Selepas pengumuman tentang perjumpaan calon-calon pengawas sekolah 2010, maka berjalanlah sesi temu duga bagi merungkai bakat kepimpinan yang ada pada diri masing-masing.
Asyraaf(megeluh): Haih...Aku rasa la kan...rasa je..sepatutnya pemilihan pengawas ni bukan sekadar dinilai melalui interview je...sebab dalam pengawas ni pun..macam-macam tugas ada..
Arif: Oh...betul juga tu..tapi nak buat macam mana kan...dah jadi adat sekolah...pilih melalui intervierw kemudian minta respon cikgu-cikgu bagi siapa yg lulus interview..then dapat respon ok drpd cikgu-cikgu baru la boleh jadi pengawas...
Asyraaf: Tapi dalam tak puas hati pun..kira ok juga lagi la tu..sebab nak pecat pengawas bukan main susah...kena ada sebab buat kesalahan disiplin yg serius baru boleh nak pecat..kalau tak manusia tu tetap ada dlm pengawas le...
Wednesday, March 31, 2010
Sunday, March 28, 2010
Sundays are the most suitable day to rest!
Huhuhu...tajuk dlm english tapi content dlm BM..apa ceritanya ni? He..bkn tak nak tulis dlm english..tp bnyak artikel & posts sebelum ni yg dlm english..so ni tulis dlm BM la pula...lagipun kata je BM..tapi bhasa rojak..hahaha...
Utk pengetahuan semua la..aku mmg agak busy smenjak dua menjak ni..dgn hal revision pra-IPT, kerja dkt rumah ni yg mcm2 ditambah pula aku jd pngerusi bg jawatankuasa Mjlis pghargaan guru/staf SMKAA...mjlis apa tu? aha..ni majlis yg klas aku dulu...5 Ali 2009...buat utk hargai jasa/smbangan guru2 & staf sekolah yg byk sgt...nmpak mcm mudah jadi pengerusi..tapiii..aku rasa aku yg pling pning kpala nk fikir smua hal yg brkaitan...tp tak apa la..
Motivational Words For Us (2)
1. We should not feel bad when making mistakes. They are actually useful as teachers are. We can learn a lot from them to the better.
2. When we have the intention to do something, we need to think it wisely. Try to imagine that Paradise and Hell are in front of us. This will guide us to the right path.
3. Experience is an unpaid teacher that is extremely important to us. We cannot get its teaching unless we try to do something new in our lives.
4. When we have intention to do the intention to do something concerning others, we need to think whether we ourselves like it or not if people do the same thing to us. Then, if we like it, just go on. Otherwise, don't do it.
Thursday, March 25, 2010
Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ?
Oleh: Tuan Haji Zaharuddin Abd Rahman
Telah banyak kali rasanya disebutkan oleh ribuan malah jutaan ilmuan Islam di seluruh dunia, bahawa menderma dan bersedeqah itu menambahkan rezeki dan bukan mengurangkannya.
Namun sudah tentu akan tetap wujud individu yang masih belum mampu memperolehi keyakinan bahawa rezekinya akan bertambah apabila menghulurkan sejumlah wang yang diusahakan dengan penat lelah itu.
Ini berlaku biasanya, disebabkan oleh minda individu terbabit yang mengecilkan skop rezeki hanya kepada penilaian naik turun harta dan wang di hadapan mata. Akibat dari itu, apa yang berkurang akan dirasa sentiasa menurun. Perasaan itu terus menerus mengunci dirinya untuk bersedeqah dan menyumbang, malah lebih serius apabila ada sebahagiannya menahan diri dari berbelanja untuk diri dan keluarganya.
Wednesday, March 24, 2010
Selamat Tinggal SMK Agama Arau!
*Updated version - March 24, 2010
Wuaa....terasa sedih di hati nak tinggalkan SMKAA...tapi zaman persekolahanku dah pun berakhir....kenangan suka duka yang mcm2 ada dkt situ takkan dilupakan sepanjang hayat..
Warta SMKAA, 11 Mac: Pasal result SPM, ada 4 org dapat straight A's. Muhammad Khidhir Bin Kamil(12A), Muhammad Asroldin Bin Mohd Ishak(11A) , Hafizul Bin Asari(11A) dan Fairuz Diyana Bt Zainal Abidin(11A). Ada seorang lagi dapat 11A tapi 1B iaitu Akmal Bin Amran.
