Sunday, July 5, 2009

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 34

Selepas menunaikan Solat Asar,emak Aiman bersiap-siap untuk pergi ke rumah Asyraaf untuk berjumpa ibu bapa Asyraaf.

Mak Aiman: Aiman nak ikut mak pergi ke Rumah Asyraaf ke tak ni?

Aiman: Aiman rasa tak sedap badan la pula..

Mak Aiman: Tak sedap badan ataupun saja buat alasan tak mahu ikut?

Aiman: Betullah Aiman rasa tak sedap badan ni..

Mak Aiman: Tak mengapalah kalau begitu..berehat sajalah di rumah..nak mak kirim salam pada Asyraaf ke?

Aiman: Eh..tak payahlah..

Mak Aiman: Kenapanya ni?Korang bergaduh ke?

Aiman: Tak ada apa-apalah..mak jangan risau..



Sejurus selepas itu, mak Aiman pun pergi ke rumah Asyraaf.

Asyraaf: Erm...Mak cik, Abang Aiman tak ikut sama ke?

Mak Aiman: Dia kata dia tak berapa sihatlah pula..sebab tu dia tak ikut.

Asyraaf: Oh..dia tak pergi check di klinik ke?

Mak Aiman: Tak pun..dah cuma tak berapa sihat sikit saja.Apapun mak cik ucapkan tahniahlah pada kamu atas kejayaan mendapat 9A dalam PMR..sama la pencapaian kamu dengan Abang Aiman.

Asyraaf: Lain macam saja ayat mak cik ni.Ada apa-apa maksud tersirat ke?

Mak Aiman: Tak ada apa-apalah..mak kamu ada di mana?

Asyraaf: Mak ada di dapur tengah potong buah harummanis.Saya nak minta tolong mak cik boleh tak?

Mak Aiman: Minta tolong?Boleh..Asyraaf nak minta tolong apa?

Asyraaf: Saya nak minta tolong mak cik sampaikan salam saya pada Abang Aiman dan beritahu dia saya ucapkan terima kasih banyak-banyak atas segalanya..

Mak Aiman: Baiklah..mak cik nak tanya sikit boleh tak?

Asyraaf: Tanya sajalah..

Mak Aiman: Asyraaf dengan Aiman ada berselisih faham atau bergaduh ke?

Asyraaf: Sebenarnya begini, mak cik.Abang Aiman ada kata pada saya bahawa dia rasa bersalah pada saya sebab dah mendatangkan banyak masalah pada saya so dia nak jauhkan diri pada saya.Saya pun terpaksa terima sajalah apa yang dia nak buat..Saya sayangkan Abang Aiman macam abang kandung saya sendiri..

Mak Aiman: Oh, begitu…baru mak cik faham.

Kemudian datang mak Asyraaf sambil membawa pinggan berisi harummanis dan air minuman.

Mak Asyraaf: Eh..Aiman tak datang bersama ke?

Mak Aiman: Dia kata dia tak berapa sihat pula so nak berehat.Pagi tadi dia pergi ke perpustakaan bersama kawan-kawannya.

Mak Asyraaf: Oh..begitu..

Asyraaf: Mak, mak cik..Asyraaf nak masuk ke bilik dulu ya.Ada kerja sikit nak buat.

Lalu Asyraaf pun beredar dari ruang tamu dan masuk ke biliknya.

Mak Aiman: Saya memang tak sangka Aiman dan Asyraaf sudahpun saling mengenali bahkan dah jadi adik dan abang angkat pula..

Mak Asyraaf: Ye ke?Macam-macam betullah diorang ni..kalaulah diorang tahu hal yang sebenar pasti diorang terkejut besar.Eh..jemputlah makan buah harummanis ni..

Mak Aiman: Oh..terima kasih..memang diorang akan terkejut kalau mengetahuinya..saya rasa belum tiba masanya untuk beritahu diorang..

Sekembalinya ke rumah, mak Aiman pun pergi ke bilik Aiman yang mana Aiman sedang baring termenung memikirkan banyak perkara.

Mak Aiman: Aiman, Asyraaf kirim salam dan dia kata dia berterima kasih pada Aiman atas segala-galanya.

Aiman: Terima kasih atas segala-galanya?Apa maksud dia?

Mak Aiman: Mungkin maksud dia segala yang Aiman dah bagi pada dia la selama ni.Mak nak cakap sikit boleh tak?

Aiman: Cakap sajalah…tak payahlah mak tanya dulu.

Mak Aiman: Aiman, dalam hidup ini kita janganlah terlalu menyalahkan diri kita semata-mata atas apa yang berlaku tanpa memikirkan secara positif disamping memikirkan hati dan perasaan orang lain yang bagi mereka, kita taklah bersalah atas sesuatu perkara walaupun kita menyalahkan diri kita.

Aiman: Asyraaf ada cakap apa-apa ke pada mak?

Mak Aiman: Ya..Aiman tak perlulah salahkan diri Aiman atas apa yang berlaku.Bagi Asyraaf, Aiman langsung tak mendatangkan masalah pada dia sebaliknya Aiman banyak membantu dia dalam banyak perkara.

Aiman: Entahlah mak..memang dalam hati Aiman ni rasa bersalah tu timbul dan ia kuat mengatakan Aiman mesti jauhkan diri Aiman dari Asyraaf.

Mak Aiman: Mak tahu Aiman tak mahu mendatangkan masalah pada orang lain dan menyusahkan orang lain tapi Aiman patut fikir hati dan perasaan orang lain sama.Asyraaf tu sayangkan Aiman takkan Aiman tak fikir perasaan dia apabila Aiman menjauhkan diri dari dia?

Aiman: Bukan Aiman tak fikir..tapi Aiman rasa apa yang Aiman buat adalah apa yang terbaik untuk dia juga.

Mak Aiman: Aiman silap..apa yang Aiman buat bukan yang terbaik buat Asyraaf.Aiman fikir-fikirkanlah apa yang mak cakap ni.

Aiman: Aiman hairanlah kenapa mak begitu ambil berat pasal Aiman dan Asyraaf..

Mak Aiman: Aiman usahlah hairan..nanti Aiman akan tahu sebabnya..

Lalu mak Aiman keluar dari biliknya dan Aiman terfikir-fikir akan apa yang dikatakan oleh maknya.Sesi persekolahan tahun 2009 kini kian hampir menjelang tiba.Pada tahun ini, Aiman dan sahabat-sahabatnya bakal menduduki peperiksaan SPM pula.

Faiz: Aku risau la kalau-kalau aku tak ditempatkan dalam kelas 5 Ali tahun ni..

Aiman: Insya ALLAH hang akan ditempatkan dalam kelas 5 Ali..

Faiz: Aku dah la berada dalam ranking 22 daripada keseluruhan 26 orang dalam kelas 4 Ali untuk peperiksaan akhir tahun hari tu.

Aiman: Aku yakin la hang akan tetap berada dalam kelas 5 Ali nanti..so usahlah risau..

Bersambung………

No comments: