Selepas Aiman mengatakan sesuatu yang mengejutkan sahabat-sahabatnya, dia terus pergi ke tempat mengambil wudhu’.
Afiq: Salah ke apa yang aku cakap tadi?
Faiz: Hang ni la…Aiman kan dapat no 26 dalam ranking exam baru-baru ni..hang cakap dia genius pula..mestilah dia sakit hati..
Afiq: Dia kan dapat no 26 pun sebab tak jawab exam biologi saja..bukannya sebab dia bodoh..lagipun jumlah markah dia pun tinggi juga..
Faiz: Itu bukan soalnya..soalnya dia dapat no 26…
Afiq: Tak mengapalah..kejap lagi aku minta maaf pada dia..aku bukan berniat nak mengutuk dia pun.
Selepas menunaikan solat zohor, Afiq pergi mendekati Aiman.
Afiq: Aku minta maaf la kalau aku ada buat hang sakit hati atau apa.
Aiman: Eh..tak payahlah minta maaf….tak ada apa-apa la..Cuma aku terlepas cakap saja tadi tu.
Waktu sekarang menunjukkan jam 2.45 petang.Loceng pun berbunyi menandakan tamatnya sesi persekolahan untuk hari ini.
Aiman: Hmm..aku rasa macam nak jumpa Asyraaf la..
Adam: Kalau rasa nak jumpa pergi jumpa sajalah..usah teragak-agak la..
Aiman: Rasa bersalah pula nak jumpa dia..selepas apa yang aku buat pada dia..
Adam: Kalau hang tak jumpa dia hang lagi akan rasa bersalah tahu tak..
Aiman: Oklah..oklah..
Semasa Asyraaf sedang berjalan pulang menuju ke pondok di hadapan sekolah,kelihatan Aiman berjalan laju menuju ke arahnya.Asyraaf berasa hairan dan terfikir-fikir adakah Aiman ingin menemuinya.
Aiman: Ana nak cakap sikit boleh tak?
Asyraaf: Nak cakap apa?nak minta maaf sebab jauhkan diri daripada ana?Anta ingat ana ni apa?Ana bukannya mainan yang boleh dipermainkan ikut suka anta.Ana pun ada perasaan tau…
Aiman: Ana sedar ana silap sebab jauhkan diri daripada anta.Ana sedar apabila mak ana nasihatkan ana.
Kemudian Asyraaf terus memeluk Aiman.Tindakan Asyraaf itu dilihat oleh sahabat-sahabat Aiman yang agak terkejut dengan tindakan Asyraaf itu.
Aiman: Ana nak minta maaf atas segala kesalahan yang ana pernah buat pada anta.Ana sedar sejak anta kenal ana, macam-macam benda yang buruk menimpa anta disebabkan ana.
Asyraaf: Tak mengapalah…ana tak kisah pun..bukan salah anta..ana tak pernah pun bencikan anta bahkan ana sayangkan anta macam abang ana sendiri.
Aiman: Terima kasih...ana pun sayangkan anta macam adik kandung ana…
Asyraaf: Ana memang tak pernah ada abang yang caring macam anta.
Aiman: Ana bukannya baik pun..jahat pun tak..tapi ana sedar ana ni emotional…
Asyraaf: Emotional ke? Kalau betul tu anta kena cuba berubah la..
Aiman: Insya ALLAH ana akan cuba berubah….
Asyraaf: Baguslah macam tu..eh anta bawa handphone pula ek..
Aiman: Sajalah bawa handphone…
Aiman dan Asyraaf ternampak seorang pelajar tingkatan 5 bernama Adi sedang duduk berdua-duaan dengan seorang pelajar perempuan di bangku.
Aiman: Adi, sekarang ni kita masih belajar so belajar sajalah tak payahlah bercinta pula.Study comes first before love…..
Adi yang geram dengan kata-kata Aiman bertindak menolak Aiman lalu Aiman terjatuh.
Adi: Kenapalah hang sibuk sangat dengan urusan orang lain? Sebab perangai hang yang busy body tu la ramai orang bencikan hang…
Asyraaf: Abang, kenapa tolak abang Aiman macam tu?Kesian dia..
Adi: Nak kesian apanya..suka busy body…biar mati lagi bagus….
Asyraaf: Astaghfirullah Al Azim..tak baik cakap macam tu..
Aiman yang kecewa dengan sikap Adi pun bangun lantas dia dan Asyraaf pun meninggalkan Adi.Sementara itu,Zahid yang ponteng sekolah pergi ke rumah Aiman namun belum pun sempat dia mengetuk pintu, dia terdengar perbualan ibu bapa Aiman.
Mak Aiman: Abang, sampai bila kita nak rahsiakan kebenaran tu daripada pengetahuan Aiman.Kalau dia dapat tahu sendiri bahawa kita bukan ibu bapa kandungnya malah dia anak kandung ibu bapa Asyraaf, saya tak dapat bayangkan bagaimana keadaan dia pada waktu tu.
Ayah Aiman: Saya rasa Aiman takkan tahulah kalau kita tak beritahu.siapa lagi yang tahu selain kita berdua dan ibu bapa kandungnya tu?
Mak Aiman: Saya rasa mungkin sudah tiba masanya kita beritahu dia hal yang sebenarnya.Kita mesti nak Asma’ tinggal bersama kita dah dia anak kandung kita.Jadi mestilah ibu bapa kandung Aiman nak dia tinggal bersama mereka.
Zahid terperanjat mendengar perbualan mereka itu.Dia terfikir untuk menghubngi Aiman selepas mendapati Aiman tiada di rumah.Ketika Zahid menghubungi Aiman, Aiman hendak melintas jalan untuk pergi membeli minuman sementara Asyraaf menunggunya di pondok.
Zahid: Assalamu’alaikum, Aiman.
Aiman: Ish..hang lagi.Kacau betullah hang ni.
Zahid: Aku ada sesuatu yang sangat penting untuk diberitahu kepada hang.Hang pasti akan terkejut besar apabila aku beritahu nanti.
Aiman: Apa bendanya yang sampai aku nak terkejut besar?
Zahid: Tak sangka kan…hai..orang yang jadi adik angkat kita sebenarnya merupakan adik kandung kita sendiri.
Aiman: Apa maksud hang ni?
Zahid: Buat-buat tak faham pula..Asyraaf tu sebenarnya adik kandung hang la…
Bersambung….
3 comments:
B'tambah menarik drama ni.. Rsnya awk ni b'bakat utk jd pnulis bku...:)
menarik ke drama ni?
dah nak tamat dah pun.
ish..mana ada berbakat la.
Salam.....
I found that ur new
theme is so gorgeous...
=)
Welll...keep it up...
I really like it...
=D
Post a Comment