Saturday, January 21, 2012

Tinta Nasihat Daripada Insan Biasa…

Berikut adalah 3 nasihat daripadaku yang hanya insan biasa, yang pastinya ia untuk diriku sendiri, juga untuk antum. Nasihat ini dipetik daripada my latest status update di Facebook. Semoga ia bermanfaat untuk kita bersama.

1. Perihal Kesalahan – Urusan peribadi dan orang awam
Jangan senang dan cepat dedahkan aib peribadi orang, yang mana mungkin orang berkenaan telah pun bertaubat dan telah pun dihapuskan dosanya oleh Allah 'Azza Wa Jalla.

Silap2 hari bulan kita pula yang mendapat dosa atas pendedahan kita yang kita sangka kita jadi jaguh dan berasa lebih baik daripada orang berkenaan.

Bezakan antara aib peribadi dan kesalahan yang melibatkan orang awam!

2. Pembahagian masa yang bijak
Sebagai mahasiswa, sama-samalah kita bijak dalam menguruskan masa kita, dan memohon kepada Allah 'Azza Wa Jalla agar memberkati masa kita.

Bukan setakat sibuk ke kuliah, siapkan assignment, tutorial, presentation dan preparation untuk quizzes/exams, malah kena memperbaik intercommunication skills melalui kelab/persatuan dalam bersosial.

Malah, penyertaan dalam usrah/halaqah juga perlu dalam membentuk keperibadian diri dengan tarbiyyah dan mendalami ilmu dalam pelbagai aspek, selain pembacaan sendiri.

3.Bersederhana dalam menilai orang
Pagi tadi, sempat bersembang dengan seorang makcik 'cleaner' yang sedang mop lantai.

Sembang punya sembang, Subhanallah, rupanya sebahagian diorang boleh 'ingat' dan 'kenal' students ikut bilik.

Aku yang tiap2 hari keluar masuk bilik pun kekadang tak berapa kenal, malah nak ingat lagi la tak, jiran setingkat, kecuali sebahagian kecil je.

Begitulah kehidupan kita di dunia ini. Jangan kita mudah 'pandang rendah' dan cepat 'menilai' seseorang. Kadang2 orang yang kita sangka 'bagus' itu hakikatnya tidak, begitulah sebaliknya.

_____________________________________________

Demikian sedikit coretan berupa nasihat daripada aku. Akhir kalam, semoga Allah Ta'ala sentiasa merahmati kehidupan kita di dunia yang sementara ini, selain memberi petunjuk kepada kita dalam usaha kita memperbaiki diri!

Smile

No comments: