Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2009.Para pelajar hadir ke sekolah bagi menjelaskan yuran dan bayaran tambahan di kelas masing-masing.
Aiman: Eh..jom tengok Faiz ditempatkan di kelas mana..
Amar: Dia kata dia tak datang ke sekolah hari ini..
Aiman: Kenapa pula? Takkan sebab risau pasal dia ditempatkan di kelas mana dia tak mahu datang..
Amar: Entah..aku pun tak tahu..ha..tengok..dia ditempatkan di kelas 5 Ali juga..
Aiman: Aku dah kata pada dia bahawa dia pasti berada dalam kelas 5 Ali juga tapi dia tak percaya..
Amar: Bukannya dia tak percaya cuma dia risau la kalau dia yakin sangat dia akan berada dalam kelas 5 Ali tengok-tengok tak pun pastilah dia kecewa..
Sementara itu dalam kalangan pelajar tingkatan 4, mereka bersembang sesama mereka berkenaan penempatan masing-masing di dalam kelas.
Asyraaf: Hmm..syukurlah dapat berada di kelas 4 Ali.
Arif: Best ke dapat berada dalam kelas 4 Ali?
Asyraaf: Kenapa tak best pula?Selalunya cikgu-cikgu yang mengajar kelas pertama ni cikgu-cikgu yang bagus la..
Arif: Bukannya apa..aku masih teringatkan peristiwa yang berlaku tahun lepas..habis cikgu pakat kata kelas kita harap pandai saja tapi sikap teruk..
Khairul: Memang itu peristiwa yang penuh bersejarah..aku takkan lupa kejadian yang berlaku tahun lepas sampai aku mati..
Asyraaf: Tak mengapalah kalau akan tetap ingat..tapi jangan simpan dendam atau apa-apa pula.
Arif: Hang tak bercadang pindah ke sekolah lain ke?
Khairul: Entahlah..aku ada la apply sekolah berasrama penuh..tapi tengoklah macam mana nanti.
Asyraaf: Aku pula rasanya nak stay saja di sekolah ini..rasa sayang nak tinggalkan sekolah ni pula..huhu..hang pula bagaimana?
Arif: Entahlah..aku tak tahu nak kata..rasanya mungkin stay sajalah di sini.
Pada hari pertama persekolahan, proses pengajaran dan pembelajaran telah dimulakan.Ketika di dalam makmal kimia, Cikgu Asmira telah memanggil Aiman.
Cikgu Asmira: Aiman, kamu hantar tak folio kimia pada tahun lepas?
Aiman: Folio pasal sulphuric acid tu ke, cikgu?
Cikgu Asmira: Yelah..folio mana lagi..
Aiman: Mestilah saya hantar..kenapa, cikgu?
Cikgu Asmira: Folio kamu tak ada pada saya so saya tak dapat semak folio yang kamu buat.
Aiman: Tak ada?Eh…Macam mana boleh tak ada pula…padahal saya memang hantar.
Cikgu Asmira: Kamu cubalah tanya kawan-kawan kamu mungkin ada yang pinjam tapi tak beritahu pun ataupun cari dulu di rumah ataupun di kelas.
Aiman: Kalau ada yang pinjam tu saya rasa pasti dia takkan bagi balik punya dah tak beritahu pun nak pinjam.Maknanya saya kena buat yang baru la..
Cikgu Asmira: Kalau dah tak ada terpaksalah kamu buat yang baru dan hantar segera pada saya.
Aiman: Baik, cikgu.
Kembalinya ke kelas, sahabat-sahabat Aiman bertanya kepadanya tentang apa yang dicakap oleh Cikgu Asmira.
Amar: Aik..macam mana folio kimia hang boleh tak ada?
Aiman: Entahlah..aku pun tak tahu..nak kata dia ada kaki nak lari taklah pula..
Faiz: Ada orang yang dengki pada hang agaknya yang curi folio hang di makmal kimia.
Aiman: Tak tahulah..yang penting sekarang aku kena segera serahkan folio tu pada Cikgu Asmira sebelum dia naik angin.
Amar: Hang kena buat yang baru ke?
Aiman: Yalah..nak cari mana lagi kalau bukan kena buat yang baru..tapi tak mengapa..alhamdulillah aku masih simpan rasanya file folio tu dalam komputer di rumah aku.
Faiz: Kalau beritahu Cikgu Rahim mesti dia suruh buat laporan polis…haha..
Tiba-tiba datang Teacher Amelia ke kelas 5 Ali untuk berjumpa Aiman, Faiz dan Amar.
Teacher Amelia: So bagaimana ni?Siapa yang nak jadi ketua pengawas?
Aiman: Eh..mestilah Faiz la jadi ketua pengawas.Saya jadi bendahari kehormat..
Teacher Amelia: Bukankah Faiz beritahu bahawa dia tak mahu jadi ketua pengawas?
Faiz: Teacher, saya boleh terima jawatan tu tetapi dengan syarat ada dua orang timbalan ketua pengawas.
Teacher Amelia: Teacher dah berbincang dengan Sir Ahmad Tarmizi dan juga Penolong Kanan HEM pasal tu dan diorang bersetuju supaya ada dua jawatan timbalan ketua pengawas.
Aiman: Baguslah kalau macam tu..so Faiz la jadi ketua pengawas manakala Amar dan Afifah jadi timbalan ketua pengawas..
Faiz: Kalau ikutkan hang yang patut jadi ketua pengawas..
Aiman: Eh..kenapa aku pula?Aku mana layak..Kalau Akmal masih berada di sekolah ni aku rasa hang atau dia yang patut jadi ketua pengawas.
Faiz: Betul..aku setuju.Kalau Akmal masih di sini memang aku setuju sangat kalau dia yang jadi ketua pengawas.
Amar: Mestilah dia setuju sangat sebab dia tak mahu pikul tanggungjawab tu..
Teacher Amelia: Baguslah kalau Faiz dah setuju untuk pegang jawatan ketua pengawas..pening kepala teacher fikir pasal ni..buat kecoh saja kamu ni..
Aiman: Tu la..saja Faiz ni buat hal tak mahu jadi ketua pengawas pula..
Faiz: Banyak cakap pula dia ni eh..senang cerita hang sajalah jadi ketua pengawas..
Aiman: Ala..janganlah marah KP..hehe..
Sekembalinya ke rumah, Aiman segera menyiapkan folio Kimia yang perlu dihantar secepat mungkin.Keesokan harinya dia menghantar folio tersebut kepada Cikgu Asmira.
Amar: Aiman, Asyraaf tak pindah sekolah ke?Kan dia dapat 9A dalam PMR..
Aiman: Entahlah..aku pun tak tahu..kenapa?Hang nak dia keluar dari sekolah ni ke?
Amar: Taklah sampai macam tu..aku tanya saja..sensitif betullah hang ni..tanya sikit pun tak boleh..
Faiz: Memang kawan kita ni sensitif pun…so jangan cakap yang bukan-bukan pula..
Aiman: Aku sedarlah aku ni agak sensitif tapi insya ALLAH aku akan cuba berubah..
Bersambung…..
No comments:
Post a Comment