[caption id="" align="alignleft" width="429" caption="Pelajar cemerlang SPM 2009 SMKAA"][/caption]
10A dan 9A pula masing2 5 org. Ahmad Nabil Bin Zaharuddin, Muhamad Zaki Bin Abdul Ghani, Anis Adilah Bt Ahmad, Wan Nor Adibah Bt Wan Daud, Nursyazwani Bt Shamsuri, Siti Nursyiqah Bt Rozali, Wan Nurul Izaty Bt Wan Hassan, Siti Noradawiyah Bt Hashim, Ainul Aqilah Bt Abdul Muin dan akhir sekali aku la! haha... Turut menjadi tumpuan result bekas ketua pengawas SMKAA 2009 - Mohd Faizuddin Bin Sahimi yg berjaya peroleh 8A 4B.

Tajdid Dalam Pemikiran Pelajar- Bahagian Akhir
Aha...untuk bahagian last ni...benda yang last sekali nak saya tekankan agak2 apa? Semuanya dbawah kata ungkapan “Penipuan suatu kegagalan pendidikan”. Eh..apa benda ni? Lain macam saja ungkapan ni. Apa yang lain macam ni? Tak apa..tak apa...baca je dulu...insyaALLAH nanti faham apa yang ingin dimaksudkan.
Apa tujuan pendidikan? Ia untuk lahirkan insan2 yang berintegriti, berakhlak mulia dan cemerlang dalam segala aspek kehidupan. Bukan tujuan pendidikan untuk berjaya dalam exam je. Tu bukan tujuan sebenarnya. Tapi malangnya, tujuan dah pun lari drpd yg asal. Maka, dapat la kita lihat betapa ramai students yg sikap cukup problem...pening kita dibuatnya. Apa puncanya? Tak lain tak bukan..kegagalan pendidikan dlm mmbentuk sahsiah atau keperibadian diri students ni...Apa puncanya pula yg ni? Sebab pihak2 yg berkenaan gagal mainkan peranan diorang sebaiknya. Siapa? Ibu bapa, guru2 dan masyarakat amnya.
Exams not the only criterion..
By Dr S Nathesan
IT IS truly heart-warming to read “Help for weaker SPM students” (The Star, March 20).
I congratulate the Education Ministry, especially Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, for formulating plans to assist the underperforming students.
Many a time, I have categorically emphasised my opinion that examinations are just one way of assessing a student.
Failing in examinations or getting poor or low grades doesn’t mean that the student has failed in his life.
The bulk of students today fall into this category i.e. failed their examinations or achieved low grades in examination.
First of all, classifying them as weak students is an unfair assessment. They may be weak academically, but may have bright minds to do business or bright hands to do craftwork, or skills like motor mechanics.
Having An Obsession...
By KASMIAH MUSTAPHA
kasmiah@nstp.com.my
People with obsessive compulsive disorder require medication to help them cope, writes KASMIAH MUSTAPHA
IN the movie As Good As It Gets, Jack Nicholson’s character would meticulously arrange M&M’s chocolates in different jars according to their colours.
Suffering from obsessive compulsive disorder (OCD), he avoids stepping on sidewalk cracks and touching other people, wears gloves all the time, wipes off door handles and eats at the same restaurant every day. While OCD may not be common in Malaysia, experts believe that two per cent of the population suffer from the mental illness. According to Sunway Medical Centre consultant psychiatrist Dr Ting Joe Hang, about two to three per cent of the world population suffer from OCD. “The problem with OCD is that it is not as common as other mental illnesses such as depression.
The awareness level is still low in Malaysia.
Tuesday, March 23, 2010
Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 19
Asyraaf dan sahabat-sahabatnya mempunyai reaksi berbeza apabila mereka mendapat jadual kelas tambahan semasa cuti akhir tahun 2009. Kemudian tiba-tiba datang Teacher Amelia ke kelas mereka untuk berjumpa Arif dan Asyraaf.
Arif: Ada apa teacher? Ada problem apa-apa ke?
Teacher Amelia: Bukan ada problem..cuma ni ha...interview pengawas baru punya hal..
Asyraaf(tersenyum..): Oh..ya ka? Kami tak teringat la pula..Hehehe...bila nak buat?
Teacher Amelia: Kalau boleh hari ni juga..kamu free tak?
Arif(muka terkejut..): Apa? Hari ni? Err...kami memang la tak sibuk...tapi kami tak ready pun..
