Tuesday, December 28, 2010

Mengingati Hari Kiamat - Bahagian 2

Sesungguhnya kehidupan kita di dunia ini amat sarat dengan godaan,pendustaan, permainan, hiburan dan sebagainya. Persoalannya, adakah kita terjerumus ke dalam lembah kelalaian dan kealpaan menikmati kegembiraan yang sementara ini atau kita sedar akan kehidupan yang kekal selamanya di akhirat kelak? Hadis Rasulullah S.A.W:
“Dari Al-Mustaurid bin Syaddad r.a, katanya : “Rasulullah S.A.W bersabda : “Tidaklah dunia ini kalau dibandingkan dengan akhirat, melainkan seperti sesuatu yang seorang di antara kamu semua memasukkan jarinya dalam air lautan, maka cubalah lihat dengan apa ia kembali – yakni, seberapa banyak air yang melekat di jarinya itu. Jadi dunia itu sangat kecil nilainya dan hanya seperti air yang melekat di jari tadi” – Hadis Riwayat Muslim ( Kitab Riyadhus Salihin Karangan Imam Nawawi)

http://desriantoprayogi.files.wordpress.com/2009/10/volcano.jpg?w=194&h=153

Sesungguhnya, kehidupan yang kita jalani ini dapat diberikan satu perumpamaan yang cukup menarik untuk penghayatan dan renungan kita bersama.Hakikatnya, kehidupan kita sebenarnya ibarat seorang hamba yang datang daripada tuannya, sebelum keluar mengembara,dia diperintah untuk berjanji bahawa dia akan sentiasa mengingati tuannya serta melakukan apa yang disuruh oleh tuan itu serta tinggalkan larangannya.Selepas berjanji, lantas dia keluar mengembara dan ke sebuah tempat bernama dunia. Di sana,dia bebas melakukan apa sahaja yang dia mahu yakni ingin mengikut perintah tuannya ataupun tidak, serta mengusahakan apa-apa yang patut sebagai bekalan untuk dipersembahkan kepada tuannya sekembalinya kepada tuannya nanti. Apabila cukup masa yang ditetapkan tuannya, dia akan dipanggil kembali ke tempat asalnya untuk mempersembahkan hasil yang diperolehnya sepanjang pengembaraannya itu kepada tuannya. Kemudian, tuannya itu akan memberi balasan berdasarkan hasil si pengembara itu dan akhirnya ditempatkan ke dalam Syurga atau Neraka yang merupakan destinasi terakhir untuk ditujuinya sebagai hadiah atau hukuman untuknya. Hamba itu adalah kita iaitu insan dan tuan itu ialah ALLAH ‘Azza Wa Jalla.

Berdasarkan perumpamaan yang dapat diberikan, jelaslah matlamat dan hala tuju hidup kita di dunia ini.Kita datang daripada ALLAH dan akan kembali kepada-Nya.Justeru, kita mestilah menggunakan kesempatan dalam hayat yang masih ada ini untuk melakukan yang terbaik sebagai bekalan untuk dibawa dan dipersembahkan kepada ALLAH ‘Azza Wa Jalla melalui kitab yang ditulis oleh malaikat. Sedarlah kita bahawa teras utama kehidupan kita adalah akhirat.Bukan dunia. Sesiapa yang menjadikan kehidupannya berteraskan dunia, maka dia akan mendapat dunia iaitu kesenangan yang segera tapi sementara sahaja. Sebaliknya, sesiapa yang menjadikan kehidupannya berteraskan akhirat, maka dia akan mendapat dunia dan akhirat; yakni kebahagiaan dalam kehidupan di dunia ini seterusnya kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki dan kekal abadi di Syurga di Akhirat kelak.

Maka,sebenarnya teras utama kita adalah Akhirat.Tetapi itu tak bermaksud kita harus beribadah semata-mata tanpa mencari nafkah, bersosial dan sebagainya yang dianggap perkara duniawi.Pemikiran seperti itu tidak lebih daripada pemikiran yang jumud atau kolot. Maka ramailah yang kuat beribadah tetapi meminta-minta daripada orang lain tanpa berusaha sendiri mencari rezeki. Oleh itu, perkara-perkara yang dianggap duniawi itu, haruslah kita berusaha menjadikan akhirat teras disebalik melakukannya.Contohnya, dalam kita mencari nafkah dan rezeki, pendapatan yang diperoleh haruslah digunakan untuk bersedekah, berzakat dan sebagainya bagi lebihan wang yang asalnya digunakan untuk keperluan kehidupan kita.Bukankah dengan itu bekerja dan mencari nafkah menjadi perkara yang berteraskan akhirat? Amat perlulah kita keluar daripada kejumudan seperti ini. Fikir dan selalulah megingati akan Hari Akhirat yang pasti berlaku itu supaya kita dapat keluar daripada lembah kelalaian dan kealpaan seterusnya kembali menyedari matlamat kehidupan kita yang sebenar kerana sudah menjadi lumrah bagi insan untuk terjerumus ke arah itu secara tidak sengaja; tanda lemahnya insan.

http://iccirut.files.wordpress.com/2009/10/belief-in-hari-kiamat.jpg?w=401&h=271

- gambar hiasan

Kembali berbicara tentang peristiwa agung ini.Adakah kita benar-benar yakin bahawa ia pasti akan berlaku? Apakah kita menyedari tanda-tanda kekuasaan ALLAH?Hayati pula ayat-ayat Al Quran dari Surah An Naba’ ini:
“Tentang apakah mereka bertanya-tanya? Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya). Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya. Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu). Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka). (Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya? Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang? Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat? Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)? Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki? Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh? Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya? Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, - Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?




“Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan, Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar); Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas, Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir. Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan -Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya. Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya. Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman - Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, - Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk). Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal, Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami; Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.”  Surah An Naba’ Ayat 1 - 29



Dapat kita ketahui bahawa setiap segala sesuatu perkara yang dikerjakan oleh kita dalam kehidupan kita pasti akan tercatat daripada sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-besarnya. Oleh sebab itu, kita hendaklah sentiasa berfikir dan berwaspada dalam melakukan apa sahaja dalam kehidupan ini kerana ia tidak akan terlepas daripada perbicaraan yang akan dibalas sama ada baik atau buruk. Amatlah malang kerana sebahagian manusia suka bertindak melulu dan terburu-buru tanpa memikirkannya terlebih dahulu selain suka bertindak mengikut perasaan semata-mata yang mendapat petunjuk iblis. Renungi sambungan ayat dari surah An Naba’ ini:
“(Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu”. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.(Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur; Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya; Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman; Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta; Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya), Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu);”



“(Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)! Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)” – Surah An Naba’ Ayat 30 - 40

http://jalansemut.files.wordpress.com/2009/03/kiamat.jpg?w=450

- gambar hiasan

Terdapat banyak ayat-ayat Al Quran yang menceritakan tentang gambaran peristiwa hari kiamat ini yang sangat dahsyat jika dihayati dan dibayangkan dengan hati yang luhur. Oleh itu, perbanyakkanlah membaca Al Quran dan fahami serta hayati bacaannya itu. Kita tak diwajibkan untuk menghafaz Al Quran. Tanggungjawab kita terhadap Al Quran ada lima; Beriman dengannyam, membacanya, memahami kandungannya, mengamalkan isinya dan menyebarkan kandungannya kepada orang lain. Tidak terdapat tanggungjawab untuk menghafaz Al Quran kerana ALLAH menciptakan manusia tidak sama dari segi kekuatan menghafaz. Apalah guna kita hafaz Al Quran namun kita tidak memahami dan mengamalkan kandungannya. Yang penting adalah faham dan amalkan kandungannya itu. Malah, lebih baik lagi jika kita menghafaz Al Quran ditambah dengan faham dan amalkan kandungannya.

Sesungguhnya amat cukup dan bermakna bagi kita ayat-ayat Al Quran bagi menjadi peringatan dan renungan untuk kita dengan kisah-kisah benar yang pasti berlaku di akhirat kelak yang diceritakan oleh ALLAH dalam kitab suci-Nya itu.Justeru, ingatlah bahwa kehidupan kita di dunia ini tiada nilainya dan akan penuh penyesalan di akhirat nanti sekiranya kita tidak beriman dengan ALLAH dan hari kiamat lantas sentiasa melakukan amal kebajikan sebagai bekalan untuk perbicaraan dan timbangan amal yang akan dibuat di padang Mahsyar kelak. Biarlah kita menyesali kealpaan, kesalahan, kelalaian kita selama ini di dunia ini selagi nyawa belum dicabut dan kemudiannya bertaubat kepada ALLAH,daripada menyesali semua itu di akhirat kelak yang tidak ada gunanya lagi.Semoga dengan mengingati kematian dan hari kiamat, ia menjadi motivasi untuk diri kita, akan bertambahlah iman kita selain berasa gerun terhadap peristiwa yang akan berlaku itu lantas berusaha sedaya upaya melakukan amal soleh untuk kebahagiaan di syurga nanti yang kekal selamanya. Akhirnya, hayatilah Firman ALLAH Ta’ala berikut :
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” Taubat Nasuha” yakni yang sebenar-benarnya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”- Surah At Tahrim Ayat 8

Semoga kehidupan kita sentiasa dalam rahmat. bimbingan serta keredhaan ALLAH 'Azza Wa Jalla, InsyaALLAH. Mudah2han kita dapat ambil iktibar dan pengajaran daripadaa kisah2 yang diceritakan oleh-Nya menerusi kalam agung seterusnya memberikan kita motivasi untuk terus istiqamah berada di jalan-Nya. . . Amin ya rabbal 'alamin.

5 comments:

ain said...

i like your blog and i want to know about it....

azza said...

BbBbbbbagus........sye suka tentang ari kiamat ..sye hrap ade bnyak lagi gmbar yeeeeeee.........:-]

nana said...

banyakkan pendedahan tentang isu ini dan kalau boleh macam sekarang ni banyak orang buang bayi merata@ok.....

Ahmad Kamil said...

Ain: Thanks for the response...

Azza: Gambar? gmbar tu cuma hiasan je..sbb gmbaran sbnar hari kiamat, tu kita cuma bleh byangkan ikut akal kita je..sbb tu bnda ghaib..sbb tu psl ni cuma ayat quran n hadis ja dpt terangkan..

Nana: Tntg isu ni? isu apa? Sbnarnya masalah utama manusia akhir zaman ni - hilang kesucian akhlak tu. tu main point. klau akhlak smua org bgus, x de gejala sosial apa smua. tp kita nk ubah mmg payah, so yg plg pnting, kita cuba bg jd mcm tu k.

Top 10 Most Popular Posts of My Blog.. « AHMAD KAMIL – THE ORDINARY GUY said...

[...] Mengingati Hari Kiamat – Bahagian 2 [...]