Wednesday, January 26, 2011

Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 27



Ketika Khairul bersiap-siap untuk tidur, tiba-tiba dia terdengar bunyi pasu pecah. Dia terus bergegas keluar dari biliknya untuk melihat apa yang berlaku. Dia mendapati ada orang di luar rumahnya. Dia terus ke bilik ibu bapanya untuk memberitahu perkara tersebut.

Mak Khairul: Ada orang dekat luar? Khairul mimpi je agaknya..
Khairul: Tak...memang ada org dekat luar. Khairul nampak dgn jelas..Cuma x tahu siapa. Rasa2 patut x khairul keluar pergi tengok?
Ayah Khairul: Ishh...apa la khairul ni. Dah kata ada org yg mungkin pencuri, nak pergi tengok pula.kalau dia bawa senjata, lepas tu cederakan khairul mcm mana. Kan susah.
Khairul: Habis tu nak buat apa ni?

Tiba-tiba talefon bimbit Khairul berbunyi, yang mana dia menerima satu mesej daripada satu nombor yang tidak dikenalinya. Mesej tersebut berbunyi, “Jangan balik ke SMKAIT...kalau tak hg akan menyesal”. Khairul tergamam melihat kandungan mesej tersebut.

Ayah Khairul: Kenapa khairul? Siapa hantar mesej tu?
Khairul: Errr....kawan, ayah.
Mak Khairul: Hai...apasal lain macam je anak mak ni? Bagi mak ayah tengok mesej apa tu.
Khairul: Mesej biasa je...x ada apa2 pun.
Ayah Khairul: Bagi la kami tengok...biasa ke luar biasa ke.

Sunday, January 23, 2011

Once Again In My Hometown!!!

http://ordinaryguy92.files.wordpress.com/2011/01/termenung.jpg?w=300

Salam 'alaik to everyone!! Ahaaa....once again...I am currently in my hometown, Perlis Darus Sunnah. Ehh...semester break? No...it is merely weekend break laa. hahaha... There are some matters to be done and solved - that's why I return here for a while.

Cakap melayuu la pula. Aku cadang nak pergi sekolah pagi tadi. maklum la hari ni hari persekolahan ganti sempena tahun baru cina nanti. tambah2 pula hari ni diadakan kejohanan merentas desa. teringin la nak pergi. boleh jumpa cikgu2 & sahabat2 yg dirindui yg dah lama x jumpa dong. Tapi apakan daya.... lepas solat subuh pagi tadi, cadang2 nak tidur sekejap je. Tapi terlajak berjam2 lamanya. hahahaha.... terbaik punya kan? Memang x ada kerja sungguh. buang masa je tahu. ish3.....teruk betul aku ni. bila la nak berubah.

InsyaALLAH malam esok nak balik dah ke CFS IIUM, PJ. 2 minggu lagi cuti tahun baru cina. tapi aku x balik perlis. insyaALLAH aku balik kuala kangsar, perak. balik kampung. sebab family aku mmg nak balik sana nanti. InsyaALLAH lepas CNY nanti, maka bermulalah final exam...then cuti semester. Ehh...cepat betul kan masa berlalu! MasyaALLAH....dunia akhir zaman.....

Wednesday, January 19, 2011

Dewasakah Kita....?



Kedewasaan bukan sekadar terletak pada umur biologi semata-mata tetapi apabila jiwa kita mula mengenali kehidupan. Apabila matlamat kita sejelas mentari dipagi hari dan jalan-jalan menujunya terpampang nyata diminda sedar. Kita mulai merasakan satu tolakan pada jiwa kita supaya melakukan sesuatu untuk mencapainya maka kita sebenarnya berada diambang kedewasaan.

Lalu kita mula menterjemahkan harapan dan impian ini secara amali sambil kita mula melakukan perubahan dan peningkatan diri. Hari-hari yang kita lalui menjadikan kita sibuk menggali erti kewujudan kita dimuka bumi ini sambil menerokai hakikat diri. Dalam penerokaan itu lalu kita temui kekuatan yang tersimpan dalam diri di samping sikap diri yang akan mengendalakan perjalanan kita. Kita cuba tanggalkan segala kelemahan diri itu sambil kita mengembangkan potensi yang ada untuk kita terus melangkah menuju cita maka ketika itu kita sebenarnya sedang mengorak langkah pertama menuju kedewasaan.

Tuesday, January 18, 2011

Perihal Study Hard & Study Smart - Bahagian 2

http://2.bp.blogspot.com/_EtOxnEb9HMs/S8dnfKJQILI/AAAAAAAAAI4/n9BEll0flvw/s1600/study+hard.jpg

Ahaaa...kembali kita dlm membicarakan soal study hard & study smart. Mcm mana students study? Selalunya ada dua jenis. Sama ada study hard x pun study smart la kan. Anda mcm mana ye? Bukan dua2? Or gabungan dua2? Jawab la sendiri ye...

Mcm mana students yg study hard ni? Masalah yg dihadapi oleh students ni ialah planning & strategy dlm nak study. Yg bagusnya diorang rajin nak study... mmg harus dipuji. Tapi itulah... kalau study banyak mana pun tapi salah cara or x kena gaya, so x member impak yg terbaik. Maka, study tu pun boleh dikatakan sia2 je... or paling x kata hanya beri sikit faedah.

Diorang ni study secara pasif sebenarnya. Mcm mana tu? Diorang buka buku, lepas tu baca..lepas baca dan baca, diorang buat latihan. Lepas tu semak jawapan & lepas tu check balik bagi soalan yg salah. Dlm soal buat nota pula, diorang buka buku nota & buku teks/rujukan dsb, then diorang buat la nota ikut style diorang. Lebih kurang begitu la cara study diorang. Apabila nak exam, maka pening kepala la diorang sebab banyak benda nak dibaca. Nota yg dibuat pun kadang2 sekadar ‘hiasan’ utk dihantar kepada cikgu, bkn utk dibaca dikala nak exams.

Sunday, January 16, 2011

I terrifically miss all of you, guys ! !

http://ordinaryguy92.files.wordpress.com/2011/01/11682-sahabat.jpg?w=300

Teringin taip dlm bahasa melayu laa pula. Hehe.. Actually, dah lama benar aku x jumpa ramai sahabat2 lama aku…termasuk la sahabat2 rapat & sejati aku…rasa rindu sangat dkt diorang… siapa diorang tu? Raamai…antaranya Muhammad Rushydi Bin Musa, Mohd Faizuddin Bin Sahimi, Muhammad Khidhir Bin Kamil, Ahmad Nabil Bin Zaharuddin, Mohd Farid Wajdi Bin Mustaffa & ramai lagi la…kalau nak listkan semua boleh la juga. Tapi penuh berapa puluh baris. Yg aku x sebut tu jgn kecil hati pula…bkn aku lupakan korang ye..

Ketika post ni ditaip, aku actually tgh termenung..maklum la hari cuti2 ni…kdg2 malas nak study…kerja nak baring..nak relax je.  So termenung la jawabnya. Bila termenung ni, teringat la balik zaman persekolahan yg penuh kenangan. Rasa rindu sgt2…. Suka duka, manis pahit,susah senang dan gembira sedih terpahat dlm memoriku. Mmg semua tu mewarnai kehidupan di dunia yg sementara ni.

Saturday, January 15, 2011

Itulah Sahabat Sejati. . .

http://www.rowox.com/Images/Dog_Tags/images/true_friend.gif

“Sahabat sejati itu bukanlah mereka yang hanya selalu bersama kita, namun mereka yang meingatkan kita agar tidak alpa dan leka tatkala kita senang,  menasihati kita agar tabah dan sabar ketika kita diuji, menegur kita semasa kita melakukan kesilapan yang kita tak sedar selain tidak terlalu memuji kita sehingga mengakibatkan kita sombong lagi angkuh, sedaya upaya menolong kita dengan apa cara sekalipun sewaktu kita memerlukan, walaupun mereka tidaklah selalu bersama kita. Merekalah sahabat sejati yang sebenar-benarnya yang sememangnya menghargai kita walaupun sumbangan dan jasa kita kecil sahaja kepada mereka dan bersedia memaafkan kita apabila kita melakukan kesalahan. Jadilah sahabat sejati sebelum ingin memiliki sahabat sejati. Bersyukurlah kepada anda yang dikurniakan sahabat sejati…….”