Teacher Amelia: Ready? Apa yang kamu nak ready? Kamu cuma kena bagi soalan spontan je..bukan soalan pelik-pelik ke apa...
Asyraaf(menggangguk-angguk..): Oh..ok..ok..teacher...insyaALLAH kami akan lakukannya! he..
Arif(muka hairan..): Amboi..semangat semacam hang ni...apa hal?
Asyraaf: Hahaha...tak ada apa haih...salah ke semangat? teringin nak tanya soalan-soalan panas!
Teacher Amelia: Soalan panas? Ha..jangan tanya yang tak logik ke apa pula..biar yang ada kaitan dengan kepimpinan..ha..ni senarai nama calon pengawas baru untuk kamu interview...kejap lagi kamu buat announcement panggil semua nama-nama yang berkenaan jumpa dekat surau..boleh?
Arif: Tu dia teacher...50 orang? Mana sempat nak interview hari ni...
Asyraaf: Ala..kita pecah buat dua group...kita urus yang boys...bagi adibah and gang untuk girls..
Teacher Amelia: Ha..pandai pun Asyraaf...bab pemarkahan apa semua tu kamu pandai-pandai la arrange sendiri ok..dah buat nanti serahkan semuanya kepada teacher...

Monday, March 22, 2010
Motivational Words For Us...
1. It is hard for us to change even ourselves. Hence, it is extremely harder to change others. What we can do is giving advices and motivational words to others besides reminding ourselves.
2. We are not perfect but we can be our best.We should always look at ourselves and correct our wrongdoings and change our bad attitudes, instead of looking at others' and comparing them with ours.
3. We should believe in ourselves in order to achieve success in our lives. That's the most important thing. Otherwise, don't ever dream of being successful. Best of luck in future undertakings!
4. Muslims can only achieve success and be great if they keep in touch with each other as it is extremely important to unite as unity is the core of their strength.
Sunday, March 21, 2010
Are girls smarter than boys?
Hmm..people always talk about this topic ..but after the 2009 Sijil Pelajaran Malaysia results had been released, it has been taking place again in conversations again. I have no intention to comment on it in detail as I am still a student and became one of SPM candidates last year.huhu..
Anyway, in my opinion, we have to accept the fact that boys and girls are different. Hence, they have their own power and weaknesses. We cannot deny it. So the ways for them to study and ability to receive knowledge is are indeed different. So what we need to do is to recognize the system or ways on how they both can adapt with it so that they can achieve success in their academic.
Saturday, March 20, 2010
Suatu Realiti Tentang Persahabatan...
Apa realitinya ni tntg persahabatan ni?...aha...ia berkaitan satu lagu yg aku sgt suka...yg ceritakan tntg realiti persahabatan akhir zaman ni...hehe...lagu apa? Iaitu Metafora nyanyian kumpulan Nice..tak kisah la korang kenal ke tak kumpulan ni..yg penting hayatilah bait2 lirik lagu ni.
Anyway, my personal view on this song : Lagu ni benar2 menusuk dlm jiwaku..bait2 lirik dia tu sgt buat aku terasa..barangkali sbb aku sndiri pernah hadapi situasi yg sama....tp apapun...jln cerita yg pnuh brbunga2 bahasa yg puitis sgguh ni sgt mndalam mksudnya..nama pun metafora..of course la ada unsur sastera( walaupun aku x minat sastera melayu ni..)
Tapi sbb lagu ni agak unik dri sgi mesej dia..tu yg suka...ditujukan utk manusia yg jd sahabat hipokrit dan juga mangsa2 manusia hipokrit..tapi bkn semua org mcm tu...sebahagiannya je..yg bkn tergolong dlm dua2 tu kira just sbgai nasiha/iktibar je..anyway..cuba la baca lirik lagu ni dan hayati...apa yg nk dikatakan/disampaikan dlm lagu ni...lagu dia bleh dgr dkt profile facebook aku...he3...
Friday, March 19, 2010
Program Adik-Adiku: Suatu Usaha Baik!
Malam tadi adik aku buka TV, tekan switch dia je..hehe...lepas tu buka channel TV1, aku pun kebetulan baru balik rumah tertengok, eh cerita apa ni? Oh! Rupanya pertandingan akhir program realiti TV Adik-Adikku anjuran JAKIM yg mana program ni bertujuan nak lahirkan pendakwah2 muda yg turut jadi pelapis bagi teruskan dakwah.
