Monday, July 20, 2009

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 37

Semasa Aiman sedang termenung di dalam biliknya, Aiman menerima mesej yang berbunyi,
Hang sayangkan Asyraaf kan?Kalau hang sayangkan dia & tak mahu dia diapa-apakan, hang mesti beritahu kawan-kawan hang yang tahu pasal hang dibelasah tahun lepas tu sebenarnya hang reka & bohong saja tentang tu……..

Selepas membacanya,Aiman tidak membalas mesej yang dihantar oleh nombor talefon yang tidak dikenalinya.Keesokan harinya di sekolah, Aiman bertindak seperti yang dikatakan dalam mesej yang diterimanya itu.

Faiz: Hang reka cerita tu?Apa motif hang reka cerita tu?

Aiman: Hmm..aku tak mahu jawab..Tapi biar aku cakap tu sebelum aku mati..

Faiz: Mati?Hang ni cakap apa pula bab mati ni..

Amar: Jawablah…kenapa hang reka dan berbohong kepada kami pasal tu?

Aiman: Aku tak mahu jawab..aku tak mahu jawablah…

Aiman terus keluar dari kelasnya apabila mengatakan perkara tersebut.

Amar: Aku pelik la kenapa tiba-tiba saja Aiman cakap macam tu..

Faiz: Entahlah..aku pun bingung…apa motif dia kalau betul dia reka pasal tu?

Amar: Aku pun tak tahulah…pening dengan diri Aiman yang agak pelik sejak kebelakangan ini.Cakap pasal mati la..

Faiz: Entah-entah dia nak mati dah..

Amar: Ish..hang ni la..tak baik cakap macam tu.

Pada waktu rehat, Aiman tercari-cari kelibat Haziq di kantin sekolah untuk memohon kemaafan kepadanya namun dia tak menemuinya.Namun semasa dia dalam perjalanan pulang ke kelasnya barulah dia berjumpa Haziq yang berselisih di hadapan makmal Biologi.

Aiman: Ana nak cakap sikit boleh tak?

Haziq: Nak cakap apa?Cakap sajalah…

Aiman: Ana nak minta maaf atas segala kesalahan yang ana pernah buat pada anta selama ni.Termasuklah kata-kata ana yang dah menyakitkan hati anta..

Haziq: Tak megapalah..ana maafkan..sekali buat boleh dimaafkan..dua kali buat tiada maaf bagimu..

Aiman: Terima kasih sebab maafkan ana..insya ALLAH ana takkan ganggu hidup pelajar tingkatan 4 tahun ni..

Haziq: Anta kan nak duduki SPM tahun ini so tumpukan sepenuhnya perhatian kepada SPM suapya cemerlang nanti..

Aiman: Insya ALLAH ana akan cuba buat yang terbaik tetapi apabila ada masalah ni ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada konsentrasi ana terhadap pelajaran..

Waktu sekarang jam 11.30 pagi, loceng pun berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat.

Haziq: Tak mengapalah…loceng pun dah berbunyi..ana pulang ke kelas dulu ok..

Aiman: Ok..Assalamu’alaikum..

Haziq: Wa’alaikumussalam…

Sejurus selepas itu Aiman pun kembali ke kelasnya.

Aiman: Aku dah berjumpa Haziq sebentar tadi dan meminta maaf kepadanya.

Faiz: So korang dah berbaik semula?

Aiman: So far begitulah…rasa lega dan tenang dihatiku apabila rasa dah berbaik semula dengan semua orang..

Adam: Tapi kan hang dah tak rapat dengan Asyraaf..takkan itu tak termasuk?

Aiman: Err…itu bukannya tak berbaik tapi saja aku jauhkan diri aku dari dia walaupun jauh di sudut hatiku amat berat aku nak jauhkan diri dari dia.

Afiq: Kalau begitu tak payahlah jauhkan diri dari dia..siapa yang suruh hang jauhkan diri dari dia?

Aiman: Aku ada sebab tersendiri kenapa aku buat begitu.

Adam: Huh..memang perahsia sungguh la kawan kita seorang ni.

Afiq: Biasalah…itulah Aiman sahabat kita..huhu..

Aiman: Hai..mengutuk aku nampak..

Adam: Taklah mengutuk tetapi perli..hahaha..

Amar: Eh..Aiman..hang bawa talefon bimbit ke hari ini?

Aiman: Ha..sajalah aku bawa hari ini..terasa nak bawalah pula..

Faiz: Apalah pengawas saja..tetapi bawa talefon bimbit ke sekolah..

Afiq: Memang tak reti tunjukkan contoh sungguh la seorang pengawas ni..pecat dia cepat sikit..

Aiman: Amboi..sedapnya mulut suruh pecat orang..padahal dia lagi kerap bawa talefon bimbit ke sekolah daripada aku..tapi cakap tu macam tak sedar diri..

Afiq: Aku melawak sajalah..jangan ambil hati..

Amar: Eh..Cikgu Rahim dah datang..semua duduk di tempat masing-masing…

Masa berjalan begitu pantas dan para pelajar pun menduduki peperiksaan pertengahan penggal pertama.

Aiman: Huh…keputusan exam pun dah dapat..Entahlah..aku rasa macam ada sesuatu nak jadi hari ini..

Amar: Ada sesuatu nak jadi hari ini?Apa bendanya?

Aiman: Manalah aku tahu..kalau aku tahu pastilah aku beritahu korang..

Amar: Tak mengapalah..kita tunggu dan lihat apa yang menarik atau pelik yang berlaku hari ini.

Aiman: Memang menjadi sejarah dalam hidup aku la dapat no 26 dalam ranking kelas kita.Tempat terakhir pula tu..

Amar: Ala…tak mengapalah..hang tak jawab exam biologi tu yang dapat no 26.Aku pula no 25 sebab tak jawab exam soalan kimia..

Aiman: Eh..dah pukul 1.50 tengah hari, jom pergi ke surau.

Para pelajar tingkatan 5 meletakkan kasut mereka di pondok berdekatan surau untuk menunaikan solat zohor di Surau Al Falah.

Afiq: Wow..awalnya genius datang ke sini…

Aiman: Siapa yang genius ha?Aku atau hang?

Afiq: Mestilah hang..aku bukannya genius…

Aiman: Biasalah..dunia kan dah akhir zaman..orang yang dapat no terakhir dikatakan pandai dan genius.Orang yang dapat no 1 dikatakan bodoh dan tak genius……

Bersambung……

1 comment:

lily92_ said...

X sbr2 nk tau pghujung drama ni....hehe...☺