Thursday, January 13, 2011

Gambaran Titian Sirothol Mustaqim Di Dunia



Oleh : Dr Abdullah Yasin

عن النواس بن سمعان عن رسول الله صلى الله عليه وسلَّم قال ضَرَبَ اللهُ تعلى مَثَلاً صِرَاطاً مُسْتَقِيْمًا ، وَعَلَى جَنْبَتِي الصِّرَاطِ سُوْرَانِ ، فِيْهِمَا أَبْوَابٌ مُفَتَّحَةٌ ، وَعَلَى الأبْوَابِ سُتُوْرٌ مُرْخَاةٌ ، وَعَلَى بَابِ الصِّرَطِ دَاعٍ يَقُوْلُ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ! ادْخُلُوا الصِّرَاطَ جَمِيْعًا وَلاَ تَتَعوَّجُوا ، وَدَاعٍ يَدْعُو مِنْ فَوْقِ الصِّرَاطِ ، فَإِذَا أَرَادَ الإِنْسَانُ أَنْ يَفْتَحَ شَيْئًا مِنْ تِلْكَ الأبْوابِ قَالَ: وَحْيَك لاَ تَفْتَحْهُ ، فَإِنَّكَ إِنْ تَفْتَحْهُ تَلِجْهُ ، فَالصِّرَاطُ الإسْلاَمَ ، وَاسُّوْرَانِ حَدُوْدُ اللهِ تَعَلَى ، والأبْوابُ المفتَّحَةُ محارِمُ الله تعَالى ، وذَلِكَ الدَّاعِي عَلَى رَأْسِ الصِّرَاطِ كِتَابُ اللهِ ، وَالدَّاعِي مِنْ فَوْق وَاعِظُ اللهِ فِي قَلْبِ كُلِّ مُسْلِمٍ

Terjemahan:

Daripada Nawwas Bin Sam’aan daripada Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) sabdanya: “Allah membuat perumpamaan tentang Shiratal Mustaqim bahwa pada dua sisinya (kiri dan kanan) ada dua pagar, dan pada kedua-dua pagar tersebut terdapat banyak pintu yang sedang terbuka, dan pada tiap-tiap pintu itu pula ada tabir yang menutupinya, dan di atas pintu masuk ke jalan yang lurus itu ada penyeru yang memanggil: Hai sekalian manusia, masuklah kamu semua ke dalam “Jalan Yang Lurus” ini dan janganlah menyimpang (melencong)!, dan ada pula penyeru yang berada daripada atas jalan itu yang jika manusia ingin membuka sedikit tabir penutup pintu itu, lalu ia berkata: Celaka engkau, janganlah engkau buka tabir itu! Sebab jika engkau membukanya niscaya engkau akan terjerumus ke dalamnya. Jalan yang lurus itu adalah Islam dan dua pagar itu ialah batasan-batasan Allah (Hududullah), pintu-pintu yang terbuka itu larangan-larangan Allah dan penyeru yang memanggil dari pintu masuk ke jalan itu ialah Kitabullah (Al-Quran), dan penyeru yang berada di atas jalan itu pula ialah peringatan daripada Allah yang terdapat pada hati setiap muslim”.

[Hadis Hasan Sahih Riwayat Imam Ahmad]

Wednesday, January 12, 2011

Antara Kumpul Harta Dunia & Harta Akhirat



Ada yg bertanya kepada aku tentang kenapa aku buat blog. Aku rasa sepatutnya aku cakap pasal ni pada awal kewujudan blog ni.. tapi x mengapalah.. dah masa tu x ada org tanya so sebab tu aku x cakap.

Sepertimana yg kita lihat, ramai manusia dlm muka bumi ini sibuk mencari & mengumpul harta utk kehidupan dunia, sedangkan leka & lupa utk mengumpul harta utk kehidupan yg kekal abadi buat selamanya; di akhirat. Kita terlalu berkira dalam soal mendapatkan duit, namun dalam masa yg sama kita x hairan sgt soal memperoleh pahala yg menjadi bekalan utk dibawa ke akhirat.

Ramai juga org tanya aku sama ada aku mmg dapat duit ke dgn buat blog ni.. aku jawab x dapat pun. Sebab kebiasaannya dpt duit dgn blog ni sebenarnya melalui pengiklanan(advertisement). Aku x kisah sangat pun soal pengiklanan & duit sebab tu lebih kpd soal kekayaan dunia, sebaliknya aku lagi kisah tentang berkongsi ilmu & perkara2 bermanfaat dengan umat Islam sejagat yg mana ada ganjaran selayaknya daripada ALLAH ‘Azza Wa Jalla, insyaALLAH….

Sunday, January 9, 2011

Perihal Study Hard & Study Smart - Bahagian 1



Ahaaa. . satu tajuk yg agak menarik utk diperkatakan. Tujuan artikel ni ditulis pun atas permintaan juga la. Demi x nak menghampakan yg meminta, maka ditulislah artikel ni mengikut pengetahuan saya. Study hard dan Study smart – dua ungkapan yg boleh kata cukup popular dlm kalangan pelajar. Betul kan? Memang kita sudah sedia maklumi pasal kedua2nya, namun kita ni mmg faham ke maksud sebenar drpd kedua2nya?

Ahaaa.. insyaALLAH dlm artikel ini, saya akan cuba mengupas secara detail pasal kedua2nya sekali serta bandingkan dua cara study ni. Memang kena pilih salah satu je or boleh gabung ke mcm mana.