Teruja juga aku tengok adik2 yg masuk final mlm tadi..7 org semuanya..hebat2 belaka! Berpidato, baca alquran bertarannum, baca hadis, berpantun, menyanyi dan mcm2 la lagi...fuh! masyaALLAH..hebat anugerah ALLAH kepada diorang...memang tak patut dipersia-siakan kurnianNYA tu..
Wednesday, March 17, 2010
Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 18
Selepas mendengar penjelasan Ustaz Mohd Asri yang serba ringkas itu, maka beliau meneruskan sesi pengajaran.
Amirul: Fuh..hebat juga explaination ustaz ya?
Asyraaf: Hebat? Apa yang hebatnya? Huhu...
Amirul: Tak ada la...pendek tapi padat dan bermakna....hehe...
Arif: Ala..siapa tak kenal Ustaz Asri...hehe..tapi macam biasa la...setiap insan tak lari juga kan dari buat silap...bukan aku kata dekat ustaz...(mengerutkan dahinya..)
Asyraaf (sambil tersenyum): Alaa..tak apa..tak apa..kami faham....

Ulama Jadi 'Tuhan' & Kenapa Berbeza Pendapat?
Oleh: Tn Hj Zaharuddin Abd Rahman
Ada yang keliru melihat pelbagai fatwa dan pandangan ulama diberikan dalam stau-satu isu, sama ada isu yang melibatkan cabang aqidah, lebih lagi dalam isu hukum ibadah, muamalat dan sebagainya. Lebih mendukacitakan terdapat yang begitu 'tidak faham' atau sengaja 'buat-buat tidak faham' sehingga ke peringkat menuduh para ulama mencipta hukum halal dan haram menurut nafsu dan kehendak mereka sendiri, puak ini bukan sahaja menuduh dengan tuduhan sedemikian, malah menjustifikasikan tuduhan mereka dengan mengatakan mengatakan ulama ini telah mencabuli hak Allah yang boleh menetapkan hukum.
Kecetekan ilmu khususnya berkenaan Fiqh dan Usul Fiqh serta peranan dan tugas para ilmuan Islam adalah antara punca tuduhan liar sedemikian berlaku. Kejahilan ini menyebabkan ada sebahagian mereka mencerca ilmuan Islam sebagai 'ingin jadi tuhan' kerana mengharamkan sesuatu, khususnya apabila bertentangan dengan kesukaan mereka.
Memang benar, dalam Islam, seorang manusia tidak berhak untuk mengharam dan menghalalkan sesuatu, hanya Allah dan RasulNya yang menentukan. Hakikatnya para ilmuan Islam sama sekali TIDAK boleh mengharam dan menghalalkan sesuatu berdasarkan nafsu dan selera mereka, malah mereka hanya menuruti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya, melalui kefahaman terhadap ayat-ayat Al-Quran, Hadis Nabi dan segala jenis tafsirnya berdasarkan konteks bahasa, sebab turun, konteks masa dan setempat dan lain-lain.

Tuesday, March 16, 2010
Renungan Sejenak: Orang yang Muflis!
Sabda Rasulullah S.A.W: Tahukah kalian siapa orang yang muflis ? Para sahabat menjawab : Orang yang muflis di antara kami adalah mereka yang tidak memiliki dirham dan harta. Kemudian Baginda bersabda: Orang yang muflis dari umatku adalah mereka yang datang pada hari kiamat kelak dengan pahala shalat, puasa, dan zakat. Akan tetapi ia pernah mencela orang ini, menuduh orang itu, makan harta ini, membunuh orang itu, memukul orang itu. Maka diambil amal kebaikannya dan diberikan kepada orang-orang yang ia zalimi. Jika kebaikan miliknya telah habis sedangkan perkaranya belum selesai, maka diambil kesalahan-kesalahan (orang yang ia zalimi) kemudian dicampak ke atasnya. Kemudian dia dicampakkan ke dalam api neraka. -- Hadis Riwayat Muslim
Sunday, March 14, 2010
Lompat Parti Satu Pengkhianatan!
Eh! Tajuk apa ni?? Politik?! Saya bukan ahli politik, bukan penganalisis politik, bukan bakal sertai politik, tapi cuma seorang rakyat Malaysia yg suka perhatikan gelagat ahli2 politik di Malaysia ni. Eh? Aku suka brpolitik ke? Tak la! Sebab aku suka baca akhbar..so dalam akhbar tu asyik berita politikkkk je banyak..so baca la juga kadang2 tu. Sejak akhir2 ni bisinggg sungguh dgn isu wakil rakyat keluar parti yg atas tiket parti tu diorang bertanding pilihan raya, sama ada jadi bebas or masuk parti. Yg tak ada jawatan tapi keluar parti, tu tak ada kena mengena dlm artikel ni!
Saya nak bagi 1 contoh la..pada pemikiran saya. Katakan seorang pelajar, blajar dkt sbuah sekolah...sekolah ni pentadbiran dia agak teruk...peraturan dia agak pelik dan ada yg bercanggah dgn prinsip islam..kita pun geram...maka komen la dan kritik lebih2 pihak pentadbiran sekolah....padahal selama ni peraturan tu x la teruk sangat pun...mungkin ada yg x ok tapi ada hikmah lain utk jaga kpentingan smua pihak...dah sekolah tu brmcm2 agama n kaum ada..bkn islam je...so lepas dia kritik lebih2 ni sampai pihak sekolah rasa tercabar dgn budak ni, maka dipanggil oleh unit disiplin...dia ni tak puas hati...kata mcm2 lagi lepas tu...at last dia kena buang sekolah! Agak pelik tindakan pihak sekolah ni kan? Ada baik buruknya...tu x dinafikan.
Saturday, March 13, 2010
Facebook: Antara Pro dan Kontra
Oleh: Hasrizal Abdul Jamil
“Ustaz, do you have any networking account?” tanya Saeb kepada saya.
“You mean, like Friendster and Myspace?” saya meminta kepastian.
“Yes. But in the States we don’t use Friendster. We’re more into Facebook,” jelas Saeb kepada saya.
Beliau adalah anak kepada pensyarah saya, seorang warga Amerika Syarikat.
“Oh yeah. I have registered an account but completely forgot about it because there’s no one there,” saya memberitahu.
“Great. Probably Malaysians are still hanging around Friendster. But anyway you’ll find us there. I’m trying to bring Dad into Facebook, too!” gurau beliau.
PENYERTAAN AWAL KE FACEBOOK
Saya mendaftarkan akaun Facebook pada awal 2007 tetapi hanya mengaktifkan penggunaannya semula kira-kira enam bulan selepas itu bagi menguruskan jaringan sosial antara kami, AJK IYEP dengan peserta yang datang dari seluruh dunia.
Ketika itu, amat kecil bilangan pengguna Malaysia yang berada di dalam jaringan Facebook. Namun, saya berasa selesa menggunakannya berbanding dengan Friendster kerana suasana di dalam Facebook lebih teratur, kemas dan ‘tidak kebudak-budakan’. Di kala itu, memang sudah menjadi buah mulut orang menganggap pembabitan anak muda di dalam Friendster di negara kita amat mengundang mudarat. Perkongsian gambar-gambar tidak senonoh hingga membabitkan beberapa artis ketika itu, menyebabkan saya langsung tidak terfikir untuk mempertimbangkan soal menyertai Friendster, biar pun untuk tujuan dakwah khususnya pada mendekati golongan remaja.

Friday, March 12, 2010
Hari Terakhirku Di SMK Agama Arau....
Hari ni - 25 Rabiulawal 1431 Hijrah bersamaan 11 Mac 2010 Masihi: Hari terakhir aku di SMK Agama Arau. Apa? Hari Terakhir? Ya! Last day as pelajar SMKAA. Selepas ni aku bergelar "bekas pelajar SMKAA". Hehehe...rasa sedih juga kalau nak tahu.Ada yang lagi penting actually hari ni. Apa? Result SPM la! Alhamdulillah aku sangat bersyukur ke hadrat ALLAH 'Azza Wa Jalla, aku berjaya dapat 9A 2B. Mmg happy la. first,parents, grandparents dan teachers aku nampak gembira dgn result aku. Secondly, majoriti kawan aku pun dapat result cemerlang juga...alhamdulillah!
Rasa terkejut juga pihak sekolah bagi result bagi yang cemerlang(9A dan keatas) atas pentas, maksudnya pengetua SMKAA iaitu Pn Hajjah Salmiah Bt Sabran berikan sendiri...mmg terasa tu satu penghargaan yang besar la kepadaku...huhu...
