Wednesday, June 16, 2010

My Life in CFS IIUM....



Fuhh..apa aku nk kata ea dlm post ni? Sbnarnya aku bkn ada 'mood' sgt pun nak menaip ni. Tapi x pe la..I forced myself!! Bkn apa..aku msih dlm proses ssuaikan diri dgn gaya hidup kt sini.

Maklum laa..aku ni x biasa lgi dgn gaya hdup org metropolitan. pastu pula..aku ni blum biasa hdup brdikari. I mean 100% fully independent.

Aku hidup kt sini serba kelam kabut juga. Apasal? Mklum la..aku ni jenis suka byk fikir. Mcm2 benda nk buat. Smpai pening kpala aku!! Tmbah pula aku jd class representative. apa tu? lbih kurang mcm class monitor la...so mmg aku jd lg sibuk la.

But I keep remembering my mum's advice - don't be rush. Keep being calm. I really miss environment in Perlis - really different from here! I have been planning to go back to my hometown during mid-sem break even though it's not a long period. Huhuhu....

Ok laa...that's all what I would like to write for this opportunity. Last but not least, thanks a lot for reading!! May ALLAH bless us.... =)

Tuesday, June 15, 2010

Khutbah: Palestin Memanggil Kamu Pulang Kepada Islam



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Sekali lagi, umat Islam sedunia dihidangkan dengan pusingan seterusnya kekejaman regim Zionis ke atas umat Islam dan manusia di bumi Palestin. Kekejaman yang melampaui batas fikiran manusia, yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengiyakan apa yang diamarankan oleh al-Quran, tentang fasad besar-besaran pusingan kedua yang dicetuskan oleh kaum Yahudi ini.

Firman Allah SWT:
“Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau” [al-Israa' 17: 4]

Para ahli Tafsir kontemporari menyetujui bahawa kerosakan pertama yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi ini adalah semasa mastautin mereka di bumi Yathrib. Mereka menguasai politik, ekonomi dan sosial di kota tersebut, bongkak dengan impian mereka bahawa Nabi akhir zaman akan diutuskan sekali lagi daripada keturunan mereka, dan seterusnya memanfaatkan kebodohan kaum Aus dan Khazraj lalu melaga-lagakan dua kelompok kaum Arab ini hingga berperang sesama sendiri, mencecah suatu tempoh yang amat panjang.

Kerosakan pertama ini mencapai kemuncaknya, apabila mereka secara rasmi menolak Kenabian Rasul akhir zaman, tatkala tibanya Muhammad bin Abdullah ke kota Yathrib di dalam peristiwa Hijrah. Meleset sekali impian mereka, bahawa Allah telah menetapkan bahawa kaum yang banyak membunuh Nabi dan Rasul ini hilang kebanggaan buta mereka, apabila penutup segala Nabi dan Rasul, diutuskan daripada kaum Arab berketurunan Ismail ‘alayhi al-Salaam, iaitulah Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Saturday, June 5, 2010

Keprihatinan Ulama Terhadap Penderitaan Gaza



Sejak tahun-tahun sebelumnya, penderitaan penduduk Gaza dalam wilayah Palestin telah diketahui umum, termasuklah waktu-waktu sebegini, mereka mengalami sekatan ekonomi yang sungguh dashyat yang dilakukan oleh Negara Zionis Kafir, juga merangkumi dokongan negara-negara kafir (yang menyokong Zionis) hingga memudaratkan penduduk-penduduk Gaza akibat sekatan tersebut yang melemahkan serta menekan mereka.

Sebaik musuh menyedari kelemahan mereka (penduduk Gaza) disamping rasa putus harapan, meliputi penduduk terdekat disekitar mereka, Zionis terus menyerang mereka dengan ledakan bom serta peluru berpandu, memusnahkan tanaman dan ternakan, hingga membunuh ribuan, mencederakan hampir ribuan penduduk awam serta tentera, golongan kanak-kanak serta wanita, semata-mata memenuhi hasrat pembersihan etnik (genocide) ke atas orang-orang Islam yang berada di wilayah tersebut, menamakan mereka sebagai pengganas terutamanya kelompok yang mempertahankan agama Islam, mempertahankan diri sendiri dan orang-orang lemah sedaya upaya mereka.

Going Back To My Hometown!!!



Hahhh...finally! I am now going back to Perlis Darus Sunnah - my beloved hometown. Just for a couple of days. I reached here yesterday morning at 5 am. God willing, I will ride a bus at 9.30 pm to go back to Klang Valley. What?! So early!

Well..lectures will begin this Monday thus I cannot be here too long. Just wanna to get rid of my feelings for being miss to special environment here. Hahaha...Special environment? Those who comes from Perlis know what it means....

God willing, I will be back to Perlis in September - during revision Period + Aidilfitri's holiday. 3 months to go.... There will be no holiday with long period within these 3 months. Well...IIUM is quite different from other universities in Malaysia. Huhuhu....

Ok la..I have no intention to write too long. U must be bored reading a long post....me too. Haha... Take good care of urself! Do pray for my well-being...Hopefully we always in His Blessings. Amen =)