Monday, December 27, 2010

Hakikat Kehidupan & Ujian. . .



Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Akhirat nanti kekal abadi buat selama-lamanya. Dua ungkapan ini memang kita sedia maklum ketahui. Namun, sejauh manakah kita menghayati & mengamalkan daripadanya ?

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
"Sesuatu mayat itu akan diikuti oleh 3 perkara. Akan pulang 2 daripadanya dan akan kekal 1 bersamanya. Akan mengikutinya iaitu ahli keluarganya, hartanya dan amalannya. Akan pulang ahli keluarganya & hartanya, yang kekal hanyalah amalannya"  - Hadis riwayat Muslim

Kematian itu datang menjemput seseorang itu tidak mengira usia. Apabila tiba ajalnya, maka malaikat maut akan datang mencabut nyawanya. Sistem masa ciptaan ALLAH berjalan dengan begitu pantas. Kita rasa macam baru masuk awal tahun. tengok2 sekarang dah nak masuk tahun baru. Kalau umur kita sekarang ini 40, dan umur yang ALLAH peruntukkan kepada kita 60 tahun, maknanya tinggal 20 tahun saja lagi. Itupun kalau sampai 60 tahun. kalau lebih, lebihlah. Macam pelajar2 masuk exam , ataupun kita sendiri masuk exam. Sekurang2nya masuk exam ni kita tahu masa masuk & keluar. Pukul berapa mula, pukul berapa berakhir.  Maka dapat la kita agak2 supaya dapat jawab bagi habis. Tetapi dalm ujian kehidupan ALLAH bagi kita tahu waktu masuk saja, kita tak tahu bila ia berakhir yakni kematian. Bila kita baligh, kita tak ingat. . maka kita pun happy go lucky, so tak beramal soleh. bila usia dah lanjut 40 tahun, baru nak sedar. kalau sedar tu, alhamdulilah la. Tapi waktu itu kita pun tak tahu bila kita nak mati. ALLAH 'Azza Wa Jalla ingatkan kita tentang kehidupan dunia.

Firman ALLAH 'Azza Wa Jalla:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. -  [ Surah Al - Munafiqun , ayat 10 ]

Manusia sibuk dengan harta bendanya. Sehingga tak sempat nak dengar peringatan ALLAH. Tak sempat pubn nak baca Al Quran. Berhubung dengan anak-anak lagi. Anak2 hari ini juga sibuk. kita nak bagi anak kita berjaya. sebab anak2 orang lain dapat straight A's,  kita pun nak anak juga. Tapi sistem seperti ini ada kecacatannya. Sebab manusia fokus nak bagi dia pandai ataupun bagi lulus exam. Bukan semua orang yang berjaya dengan cemerlang dalam exams ni, baik cara fikir dia. Sistem kita exam-oriented. Dia kira siapa boleh jawab, sebahagian soalan berdasarkan hafalan. Siapa baca banyak, dia ingat banyak. Siapa ingat banyak maka dia boleh jawab. Walaupun dalam kalangan mereka yang boleh jawab ni, dalam urusan kehidupan dunia mereka tak pandai. Buat kerja lain tak tahu. Orang tanya pendapat tak reti, senyap saja. Tapi exam pandai. Lulus baik. Kita sebagai orang islam biar Berjaya dengan cemerlang tak apa, kita pun suka. Tapi janganlah sebab itu kita salah tekankan urusan yang lebih penting. Bukan soal solat ditekankan, tapi SPM dan lain2 pula jadi keutamaan. Kerja pergi tuisyen kerap saja.

Dalam hadis di awal tadi, nabi sebut 3 perkara yang mengikuti mayat. Pertamanya, ahli keluarga. Ahli keluarga itu termasuklah suami/isteri, anak-anak, kaum kerabat. Kalau anak yang soleh, dia beriman dengan hari akhirat, dia pasti banyak doakan ayah/ibunya. Tapi kalau iman lemah, dia lebih fikir bab harta. Sebab itu sesetengah anak2 seronok apabila ibu bapanya meninggal dunia kerana dengan itu mereka dapat mewarisi harta.

Kedua, hartanya. Yang mana harta kita? Harta kita sebenarnya adalah apa yang kita dah makan, apa yang kita pakai yakni pakaian, apa yang kita sedekahkan. Apa yang selainnya bukan harta kita. Kita bolehlah kata dalam bank, duit kita ada RM10 juta. Namun kalau hari ini kita meninggal dunia, duit itu bukan jadi harta kita. Jadi harta pewaris2 kita.

Harta kita ialah apa yang telah kita hantar ke akhirat. Yang kita gunakan. Harta isteri & anak2 itu harta yang kita tinggalkan selepas kita meninggal dunia. Apabila kita banyak harta yang dihantar ke akhirat, maka kita rasa seronok untuk kembali ke sana. Tetapi kalau kita kedekut untuk bersedekah, kurang beramal soleh, kita rasa tak nak mati. Takut nak mati. Ahli psikolgi berkata, kalau sesorang itu banyak duit disimpan dalam bank, dia akan berasa tenang & seronok apabila dia tengok bank. Sebaliknya, kalau seseorang itu berhutang dengan bank, tengok lambang bank pun dah berserabut. Kalau kita tahu banyak harta dalam akaun akhirat, kita seronok nak kembali ke akhirat. Apa2 harta dunia ni jika dibandingkan dengan akhirat, habuk pun tak ada.

Ketiga, amalannya. Amalan kita itu adalah apa yang kita kerjakan daripada sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-besarnya. Mungkin ada sesuatu yang kita kerjakan itu kita sangka ia tidak dikira oleh ALLAH, rupa-rupanya ia tercatat dalam kitab amalan kita. Maka berhati-hatilah dalam gerak geri kita dalam menyusuri kehidupan di dunia ini.

Demikian sedikit cetusan pemikiran untuk kali ini berkaitan hakikat kehidupan dunia & ujiannya. Apa yang disampaikan ini adalah untuk peringatan bagi diri saya sendiri & semua yang membaca coretan ini. Semoga kita sentiasa dalam rahmat & keredhaan ALLAH ‘Azza Wa Jalla. Insya-ALLAH. . .

No comments: