Saturday, January 28, 2012

Antara Amalan Zahir & Batin…

Daripada Abdullah Ibn Utbah, dia berkata bahawa dia telah mendengar 'Umar Ibn Khattab radiallahu 'anhu telah berkata:

"Sesungguhnya orang ramai telah mengambil wahyu(sebagai pedoman) ketika zaman hidup Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam, dan hari ini wahyu telah terputus.

Pada hari ini, kita menilai kalian berdasarkan amal yang zahir, maka barangsiapa yang secara zahir menampakkan amal yangbaik kepada kita, kita percaya kepadanya dan dekat padanya, dan bukan urusan kita apa yang tersembunyi daripadanya kerana hal itu telah menjadi urusan Allah Ta'ala dan Dia yang akan menghitungnya.

Barangsiapa yang secara zahir menampakkan amal yang buruk kepada kita, maka kita takkan percaya kepadanya dan tidak membenarkannya sekalipun dia mendakwa niatnya baik."

-- Hadis Mauquf, Riwayat Imam Bukhari(2447) --

No comments: