Friday, December 31, 2010

Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 25



Semasa makan di sebuah restoran, Asyraaf dan sahabat-sahabatnya bersembang tentang banyak perkara termasuk soal Khairul.

Amirul: Wei. .  lama x dengar cite Khairul. Dia apa khabar? Hidup lagi ke? Hehe. .
Asyraaf: Ishh. . hg ni laa. . cakap entah apa2. Dia ada call aku pagi tadi. Dia khabar baik. Alhamdulillah, dia sihat2 je.
Arif: Amboi. . dia contact hang je ke. . kami yang lain dia x contact pun. Ish3.. . .
Asyraaf: Alaaa. . bukan dia x nak contact tapi dia bz betul laa. . korang tahu tak dia tuisyen intensif dari pagi sampai ke malam.
Hafiz: Ohhh. . ye ke? Pagi sampai malam?
Asyraaf: Yee. . pkul 9 smpai 11..then smbg 11.15 smpai 1.15 then pkl 2.30 smpai 4.00 then smbg 4.00 smpai 5.30...mlm pula pkl 8.30 smpai 10.30.
Amirul: Perghhh !! Sakan giler dia tuisyen... semangat betul nak SPM. Sure dia dapat straight A+ nanti. Huhu. .
Asyraaf: Alaaa. . dia pergi banyak kelas tu pun sebab mak dia suruh. Maklum laa parents dia nak dia dapat straight A’s. .
Hafiz: Parents dia kan banyak duit. . so no problem la nak bayar yuran kelas intensif tu walaupun beratus ringgit. Ehh. . kalau x silap dia dua beradik je kan?
Arif: Yup. .. dia dua beradik je. Adik dia darjah enam kalau x silap.
Amirul: Ohh.. darjah enam? UPSR hari tu dapat berapa?
Arif: Entahlah. . aku pun x tahu. Kena tanya khairul lee. . huhu..

Tiba-tiba talefon bimbit Asyraaf berdering. . . .

Asyraaf: Assalamu’alaikum, cikgu...
Cikgu Halim: Wa’alaikumussalam. Haa. .  Asyraaf, ada apa hal kamu talefon saya tadi? Saya ada hal tadi tu saya x jawab.
Asyraaf: Err. . bukan apa cikgu. Saya cuma nak tanya tuisyen untuk tahun 2010 start bila?
Cikgu Halim: InsyaALLAH hujung minggu lepas sesi persekolahan start. Kamu x ambil lagi jadual ke?
Asyraaf: Ohh. . . ok. Boleh ambil jadual dah ke sekarang ni?
Cikgu Halim: Aihh. . dah lama dah boleh ambil.
Asyraaf: Oh.. ye ke. Saya tak tahu menahu pun. Hehe. . insyaALLAH nanti saya pergi ambil. Terima kasih banyak2 cikgu. Assalamu’alaikum...
Cikgu Halim: Sama2... Wa’alaikumussalam...

Selepas itu, Asyraaf menerima satu lagi panggilan.

Asyraaf: Assalamu’alaikum , ya akhi habibi ! hehe. .
Khairul: Wa’alaikumussalam. . amboi habibi2 pula nampak.
Asyraaf: Kenapa? X suka ke? Haa. . apa hal talefon ni?
Khairul: Hang sorang2 ke or ada dengan kawan2?
Asyraaf: Ni ada dekat kedai makan dengan kawan2.. kenapa?
Khairul: Ohhh. . wrong timing. Tak apalah . . nanti masa hang free sorang call aku tau. Ok?
Asyraaf: Err. .. ok2.

Kelihatan wajah kehairanan tepancar dari riak wajah Arif, Amirul dan Hafiz.

Amirul: Siapa tu Asyraaf? Khairul ke?
Asyraaf: Ohh. . yeah! ! pandai teka nampak. . walaupun tak pernah kenal dia. Hehe. .
Arif: Kenapa dia call hang pula kali ni?
Asyraaf: Tak ada apa2. . Cuma tanya aku tengah buat apa.
Hafiz: Aishh. . takkan call sebab nak tanya tu je. Macam mama call anak je. Haha. .

Tiba-tiba talefon bimbit Asyraaf berdering sekali lagi. Namun kelihatan tiada nama yang terpapar, hanya nombor talefon bimbit.

Amirul: haihh . . banyak sungguh orang call hang hari ni, Asyraaf. Siapa pula dah? Hehe. .
Asyraaf: Entahlah. . . x keluar nama pun. Entah siapa. .
Arif: Leee. . angkat je la. Yang tak angkat tu apasal..
Hafiz: Korang ni macam tak tahu je Asyraaf ni style bukan suka nak jawab call nombor x dikenali. Haha. .
Amirul: Pelik2 betul la sahabat aku ni. Huhuhu. . .

Bersambung. . ..

No comments: