Saturday, April 30, 2011

Centre For Foundation Studies, IIUM…

clip_image002Hah! Apakah yang aku nak coretkan dalam post kali ni? Nampaknya, sudah hampir setahun aku menuntut di CFS IIUM ini. MasyaALLAH! Cepat sungguh masa berlalu.

Ingin di sini aku coretkan sedikit apa-apa yang patut dikongsikan bersama sahabat-sahabat yang tidak bersama di sini terutama junior yang mungkin ada yang bakal turut menyertai ‘The Gateway of Garden of Knowledge and Virtue’ ini. Lagipun memang ada permintaan daripada sahabat-sahabat juga meminta daku menulis tentang ini.

Aku akan bercerita tentang pengalaman belajar di sini dalam post yang lain nanti. Itupun selepas tamat semester 3 ini, bermakna tamat 1 tahun pengajian. hehe… Aku nak bercerita ni dalam Bahasa Ingeeris. Tak mengapa kan?

Thursday, April 28, 2011

Apakah Itu ‘Wahabi’?

Negara Malaysia 'bising' seketika apabila seorang pegawai JAKIM mengeluarkan kenyataan mengesyaki kehadiran Shaikh Abdurrahman As Sudais ke Malaysia baru-baru ini cuba menyuntik fahaman wahabi.

Sebahagian umat Islam berasa teruja untuk mengetahui apakah itu wahabi yang sebenar-benarnya.

Berdasarkan sejarah, fakta yang paling rajih tentang 'Wahabi' ialah istilah 'Wahabi' dicetuskan oleh orientalis barat kepada golongan penentang penjajah yang dianggap pengganas yang bermula di India semasa penjejahan British di sana; selain merujuk Shaikh Muhammad Ibn Abdul Wahab yang menjadi tokoh tajdid menentang perbuatan syirik dan bid'ah yang berleluasa pada zamannya dalam mengembalikan ketulenan ajaran Islam yang sebenar.

Sunday, April 24, 2011

Kisah Kewafatan Rasulullah…


Anas bin Malik radiallahu ‘anhu meriwayatkan katanya: Sekalian kaum muslimin yang sedang bersolat Subuh di belakang Abu Bakr di hari Isnin itu dikejutkan dengan kemunculan Rasulullah dari sebelah tabir bilik Aisyah sedang jemaah bersembahyang. Baginda melihat dan memberi senyumannya, Abu Bakr pun berundur ke belakang untuk menyertai saf di belakang, kerana beliau menyangka Rasulullah hendak keluar bersembahyang.
Kata Anas lagi: Hampir-hampir sidang jemaah terpesona dengan solat mereka kerana gembira melihat Rasulullah Solallahu ‘alaihi Wasallam, namun Baginda memberi isyarat kepada mereka supaya meneruskan sembahyang. Lepas itu Baginda melepaskan tabir dan masuk ke dalam. Selepas itu Rasulullah Solallahu ‘alaihi Wasallam tidak berkesempatan lagi untuk bersembahyang lima waktu yang lain. Semasa siang semakin cerah Rasulullah Solallahu ‘alaihi Wasallam  menjemput Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu, menyebabkan beliau menangis, lepas itu Baginda memanggil Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu menyebabkan Fatimah tersenyum, kemudian Aisyah berkata: Kami pun bertanya apa ceritanya?

Saturday, April 23, 2011

Berbakti Kepada Ibu Bapa…

image

Hadis yang menjadi teras perbincangan:

عن عبد الله بن مسعود قال: سألت النبي صلى الله عليه وسلم : أي العمل أحب إلى الله ؟ قال : ( الصلاة على وقتها ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( ثم بر الوالدين ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( الجهاد في سبيل الله ) . قال : حدثني بهن ، ولو استزدته لزادني

Maksudnya: Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud Radiyallahu Anhu :Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi (S.A.W), Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala: Nabi Bersabda,Solat Pada Waktunya,Aku Bertanya Lagi:Apa Lagi Wahai Rasulullah?

Baginda Bersabda: Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa, Aku Bertanya Lagi, Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah, Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku,Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.”

