAH berikan tu dengan aktiviti2 yang berfaedah dan bermanfaat. Namun, masa yang berlalu x dapat diubah lagi. . .

[caption id="" align="alignnone" width="431" caption="Para pelajar 5 Ali SMKAA tahun 2009"]http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs293.snc4/40969_1451361117105_1025558178_31106109_2674763_n.jpg[/caption]

Kisah Bank Paling Murah Hati Di Dunia. . .

http://ordinaryguy92.files.wordpress.com/2010/12/logo-grameen-bank.gif?w=300

Siapa pernah mendengar adanya bank yang sanggup meminjamkan lebih AS$10 bilion kepada golongan miskin tanpa cagaran, malahan kadar bayaran balik pula mencapai 98 peratus? Bagi mereka yang masih belum mendengar kisah Bank Grameen, pertubuhan kredit mikro pertama di dunia, ia sesuatu yang luar biasa.

Walaupun operasinya bercanggah dengan kesemua peraturan perbankan konvensional, Bank Grameen berjaya membebaskan ramai rakyat Bangladesh daripada kancah kemiskinan. Lebih mengagumkan lagi, ia sehinggakan memperbaharui pembangunan sosial dan ekonomi bukan sahaja dalam negara malah merentasi dunia.

Orang yang muncul di sebalik idea bank ini, yang juga pemenang hadiah Nobel, ialah Profesor Dr Muhammad Yunus, pengasas dan Pengarah Urusan Bank Grameen, yang mengasaskan bank itu pada 1970-an semasa rakyat negara itu mengalami kebuluran.

Dan inspirasi itu muncul pada satu pagi tahun 1976, semasa beliau berjalan melalui sebuah kampung untuk ke universiti di mana beliau adalah profesor ekonomi.

Tuesday, December 28, 2010

Mengingati Hari Kiamat - Bahagian 2

Sesungguhnya kehidupan kita di dunia ini amat sarat dengan godaan,pendustaan, permainan, hiburan dan sebagainya. Persoalannya, adakah kita terjerumus ke dalam lembah kelalaian dan kealpaan menikmati kegembiraan yang sementara ini atau kita sedar akan kehidupan yang kekal selamanya di akhirat kelak? Hadis Rasulullah S.A.W:
“Dari Al-Mustaurid bin Syaddad r.a, katanya : “Rasulullah S.A.W bersabda : “Tidaklah dunia ini kalau dibandingkan dengan akhirat, melainkan seperti sesuatu yang seorang di antara kamu semua memasukkan jarinya dalam air lautan, maka cubalah lihat dengan apa ia kembali – yakni, seberapa banyak air yang melekat di jarinya itu. Jadi dunia itu sangat kecil nilainya dan hanya seperti air yang melekat di jari tadi” – Hadis Riwayat Muslim ( Kitab Riyadhus Salihin Karangan Imam Nawawi)

http://desriantoprayogi.files.wordpress.com/2009/10/volcano.jpg?w=194&h=153

Sesungguhnya, kehidupan yang kita jalani ini dapat diberikan satu perumpamaan yang cukup menarik untuk penghayatan dan renungan kita bersama.Hakikatnya, kehidupan kita sebenarnya ibarat seorang hamba yang datang daripada tuannya, sebelum keluar mengembara,dia diperintah untuk berjanji bahawa dia akan sentiasa mengingati tuannya serta melakukan apa yang disuruh oleh tuan itu serta tinggalkan larangannya.Selepas berjanji, lantas dia keluar mengembara dan ke sebuah tempat bernama dunia. Di sana,dia bebas melakukan apa sahaja yang dia mahu yakni ingin mengikut perintah tuannya ataupun tidak, serta mengusahakan apa-apa yang patut sebagai bekalan untuk dipersembahkan kepada tuannya sekembalinya kepada tuannya nanti. Apabila cukup masa yang ditetapkan tuannya, dia akan dipanggil kembali ke tempat asalnya untuk mempersembahkan hasil yang diperolehnya sepanjang pengembaraannya itu kepada tuannya. Kemudian, tuannya itu akan memberi balasan berdasarkan hasil si pengembara itu dan akhirnya ditempatkan ke dalam Syurga atau Neraka yang merupakan destinasi terakhir untuk ditujuinya sebagai hadiah atau hukuman untuknya. Hamba itu adalah kita iaitu insan dan tuan itu ialah ALLAH ‘Azza Wa Jalla.

Mengingati Hari Kiamat - Bahagian 1

*Artikel paling popular di blog ini setakat ini. Diposkan kembali untuk pembacaan & penghayatan

Hari Kiamat – suatu peristiwa yang pasti berlaku. Hari agung yang sangat dahsyat dan menggerunkan ini mempunyai pelbagai nama. Seperti mana manusia yang mempunyai banyak panggilan, nama dan gelaran maka dia adalah seorang yang hebat pada pandangan manusia. Begitu juga dengan hari kiamat yang mempunyai lebih 20 nama baginya. Ia jelas sekali menunjukkan betapa hebatnya peristiwa ini yang pasti akan berlaku kelak. Sebagai seorang muslim, kita wajib beriman dengan hari kiamat. Jika kita lihat, ungkapan ‘beriman dengan ALLAH dan hari kiamat’ banyak digandingkan bersama dalam Al Quran. Kenapa? Barangsiapa yang beiman dengan sebenar-benarnya dengan ALLAH dan Hari Kiamat, pasti dia turut beriman dengan malaikat, para rasul, kitab2 suci dan Qadha’ & Qadar.

http://desriantoprayogi.files.wordpress.com/2009/10/volcano.jpg

Pada hari kiamat ini, sekalian makhluk ALLAH ‘Azza Wa Jalla akan dikumpulkan di padang Mahsyar untuk dibalas segala perbuatan yang dilakukan sepanjang kehidupan di dunia. Insan akan dibalas dengan apa yang dikerjakannya sama ada baik atau buruk. Lebih lama dia hidup di dunia ini ,lebih lamalah perbicaraan dan timbangan amalnya berlaku.