Saturday, January 8, 2011

Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 26



Selepas Asyraaf menerima panggilan daripada Khairul, dia menerima panggilan daripada satu nombor yang tidak dikenalinya. Pada mulanya dia enggan menjawab panggilan tersebut, namun setelah dipaksa oleh sahabat-sahabatnya, dia mwnjawabnya juga.

Asyraaf: Assalamu’alaikum.. siapa ni ea?
Cikgu Nooraini: Wa’alaikumussalam.. ni Cikgu Nooraini.
Asyraaf: Ohh.. cikgu ...... . Sori la cikgu sbb saya x save pun no cikgu dlm hp saya.
Cikgu Nooraini: Oh.. x mengapa. Cikgu mengganggu x ni?
Asyraaf: Ehhh.. x menggangu pun. Errr.. kenapa cikgu call saya ni?
Cikgu Nooraini : Bkn apa.. minggu depan kan sekolah dah nak start. So kalau boleh cikgu nak kamu jadi pengerusi majlis masa perhimpunan sekolah pertama nanti. Boleh tak?
Asyraaf: Ohh... boleh je cikgu. Tak ada masalah. Hehe...
Cikgu Nooraini: Bagus la kalau mcm tu. Nanti hari ahad cikgu jumpa kamu ye dekat sekolah. Kan hari ahad nanti pendaftaran.
Asyraaf: Ohh..baik cikgu.

My mid semester exams result?



My friends whether they are CFS IIUM students or others keep asking me about my results for mid-semester exams recently I have sit. All praises be to ALLAH ‘Azza Wa Jalla as I manage to achieve a good result – from my perspective; some of them said it is extremely good compared to them. However, the most important one to know that it is all from ALLAH. My result is actually not illustrating that I’m a good student – brilliant and so on. I obviously realize that my efforts are merely a little.

Do you want to know my result? Hahaha.. I think I have no intention to reveal it here as I feel it is not important to let you know. Hehe.. If you really want to know it, you may ask me personally ok. Hohoho..

Tuesday, January 4, 2011

Solat : Tiket Menuju Syurga & Perisai Dari Azab Neraka

http://ianpermana.com/wp-content/uploads/2010/11/makna-bacaan-solat.jpg

Sabda Rasulullah S.A.W :
Allah mewajibkan lima solat keatas hamba-hambanya. Sesiapa yang mengerjakannya dan tidak meninggalkan suatu waktu  pun dalam keadaan merendahkan kedudukan solat, maka dia mendapat perjanjian disisi Allah iaitu dia  akan dimasukkan kedalam syurga. Sesiapa yang tidak mendirikan solat, tiadalah perjanjian untuknya disisi Allah.Jika Allah berkehendak untuk mengazabnya, dia akan diazab dan jika  Allah berkehendak untuk memasukkannya kedalam syurga, dia akan dimasukkan ke dalam syurga (H.R.  Abu Daud)

Sunday, January 2, 2011

Suka duka Kehidupan. . .

http://www.changeyourlifehacks.com/wp-content/uploads/2009/03/inspiring-life-quotes.jpg

Hahhh. . . it's now English section ! hehe. . I have written a title in English and its content in Malay so now it's vise versa.  But. . . what am I going to say about the title mentioned above? Wait. . wait. . wait. Please be patient ok as patience is a part of faith.

Insya-ALLAH tonight I will return to CFS IIUM, Petaling Jaya after about a week having mid semester break in my hometown, Perlis. So far I think I have merely been here for two or there days but it is essentially a week ! ! The break is supposed to be longer as I have not enjoyed yet - maybe 2 or 3 weeks same as inter semester vacation. hahaha. .

Saturday, January 1, 2011

Tajdid Dalam Pemikiran Pelajar. . .

Sempena kehadiran tahun baru 1432 Hijrah dan 2011 Masihi, sama-samalah kita sebagai para pelajar untuk memperbaharui azam dan setting pemikiran kita agar sentiasa menjadi lebih baik. . insyaALLAH. Oleh itu, luangkan masa seketika untuk membaca artikel cetusan pemikiranku ni, mudah-mudahan dapat jadi sumber inspirasi dan motivasi.

Tajdid Dalam Pemikiran Pelajar - Bahagian 1
Tajdid Dalam Pemikiran Pelajar - Bahagian 2
Tajdid Dalam Pemikiran Pelajar - Bahagian 3
Tajdid Dalam Pemikiran Pelajar - Bahagian Akhir

“ Ya (ALLAH) Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus segala makhluk, kepada –Mu sahajalah aku mohon pertolongan, oleh itu perbaikilah segala urusanku, janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”  -  Hadis Riwayat Al Hakim dan Al Zahaby