Wednesday, March 10, 2010
Teknologi: Antara Dimanfaatkan dan Tagihan
Eh...tajuk apa ni? Lain macam saja bunyinya..teknologi? Teknologi apa? Haih..tunggu la..baru je nak mula berbicara pasal tajuk ni.Teknologi yang dimaksudkan yang nak dibicarakan dalam artikel ni iaitu yang berkait rapat dengan remaja iaitu handphone dan internet. Aha...pasti agak menarik, ye tak? Dua perkara ni memang sangat sinonim dengan remaja..memang payah nak jumpa remaja yang tak ada handphone..tapi dari segi internet mungkin agak mudah sikit tapi kebanyakannya memang kerap layari internet. Bila sebut handphone, benda paling significant dengan remaja of course la suka sms dan bergayut talefon selain suka dengar lagu..betul tak? Kalau internet pula, nama ‘friendster’, ‘facebook’, ‘myspace’ dan sebagainya memang tak asing bagi remaja.
Tuesday, March 9, 2010
Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 17
Sir Ahmad Tarmizi agak terkejut mendengar pertanyaan Anwar tentang Wahabi itu lantas meminta Anwar bertanya tentang itu kepada Ustaz Mohd Asri.
Anwar: Tapi sir...takkan sir tak tahu langsung pasal ni?
Sir Ahmad Tarmizi: Bukan saya tak tahu langsung...Cuma saya kurang arif dalam hal agama ini..so lebih baik kamu tanya ustaz terus lagi senang kan...
Syukri: Tapi sir...bagi la komen sikit....
Asyraaf: Dah sir suruh tanya Ustaz Asri..hang ni nak paksa sir pula....
Anwar: Hoi...penyibuk..tak payah menyampuk la....
Sir Ahmad Tarmizi: Ish...kamu ni la...sudah la tu...tak payah gaduh-gaduh..buat malu saja pelajar perempuan tengok....
Adibah: Betul..betul sir....macam budak-budak je...hehe..
Syukri: Hoi..ni seorang lagi...busy body...it has nothing to do with u!
Asyraaf: Hek eleh..marah pula dia ni..dah betul apa dia kata kan...kan..
Anwar: Hai..bela Adibah nampak..ada apa-apa ke?
Adibah: Ish....apa la hang ni....
Sir Ahmad Tarmizi: Sudah! Sudah! Kamu ni nak buang masa kelas saya ke bergaduh?! Kalau ya, ok saya keluar sekarang dengan izin kamu dan sambung la bergaduh!
Amirul: Eh...sir jangan la macam tu...kami minta maaf la....kawan-kawan...tolong diam ya...kita nak belajar english ni...yang bukannya kita pandai sangat pun...hehehe....

Monday, March 8, 2010
Status Hukum Skim Infinity Downline..
Oleh: Ustaz Haji Zaharuddin Abdul Rahman
Bertalu-talu orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity Downline dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari'. Sebenarnya saya amat skeptic dengan skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh kerana itu, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini.
Padahal, helah pihak-pihak penganjur skim tersebut amat jelas dan terang. Pun begitu mereka masih mampu mengelirukan umat Islam kita. Saya berdoa agar kita semua mampu lebih rajin untuk berfikir dan lebih cekap dalam memperbezakan antara skim-skim sampah dan emas permata.
Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini.

Saturday, March 6, 2010
Selangkah Selepas SPM....
Kepada semua pelajar2 lepasan SPM 2009 khususnya, STPM pun boleh juga, anda boleh menyemak kursus pengajian yang sesuai dengan anda berdasarkan keputusan SPM/STPM anda itu.Ia bagi IPTA sahaja di seluruh Malaysia.
Untuk menyemak kursus tersebut, klik sini.
Untuk menyemak kursus tersebut, klik sini.
Friday, March 5, 2010
The Mystery Of My SPM Result...
The day that I have been waiting for is just around the corner. What is it? It is the day that will be memorable for the rest of my life. The day on which 2009 Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) result will be announced. When will it be?The recent news on TV said that it will be on March 11, 2010. It will be the last day for me to wear school uniform in my life besides the last day as SMKAA student. Why? After the result is announced, I will be officially ex-student of SMKAA as what Senior Assistant of administration of SMKAA said before. Hehe....