--- Hadis riwayat Imam Bukhari(no 5970) dan Imam Muslim(no 85) --

Friday, April 22, 2011

Catatan Kembara Kehidupan Insan

imageHuhuhu.. Actually, I have no idea what is supposed to be written as the title for this post. Hence, I just choose the previous description of this blog to be placed as the title. What am I going to say in this post? Hmm.. There might be some matters I would like to say for this opportunity. What are them? Be patient arh. hehe..
InsyaAllah today I will return to my hometown, Perlis Darus Sunnah for several days – maybe until Monday. Feeling extremely happy to be back there! From the metropolitan environment in Klang Valley to village environment in Perlis. Hah! Village environment? Of course I have to say so as most of the area in the state is villages, not town or city ok.
Nothing else to describe about the homecoming. Huhu.. moving to next chapter – about my studies in CFS IIUM. All Praises be to Allah ‘Azza Wa Jalla, so far my studies for this semester is so good. Just sitting for mid-semester exams last Monday and already got the result for it. How about it? If it turns to my friends, they must be saying that I’m brilliant bla bla bla.. so I must be getting an outstanding result. Forget them. I would like to express something that we already know but maybe we ‘forget’ it. What is it?

Tuesday, April 19, 2011

Sunnah Nabi Yang Ditinggalkan…

imageDewasa ini, kita barangkali suka bertelagah dalam pelbagai isu. berdoa beramai-ramai sesudah solat ke tak. macam-macam betul. Namun, persoalan muslim yang peka pada agamanya akan bertanyakan tentang hukum sebenar berdoa beramai-ramai setiap kali selepas solat seperti yang dilakukan hampir di seluruh masjid-masjid di Malaysia, Indonesia dan alam Melayu.

Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah Rahimahullah(wafat 751H) berkata:

Adapun berdoa selepas salam dari setiap solat dengan menghadap kiblat atau menghadap makmum maka tiadalah ianya menjadi pertunjuk nabi solallahu ‘alaihi wasallam bahkan juga tiada riwayat yang sahih atau sekalipun hasan mengenainya ” (lihat Za’dul Ma’ad m/s 257 Jilid 1)

Hal ini jelas dalam hadis seperti berikut:

Daripada Abi Umamah radiallahu ‘anhu, katanya: Aku pernah pernah bertanya kepada Rasulullah solallahu ‘alaihi wasallam: “Apakah doa yang amat didengari?” Maka baginda menjawab: “Doa di tengah malam dan di penghujung solat wajib(selepas tahiyyat sebelum memberi salam)“. – Hadis hasan Riwayat Imam At-Tirmizi [no 1044]

Lafaz “دبر الصلوات المكتوبة”  dalam hadis berkenaan adalah lebih tepat kepada d penghujung solat wajib yang membawa maksud berdoa selepas tahiyyat akhir tetapi sebelum memberi salam dan bukannya selepas memberi salam.

Sunday, April 17, 2011

Ibadat Berteraskan Ilmu

imageIlmu pengetahuan merupakan sebesar-sebesar nikmat dan anugerah Allah ‘Azza Wa Jalla kepada hambanya bagi menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya, akal manusia sangat terbatas daripada mengetahui rahsia-rahsia alam yang boleh membebaskan manusia dari belenggu kejahilan kepada mendapat hidayah daripada Allah.

Hakikat ini jelas bahawa tamadun dan pembangunan manusia dari dahulu hingga sekarang, ketinggian dan kemajuan serta kemuliaan budi pekerti serta ketinggian taraf hidup manusia tercapai setelah mereka menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

Maksud: “Katakalah – adakah sama orang-orang yang mengetahui (orang berilmu) dengan orang-orang yang tidak mengetahui (orang jahil), Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”(Surah Az-Zumar Ayat 9)

Ayat tersebut menunjukkan dengan jelas, bahawa kelebihan orang-orang yang berilmu berbanding orang yang tidak berilmu. Imam Al-Syafie Rahimahullah pernah berkata :

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَ الأخِرَةِ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِل

Maksud: “Barangsiapa yang hendakkan dunia hendaklah ia berilmu dan barangsiapa yang hendakkan akhirat hendaklah ia berilmu dan barangsiapa hendakkan dunia dan akhirat hendaklah dia berilmu“.