Monday, December 27, 2010

Hakikat Kehidupan & Ujian. . .



Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Akhirat nanti kekal abadi buat selama-lamanya. Dua ungkapan ini memang kita sedia maklum ketahui. Namun, sejauh manakah kita menghayati & mengamalkan daripadanya ?

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
"Sesuatu mayat itu akan diikuti oleh 3 perkara. Akan pulang 2 daripadanya dan akan kekal 1 bersamanya. Akan mengikutinya iaitu ahli keluarganya, hartanya dan amalannya. Akan pulang ahli keluarganya & hartanya, yang kekal hanyalah amalannya"  - Hadis riwayat Muslim

Kematian itu datang menjemput seseorang itu tidak mengira usia. Apabila tiba ajalnya, maka malaikat maut akan datang mencabut nyawanya. Sistem masa ciptaan ALLAH berjalan dengan begitu pantas. Kita rasa macam baru masuk awal tahun. tengok2 sekarang dah nak masuk tahun baru. Kalau umur kita sekarang ini 40, dan umur yang ALLAH peruntukkan kepada kita 60 tahun, maknanya tinggal 20 tahun saja lagi. Itupun kalau sampai 60 tahun. kalau lebih, lebihlah. Macam pelajar2 masuk exam , ataupun kita sendiri masuk exam. Sekurang2nya masuk exam ni kita tahu masa masuk & keluar. Pukul berapa mula, pukul berapa berakhir.  Maka dapat la kita agak2 supaya dapat jawab bagi habis. Tetapi dalm ujian kehidupan ALLAH bagi kita tahu waktu masuk saja, kita tak tahu bila ia berakhir yakni kematian. Bila kita baligh, kita tak ingat. . maka kita pun happy go lucky, so tak beramal soleh. bila usia dah lanjut 40 tahun, baru nak sedar. kalau sedar tu, alhamdulilah la. Tapi waktu itu kita pun tak tahu bila kita nak mati. ALLAH 'Azza Wa Jalla ingatkan kita tentang kehidupan dunia.

Sunday, December 26, 2010

Bingkisan Ringkas Buat Calon PMR 2010….



Assalamualaikum Warahmatullah Wabaraktuh...

Pertama sekali, selamat datang ke alam persekolahan menengah atas bagi tahun 2011 yang bakal menjelma kepada calon PMR 2010.. Mungkin kehangatan keputusan peperiksaan PMR yang baru beberapa hari berlalu itu masih terasa bagi semua calon. Sudah pastinya ada yang bergembira dengan kejayaan yang dicapai, rasa biasa sahaja atas keputusan yang dianggapnya biasa dan sudah pastinya ada juga yang sedih dan kecewa kerana tidak memperoleh keputusan seperti apa yang diimpikan.

Sebenarnya, apa sahaja keputusan yang diperoleh itulah dia kayu pengukur terhadap sejauh manakah gigihnya usaha anda bagi menghadapi peperiksaan PMR yang telah berlalu pergi. Memang jarang sekali untuk kita mendengar insan yang berusaha dengan gigih tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Apapun, saya merakamkan sekalung tahniah kepada semua calon yang berjaya dengan cemerlang. Janganlah riyak dengan kejayaan anda selain berasa anda sudah berjaya dalam kehidupan kerana PMR hanya secebis kecil ujian yang perlu anda lalui. Jangan lupa SPM yang akan diduduki pada tahun hadapan. Teruskan kecemerlangan anda dalam pelajaran kerana anda sudahpun membuktikan anda mampu melakukan dan mendapatkan yang terbaik!

Saturday, December 4, 2010

New law to end illegal downloading of music and movies

KUALA LUMPUR: The free-and-easy days of illegal downloading of music and movies may soon be over. A proposed new law will enable Internet Service Providers (ISP) to suspend or terminate the Internet accounts of P2P (peer-to-peer) users.

This new law called the ISP Liability act, will be tabled in Parliament next month, according to Recording Industry Association of Malaysia (RIM) chairman Norman Halim.

RIM has been lobbying the Government for an ISP Liability act for the past 5 years as illegal online downloads have been cannibalising the legitimate sales of music, worldwide.

“The act makes the ISPs responsible for curbing online piracy. The ISPs will be fined if they don’t take action against illegal downloaders. The ISPs have the technology to track P2P users,” said Norman.

However, he said that the fine amount had yet to be determined.

ISPs will send two warning letters to illegal downloaders. Should the downloaders still persist, the Internet access will be suspended or even terminated.

“Other countries that have such an act have seen their respective music industries recover. One good example would be South Korea,” he said.

Source: The Star Online