Going back to the topic. I sat for the exams in November and December last year. There are now questions crossing over my mind about how my result will be? Can I achieve straight A’s? Arghhh...I do not know. I am getting crazy and feel sad thinking. Praise be to Allah, I managed to obtain 8A's 3B for the trial examination. It is the best result I achieved ever since I was in form four. Hopefully, my SPM result will be better than that, God willing.
i still remember the days before the examination, Without anyone’s knowledge, I was having a crisis with myself. What was it? It was all about my fading spirit. I was always absent and my friends kept saying that I studied and made revision as preparation for the coming SPM at home. I denied it and they responded that it was just lying. I then said that it was up to them to trust it or not as it had nothing to do with me. When I was running out of spirit, I kept thinking of it all the time What was the reason? I still could not find the answer. It was probably because of me who liked to advise others but I myself was being neglected just because people thought that I could survive on mu own. Finally, I sat for the SPM exam exams with the kind of thoughts and was not optimistic of my result. Praise be to Allah, my spirit now gets back to normal.
Thursday, March 4, 2010
Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul
Oleh: Ustaz Lokmanulhakim Bin Hussain
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”.
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”.
Ungkapan-ungkapan begini kerap menjadi alasan sebahagian wanita untuk tidak menutup aurat. Ada juga beralasan demikian untuk menangguhkan dahulu pemakaian tutup aurat buat sementara waktu. Apabila dalaman sudah sempurna, dan hati sudah bersih, barulah sampai waktu untuk melakukan kewajipan lahiriah, seperti menutup aurat.
Kalau alasan begini keluar dari mulut seorang muslimah disebabkan kejahilan, ia sudah cukup menunjukkan satu musibah terhadap dirinya. Kerana kewajipan menutup aurat adalah perkara asas dalam Islam, yang termasuk kategori ‘perkara yang dimaklumi dalam agama secara pasti’.

Wednesday, March 3, 2010
Tajdid Dalam Pemikiran Pelajar - Bahagian 3
Untuk artikel kali ni pula, saya nak katakan pula tentang mengamalkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian kita. Sesungguhnya, ilmu yang kita pelajari ini langsung tak berguna kalau kita cuma belajar, belajar dan terus belajar tetapi tak pula amalkannya dalam kehidupan kita.Sebaliknya, ia hanya tersimpan dalam memori kita hanya untuk menjawab soalan latihan, ujian dan peperiksaan semata2. Lantas, kita dapat lihat betapa ramainya manusia2 di sekeliling kita sama ada yang dianggap hebat dan ternama seperti seorang yang tak ada ilmu pun. Padahal, sesetengahnya ada pangkat Doktor Falsafah lagi.Di mana silapnya? Silapnya tak lain tak bukan, kita ni jadi manusia lurus bendul tatkala hadapi macam2 perkara dan situasi dalam kehidupan tanpa merujuk kepada ilmu yang kita dah pelajari.
Inilah antara masalah pelajar dalam menuntut ilmu . Ya! Sebab diorang belajar seolah2 tak ada sebab.belajar sebab tu la yang kena belajar so belajar la.Sebab tu kita dapat lihat sesetengah pelajar yang kononnya pandai tapi dalam masa yang sama dia nampak macam seorang yang mandul. Eh..mandul apa pula ni? Cuba perhatikan kehidupan seharian dia. Hidupnya hanya diselubungi dengan belajar, belajar dan belajar. Selain belajar, hanyalah makan, tidur dan berehat. Eh..salah ke macam tu? Memang la salah!
Tuesday, March 2, 2010
Guna hadis palsu pinggir peranan wanita
Oleh: SS Dr Juanda Jaya
Umat Islam disaran kaji secara mendalam ajaran agama elak diperguna golongan melampau
ORANG yang berjuang mahu meletakkan lelaki dan wanita pada satu kedudukan sama dalam semua perkara akan menghadapi tentangan daripada budaya dan adat manusia di sekeliling mereka. Hal ini berlaku sejak zaman berzaman.
Bagaimanapun janganlah sesetengah pihak menuduh agama Islam sebagai tidak adil kepada wanita kerana amalan budaya sesetengah masyarakat Muslim yang tidak memahami nilai Islam sebenar. Bahkan amalan meminggirkan wanita itu didakwa ada sandaran hadis tertentu yang menyuruh mengongkong wanita demi kepentingan lelaki rupa-rupanya hadis yang dibawakan itu adalah batil, palsu lagi menipu.
Di antara dalil palsu yang digunakan oleh sesetengah pihak ialah: Rasulullah SAW bertanya kepada Fatimah: Apakah yang paling baik untuk wanita? Fatimah menjawab: Apabila wanita tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihatnya. Lalu baginda mencium Fatimah seraya bersabda: Sebahagian manusia adalah keturunan bagi sebahagian yang lain." Dr Yusuf Al-Qaradawi mengulas bahawa hadis ini sangat lemah nilaiannya dan tidak sepadan dengan harga tinta yang dipergunakan untuk menulisnya.

Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 16
Semasa Hafiz dan Asyraaf bersembang tentang Arif dan Aliya, Amirul Imtiyaz sampai ke kelas pada pagi itu.
Amirul: Hai...sembang apa ha yang stop bila aku sampai?
Asyraaf: Hehehe..tak ada apa-apa la....
Amirul: Hek eleh..berahsia pula..kalau rahsia kata saja la rahsia....
Hafiz: Tu urusan orang-orang kenamaan saja...hahaha..
Amirul: Orang kenamaan? Kenamaan apa?
Asyraaf: Ish..hang ni..dia kata saja la...huhu...
Amirul: Apa-apa saja la....eh...Arif tak datang lagi pula...selalunya dia datang awal kan..
Hafiz: Hmm..ya...entah..bangun lambat agaknya....hahahaha..
Ketika mereka bertiga ketawa, Arif pun datang.
Arif: Hmm..apa hal yang korang ketawa ni ha?
Amirul: Ni ha..Hafiz kata hang bangun lambat..tu datang lambat...
Arif: Kurang asam...tak reti jaga mulut..ada hari boleh balas...
Hafiz: Hahaha...jangan marah Arif...melawak saja..betul tak Abang Asyraaf? Hehehe...
Asyraaf: Hmm..apa-apa saja la Abang Hafiz oi...ha..Arif, Abang Faiz dan Abang Amar nak jumpa kita masa rehat nanti dekat bilik pengawas...
Arif: Oh..ya ka? Ada apa hal?
Asyraaf: Entahlah..aku tak tanya la pula...ada hal penting la agaknya...

Monday, March 1, 2010
Solat Berjemaahlah Wahai Kaum Lelaki!
Solat berjemaah – satu amalan yang sangat dituntut dalam Islam.Fadhilat mengamalkannya sangat banyak yang sepatutnya direbut oleh umat Islam terutama kaum lelaki.Namun begitu, ramai dalam kalangan kita yang ambil mudah dalam perkara ini dan hanya solat berjemaah di masjid hanya ketika solat jumaat. Hal seperti ini sangatlah malang dan tidak sepatutnya berlaku:
“Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Shalat jamaah adalah lebih utama dari shalat fadz – yakni sendirian -dengan kelebihan duapuluh tujuh derajat." - Muttafaq 'alaih
Dalam hadis di atas, jelas menunjukkan betapa tingginya darjat orang yang menunaikan solat secara berjemaah berbanding solat secara sendirian. Dalam Hadis yang lain:
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Shalatnya seseorang lelaki dalam jamaah itu dilipat gandakan pahalanya melebihi shalatnya di rumahnya secara sendirian -munfarid - atau di pasarnya dengan duapuluh lima kali lipatnya. Yang sedemikian itu ialah kerana bahwasanya apabila seseorang itu berwudhu' lalu memperbaguskan cara wudhu'nya, kemudian keluar ke masjid, sedang tidak ada yang menyebabkan keluarnya itu melainkan kerana hendak bersembahyang, maka tidaklah ia melangkah sekali langkah, melainkan dinaikkanlah untuknya sederajat dan dihapuskan daripadanya satu kesalahan. Selanjutnya apabila ia bersembahyang, maka para malaikat itu senantiasa mendoakan untuknya supaya ia memperoleh kerahmatan Allah, selama masih tetap berada di tempat shalatnya, juga selama ia tidak berhadas. Ucapan malaikat itu iaiah: "Ya Allah, berikanlah kerahmatan pada orang itu; ya Allah, belas-kasihanilah ia." Orang tersebut dianggap berada dalam shalat, selama ia menantikan shalat - jamaah."- Muttafaq 'alaih. Ini adalah lafaznya Imam Bukhari.
Subscribe to:
Posts (Atom)