Jelaslah kepada kita bahawa kesenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat bukanlah dapat dicapai dengan pangkat, kedudukan, harta mahupun kekayaan tetapi semua itu mampu dan hanya boleh diraih dengan ilmu pengetahuan. Kita juga menyaksikan bahawa segala permasalahan, kepincangan,dan malapetaka yang berlaku dalam masyarakat dewasa ini berpunca dari kejahilan. Kita melihat contoh yang nyata berlaku dalam masyarakat kita hari ini seperti kes penceraian, buang anak, rasuah, dan perpecahan adalah berpunca dari kejahilan terhadap ilmu agama.Islam menjadikan salah satu tuntutan yang mesti dilakukan oleh umat Islam ialah menuntut ilmu.

Saturday, April 9, 2011

Hidup Yang Penuh Dengan Pilihan...



Huh..sudah lama juga aku tak coretkan kisah perjalanan hidupku dalam blog ni. lebih kurang 3 minggu dah. Yang lagi dahsyat, dah sebulan aku tidak tulis sambungan karya drama Roda Kehidupan 2. Hah! Kenapa? Awat? Apasal? Aku memang jenis suka bergantung pada 'mood' juga la. Bila rasa ada mood nak tulis, baru tulis. Begitu ye? Ya!

Bila difikirkan balik, konsep 'mood' ini disalah ertikan dan disalahgunakan. Kita seringkali menyebut "aku tak ada mood la nak study". Kenapa begitu jadinya? Hal ini disebabkan kita membiarkan kita dipengaruhi oleh persekitaran. Manusia secara umumnya terbahagi kepada tiga - dependent, independent & interdependent. Ia merujuk kepada kita bergantung kepada persekitaran atau kita langsung tidak bergantung kepada persekitaran atau kita mengubah persekitaran. Yang mana satukah kita? Jadilah kita arus yang mengubah persekitaran, bukan persekitaran yang menentukan hala tuju arus kita. Ada faham?

Wednesday, April 6, 2011

Berlapang Dadalah Tetapi Tegas...


Hakikatnya, jika kita memerhatikan insan di sekeliling kita maka kita akan dapati sememangnya insan terbahagi kepada banyak ‘jenis’. Ada yang berlapang dada dengan selapang-lapangnya, ada yang agak keras tetapi tidak begitu tegas, ada yang keras dan tegas, tidak kurang juga yang berlapang dada tetapi tegas. Maka, sudah pasti akan ada yang bertanya antara kesemua ini, manakah yang terbaik untuk menjadi prinsip kita?


Secara peribadi saya, prinsip yang saya pegang adalah seperti dalam tajuk di atas. Berlapang dada tetapi tegas. Apakah itu berlapang dada? Menurut kefahaman saya, ia merujuk kepada keterbukaan kita dalam menerima dan menghormati pandangan, pegangan dan hujah orang lain dalam sesuatu perkara manakala ketegasan pula merupakan refleksi kepada sikap kita terhadap sejauh mana kita berpegang dengan manhaj, metodologi dan prinsip kita itu.

Justeru, berlapang dada tetapi tegas bererti kita bersedia untuk menerima dan menghormati pegangan, pendapat dan hujah orang lain tanpa ada rasa ‘dendam’ atau ‘geram’ dan konco-konconya namun berpegang teguh dengan manhaj, fikrah, metodologi dan prinsip.

Tuesday, April 5, 2011

Nasihat Daripada Saudaramu...



Arghhh... Aku rasa malas tahap gaban nak taip sekarang ni. Entahlah kenapa.... Apapun, demi tidak menghampakan para pembaca setia blogku ini, aku kongsikan sedikit nasihat(copy sebenarnya dari status facebook aku sebelum2 ini) daripada insan yang kerdil dan hina dina ini. Moga bermanfaat untuk kita bersama. yang pastinya, setiap kata-kata insan bisa diterima dan ditolak melainkan kata-kata ALLAH 'Azza Wa Jalla dan Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam...

"Please be open minded yo guys... jangan 'taksub' dengan seorang dua 'tokoh' je. dengarlah kata2 & hujah semua pihak walaupun org yg tidak kita sukai kerana barangkali ada juga perkara yg dia lebih benar drpd kita, setidak-tidaknya dapat mencernakan minda pemikiran kita. Nilailah semua pandangan dengan 'adil.."

"Ia bergantung pada mentaliti juga sebenarnya. org yg berfikiran kritis lebih terbuka untuk mendengar pandangan org lain walaupun diorang berbeza manhaj, pegangan & metodologi. sebaliknya org yg berfikiran pasif lebih mudah 'bersangka buruk' & 'cepat melatah' selain suka 'melabel orang'."