Sunday, October 26, 2008

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 7

Pada petang itu, Aiman dan Amar pergi ke perpustakaan awam di Bandar Taiping.Ketika mereka berdua sedang berjalan untuk ke sana, mereka berdua ternampak Hazwan, Hakimi dan kumpulan mereka termasuk Adam sedang merokok di sebuah lorong yang agak sunyi.

Aiman: Mata aku ni betul ke tak?
Amar: Kenapa tak betul pula?Aku pun sebelum ini tak percaya Adam boleh berbaik dengan diorang tetapi mahu tak mahu itulah kenyataannya.
Aiman: Hang bawa talefon bimbit tak? Talefon bimbit aku tak mempunyai fungsi kamera.
Amar: Hang nak ambil gambar diorang ke? Sekali dengan Adam?
Aiman: Yelah.Aku nak ambil gambar mereka bukannya apa.Aku mesti menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang pengawas untuk melaporkan kesalahan disiplin pelajar kepada guru disiplin.Lagipun tujuannya bukan apa,cuma aku mahu diorang berhenti dari kegiatan diorang tu.

Monday, October 20, 2008

Drama "Roda Kehidupan"- Episod 6

Perbualan Aiman dan rakannya terhenti setelah melihat kelibat ibu bapa Aiman yang datang untuk melawat Aiman.

Akmal: Assalamualaikum pak cik, mak cik.
Encik Abu Bakar & Puan Asma': Waalaikumussalam.
Aiman: Rindu rasanya pula pada mama dan ayah.
Aizat: Ish..buat seperti tidak berjumpa dalam tempoh masa yang lama pula.
Amar: Biasalah..anak soleh kan menyayangi ibu bapanya.Tentulah rasa rindu.
Encik Abu Bakar: Pak cik dan mak cik mengucapkan jutaan terima kasih kepada kamu semua yang datang melawat Aiman.Taklah dia rasa bosan berada di hospital.
Akmal: Tidak mengapalah pak cik, mak cik.Memang kami patut datang melawat dia pun sebagai sahabat.
Puan Asma': Bertuah Aiman dapat sahabat seperti kamu semua.
Amar: Kami lebih rasa bertuah dapat sahabat seperti dia.
Aizat: Ya, betul tu.
Aiman: Ish..korang ni ada-ada saja.
Encik Abu Bakar: Aiman, doktor kata Aiman boleh keluar wad esok.Itupun jikalau keadaan Aiman ok.
Aiman: Betul ke? Seronoknya dapat balik ke rumah.Bosan betul berada di hospital. Dahlah minggu depan nak duduki peperiksaan percubaan pula.Balik rumah nanti nak kena banyak ulangkaji la.
Amar: Ala..dah genius tak perlu ulangkaji banyak-banyak. Cuma perlu tengok sikit-sikit saja.
Aiman: Genius apanya? Merepek sajalah hang ni.

Saturday, October 18, 2008

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 5

Pada malam itu, Aiman yang sedang tidur di wad keseorangan tiba- tiba bermimpi bahawa dia akan meninggal dunia tidak lama lagi. Mimpi itu menyebabkan dia terjaga dari tidurnya sambil berkata "Ya ALLAH sekiranya Engkau takdirkan aku akan meninggalkan dunia ini tidak lama lagi, Engkau lambatkanlah ajalku ini Ya ALLAH dengan kuasa-Mu kerana Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.Aku sedar bahawa amalanku setakat ini masih belum cukup untuk dibawa untuk dihitung pada hari kiamat kelak."

Keesokan harinya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ibnu Taimiyah, Akmal dan Amar ternampak Hazwan, Hakimi dan kumpulan mereka melepak di koridor berhampiran kelas mereka.

Thursday, October 9, 2008

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 4

Keesokan harinya, berita tentang kejadian yang berlaku pada Aiman disebut-sebut dalam kalangan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ibnu Taimiyah. Sebahagian besar warga sekolah terkejut akan apa yang telah berlaku termasuklah dalam kalangan guru-guru.

Malah Hazwan, Haziq dan rakan-rakan kumpulan mereka dipanggil oleh guru disiplin dan pengetua sekolah untuk mengetahui kisah yang sebenar.

Pada petangnya Akmal, Amar dan Afiq datang melawat Aiman di Hospital Umar Abdul Aziz. Setelah hampir genap satu hari Aiman tidak sedarkan diri, akhirnya dia sedarkan diri juga.

Saturday, October 4, 2008

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 3

Drama- Roda Kehidupan(Episod 3)

Setelah Arif menghubungi ambulans, dia kembali ke tempat di mana dia dan Asyraaf terjumpa Aiman yang berlumuran darah di kepalanya. Arif nampak Asyraaf sedang membalut kepala Aiman dengan baju berwarna putih.

Arif: Dari mana hang dapat baju tu?
Asyraaf: Hari ini kan kelas kita ada waktu pendidikan jasmani, jadi aku bawalah baju putih tapi tengok-tengok hujan pula pagi tadi jadi ia tidak dipakailah. Hang sudah hubungi ambulans ke?
Arif: Sudah. Aku siap hubungi polis juga. Tu dia ambulans dan polis dah sampai.

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 2

Tepat jam 2.45 petang, loceng pun berbunyi menandakan tamatnya sesi pengajaran dan pembelajaran dan guru keluar dari kelas.

Aiman: Hang balik dengan apa hari ini?
Akmal: Hari ini ayah aku datang ambil di perpustakaan. Hang pula balik dengan apa?
Aiman: Aku seperti biasa la balik dengan bas.
Akmal: Oh, kesian hang balik seorang diri. Tak ada ke kawan-kawan kita yang turut menaiki bas?
Aiman: Entah..rasanya tak ada. Tak mengapalah balik seorang diri pun.

Ketika Akmal dan Aiman berbual, Adam merenung ke arah mereka. Pandangannya itu dikesan oleh Akmal.