Saturday, January 28, 2012

Antara Amalan Zahir & Batin…

Daripada Abdullah Ibn Utbah, dia berkata bahawa dia telah mendengar 'Umar Ibn Khattab radiallahu 'anhu telah berkata:

"Sesungguhnya orang ramai telah mengambil wahyu(sebagai pedoman) ketika zaman hidup Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam, dan hari ini wahyu telah terputus.

Pada hari ini, kita menilai kalian berdasarkan amal yang zahir, maka barangsiapa yang secara zahir menampakkan amal yangbaik kepada kita, kita percaya kepadanya dan dekat padanya, dan bukan urusan kita apa yang tersembunyi daripadanya kerana hal itu telah menjadi urusan Allah Ta'ala dan Dia yang akan menghitungnya.

Barangsiapa yang secara zahir menampakkan amal yang buruk kepada kita, maka kita takkan percaya kepadanya dan tidak membenarkannya sekalipun dia mendakwa niatnya baik."

-- Hadis Mauquf, Riwayat Imam Bukhari(2447) --

Tuesday, January 24, 2012

Soal Jawab: Bagaimana Pupuk Sifat Sabar?

image

Soalan:
“salam ukhuwah. 

sy cuma ingin bertanya bgmana untuk memupuk sifat sabar dan bgmana berhadapan dgn org yg panas baran? 

sekian,tk.”

--- Munirah I

Jawapan:

Salam ukhuwwah kembali. Alhamdulillah, mabruk ‘alaik, atas keprihatinan saudari terhadap sifat mahmudah dan mazmumah, dalam usaha memperbaik keperibadian diri. Semoga Allah ‘Azza Wa Jalla memberikan kita kekuatan ke arah memperbaik akhlak dan sikap kita.

Saturday, January 21, 2012

Tinta Nasihat Daripada Insan Biasa…

Berikut adalah 3 nasihat daripadaku yang hanya insan biasa, yang pastinya ia untuk diriku sendiri, juga untuk antum. Nasihat ini dipetik daripada my latest status update di Facebook. Semoga ia bermanfaat untuk kita bersama.

1. Perihal Kesalahan – Urusan peribadi dan orang awam
Jangan senang dan cepat dedahkan aib peribadi orang, yang mana mungkin orang berkenaan telah pun bertaubat dan telah pun dihapuskan dosanya oleh Allah 'Azza Wa Jalla.

Silap2 hari bulan kita pula yang mendapat dosa atas pendedahan kita yang kita sangka kita jadi jaguh dan berasa lebih baik daripada orang berkenaan.

Bezakan antara aib peribadi dan kesalahan yang melibatkan orang awam!

Sunday, January 15, 2012

Pandangan Peribadi Berkenaan Isu Semasa…

Hah. Teringin pula aku ingin ‘mengulas’ beberapa ‘isu semasa’ yang menjadi perhatian ramai dalam minggu ini.

Ia sememangnya hanyalah pandangan peribadiku berdasarkan ilmu, pengalaman dan pembacaanku yang terlalu sikit, dan pastinya ia boleh diterima dan ditolak.

1. Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim
Aku memang sebenarnya malas nak ulas pasal kes ini sejak awal ia ditimbulkan pada tahun 2008. Namun, keputusan yang diumumkan pada 9 Januari lepas menimbulkan banyak tanda tanya. Adakah ini juga satu ‘konspirasi’?

Saturday, January 14, 2012

Hakikat Pelajar dan Gred ‘A’…

image

Terlintas dalam benak pemikiranku untuk mencoretkan tentang suatu perkara yang diri ini merasakannya ‘penting’ untuk difahami dan menjadi ingatan bagi diri kita yang bergelar pelajar. Walaupun artikel sebelum ini ada menyentuh tentangnya, namun daku kira ia tidak disentuh secara details dan specific.

Hakikat dalam realiti kehidupan hari ini, ‘pelajar’ dan ‘peperiksaan atau ujian’ tak dapat dinafikan sebagai mempunyai ‘hubungan yang erat’. Tatkala menyebut ‘pelajar’, maka ‘peperiksaan’ merupakan tajuk kegemaran ramai untuk diperbualkan.

Wednesday, January 11, 2012

Semester Akhir di CFS IIUM…

Logo CFS

InshaAllah, semester 3, 2011/2012 yang mana kelas secara rasmi bermula telah bermula pada hari ini, merupakan semester terakhir buat diriku di Centre for Foundation Studies, International Islamic University Malaysia, di kampus Petaling Jaya, Selangor. Bulan Mei nanti, cukup 2 tahun aku sebagai pelajar CFS IIUM.

Walaupun 2 tahun dilihat orang sebagai tempoh masa yang lama, zahirnya memang nampak lama, berbanding pelajar matrikulasi KPM, yang mengikuti pengajian selama 1 tahun, tetapi secara peribadi, aku merasakan tempoh 2 tahun itu bukan satu tempoh yang lama. Bahkan, masih terngiang-ngiang kenangan hari-hari awal aku di CFS IIUM. Sedar tak sedar, dah lebih setahun lebih.

Wednesday, January 4, 2012

Sidang Dewan Undangan Negeri Panas!

image

Persidangan Dewan Undangan Negeri ‘Diri’ bagi sesi penggal ke-8, tahun 2012 dilihat panas pada hari pertamanya lagi. Ia berikutan bajet tahun 2012 dibentangkan pada hari ini, yang mana ia ditangguhkan kerana masalah teknikal yang tak dapat dielakkan.

Topik yang dibincangkan ada melalut sehingga masuk ke isu-isu lain yang langsung tak ada kaitan dengan pembentangan bajet tahun 2012. Berikut adalah sebahagian manuskrip yang sempat dicatat:

YAB Iman: Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Yang saya hormati, Yang dipertua dewan undangan Negeri Diri, YB Akal, Sahabat-sahabat sama ada dari pihak kerajaan, mahupun pembangkang, serta hadirin sekalian. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah Ta’ala atas nikmat dan kurniaNya, dapat kita berkumpul dalam dewan yang mulia pada hari ini.

Sunday, January 1, 2012

Imbasan Tahun Masihi 2011…

image

Tahun Masihi 2011 baru sahaja melabuhkan tirainya. Sesungguhnya, tercatat pelbagai peristiwa dalam tahun ini yang bakal menjadi memori dalam diari kehidupan kita di muka bumi Allah ‘Azza Wa Jalla yang sementara ini, sama ada suka mahupun duka, kedua-duanya akan terpahat dalam benak fikiran kita.

Hakitkatnya, terdapat banyak juga perkara yang berlaku pada tahun ini dalam bahtera kehidupanku, yang sudah tentunya bakal terus diingati dalam diri ini. Pengalaman-pengalaman baru yang ditimba sudah pastinya mengajar diri ini perkara baru yang sangat berguna dan bermanfaat dalam meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini.