Tahun Masihi 2011 baru sahaja melabuhkan tirainya. Sesungguhnya, tercatat pelbagai peristiwa dalam tahun ini yang bakal menjadi memori dalam diari kehidupan kita di muka bumi Allah ‘Azza Wa Jalla yang sementara ini, sama ada suka mahupun duka, kedua-duanya akan terpahat dalam benak fikiran kita.
Hakitkatnya, terdapat banyak juga perkara yang berlaku pada tahun ini dalam bahtera kehidupanku, yang sudah tentunya bakal terus diingati dalam diri ini. Pengalaman-pengalaman baru yang ditimba sudah pastinya mengajar diri ini perkara baru yang sangat berguna dan bermanfaat dalam meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini.
Pertama, soal pengalaman yang ditimba. Ada 3 perkara ingin ditekankan dalam pengalaman baru yang diperoleh. Pertama, pengalaman menjadi CFS IIUM Ta’aruf programme committee member selama lebih kurang dua minggu termasuk induction course. Ini merupakan pengalaman pertama buat diriku berkecimpung dalam teamwork di CFS IIUM ini. Pada tahun pertama di sini, aku kurang aktif dalam berpersatuan atau kokurikulum, lebih ‘menumpukan’ kepada akademik. Cewah… huhu.
Banyak yang dipelajari, tambahan pula aku di bawah biro ‘programme coordination’. Ada juga ‘konflik’ yang berlaku yang mengajar banyak perkara. Kedua, aku dengan ‘sukarela’ mengadakan kelas intensif mathematics 1 untuk pelajar tahun pertama. Agak mendapat sambutan hangat, sehingga aku terpaksa tolak banyak permohonan nak masuk kelas tu.
Walau bagaimanapun, kelas tu tak bertahan lama, dek sikit demi sikit yang ‘keluar’ atas ‘kesibukan’ yang dihadapi. sebahagian yang keluar sebab tak ambil subjek berkenaan pada semester tu. Sebahagian lagi aku ‘nasihatkan’ keluar atas ‘sikap’ diorang yang dilihat ‘main-main’ dan ‘tak komited’ nak belajar.
Ketiga, aku dicalonkan untuk bertanding dalam pemilihan jawatankuasa baru kepimpinan Pre-Sciences Students Society(PRESSS) bagi sesi 2011/2012, bagi jawatan setiausaha. Dikehendaki menyampaikan tazkirah dan manifesto dalam tempoh 2 minit ketika Annual Grand Meeting(AGM). Rasa macam jadi ‘pemimpin politik’ pun ada. nak raih undi la kononnya. Haha. Namun, antara ayat yang aku ungkapkan:
“Yang penting bukan saya menang jawatan ini, tapi insan yang terbaik yang menang jawatan ini. Jikalau anda merasakan saya yang terbaik, maka undilah saya, insyaAllah saya akan buat yang terbaik, jikalau sahabat saya, saudara Nazrin, yang dirasakan terbaik, undilah dia walaupun kalan kenal rapat dengan saya tak dan tak kenal pun dia”
Kedua, soal percutian dan kembara. Pada tahun ini, saya sempat ke dua tempat sebagai “cuti-cuti 1Malaysia”. Pertama, yang paling seronok ialah ke Negeri Kelantan Darul Naim pada hujung November lalu. Ini merupakan kali kedua aku ke sana, selepas kali pertama pada 7 tahun yang lalu, iaitu ketika darjah 6.
MasyaAllah terasa ketenangan jantung hati sepanjang ke sana. Bi’ah di sana terasa lain dengan negeri-negeri lain. Siapa yang mengembara di Kelantan, pasti turut merasai perkara yang sama. betul tak? hehe..
Aku baru sahaja pulang dari Perak Darul Ridzuan beberapa hari yang lalu. Pulang ke kampung di Kuala Kangsar, kemudian bercuti semalam di Taiping, lebih spesifik lagi, Hotel Flemington, dalam kawasan Taman Tasik Taiping. Cantik pemandangan di sini. Sempat berenang di swimming pool yang ada di hotel berkenaan di rooftop.
Ketiga, krisis hidup aku semasa semester 1 dulu cukup memberi kesan yang sangat mendalam kepada kehidupan aku. Tak pernah menjangkakan aku akan hadapi situasi macam tu. Apapun, segala yang berlaku dalam hidup ini, pasti ada hikmah yang tersirat. Yang pastinya, yang telah berlalu, biarlah ia berlalu. Let bygones be bygones.
Yang paling penting, perlu diambil pengajaran atas apa yang berlaku. Dalam hidup ini, kadangkala kita ada terlanjur melakukan kesilapan, atau memilih tindakan yang salah. Semuanya atas ketentuan Allah ‘Azza Wa Jalla juga, sebagai ujian buat diri kita. Persoalannya ialah apa tindakan kita selepas itu, kembali kepadaNya atau menghukum diri sendiri atas apa yang berlaku?
Aku rasa cukuplah imbasan secara ringkas ini. Orang bukan suka baca panjang-panjang sangat kan? Hehe… Semoga kehadiran tahun baru masihi 2012 memberi ‘nafas’ dan ‘lembaran’ baru buat diri kita. Dan pastinya diri kita menjadi lebih baik pada tahun baru ini berbanding pada 2011 yang baru berlalu. Ilmu semakin bertambah, akhlak semakin baik, cara pemikiran juga semakin baik dan matang. Bagi yang nak letak azam baru, letaklah… Huhu.
Akhir kalam, semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala senantiasa merahmati kehidupan kita, serta pastinya mengampuni segala kesalahan kita yang lalu atau yang mendatang dalam kehidupan yang sementara ini. Amin ya rabbal ‘alamin…..
No comments:
Post a Comment