Saturday, January 30, 2010

Antara Suka, Cinta dan Couple

Huh..menarik juga ya tajuk cetusan pemikiran saya kali ni. Terasa nak cakap pasal ni so cakap saja la. Nama pun cetusan pemikiranku so barangkali ada yang kurang bersetuju dengan idea2 atau pendapat2 saya.itu biasa la..tiap2 orang ada pemikiran yang berbeza mengikut mentaliti masing2.

http://www.sxc.hu/pic/m/n/no/nookiez/1022693_couple_heartbreaker.jpg

Tiga istilah dalam tajuk di atas tu memang amat sinonim dengan remaja..ya la..masa ni la benih2 kematangan sebagai insan yang normal mula tumbuh dan membesar. Sebagai seorang insan yang normal dan mempunyai perasan, sudah jadi fitrah bagi seorang lelaki untuk tertarik untuk mempunyai perasaan dengan perempuan begitu juga sebaliknya. Apabila seorang lelaki tertarik dan lakukan hubungan seksual dengan lelaki begitu juga wanita dengan wanita, ini sudah jelas menyanggahi fitrah yang ALLAH ciptakan bagi makhluk-Nya sama ada insan atau haiwan.ni kira muqadimah laa..hehe.

Friday, January 29, 2010

Surat Terbukaku Kepada Pelajar 3 Ali 2008

Berikut adalah satu surat terbuka yang telah aku kirimkan kepada pelajar tingkatan 3 Ali tahun 2008 semasa berlakunya konflik antara aku dan mereka sebagai membalas surat layang yang dihantar kepadaku. Surat ni adalah teks asal yang aku taip dan tak ada sikit pun perkataan yang diubah. Ramai juga yang teringin baca surat ni tapi disimpan selama ni…dah keluar dari sekolah tu baru nak publish.huhu….

Tujuan aku publish surat ini adalah untuk tatapan semua untuk menjadi pengajaran daripada intipati daripada surat ini. Bukan aku nak buruk2kan atau malukan pelajar2 berkenaan atau ungkit kisah silam..tidak sama sekali…tak ada dendam pun yang disimpan dalam hati…yang lepas tu biar dah lepas..Cuma tetap diingati..dan aku nak pahatkan surat ni dalam blog ni untuk jadi memori aku sepanjang hayat aku…hehe..
__________________________________________________________
Kepada: Para Pelajar 3 Ali 2008

Assalamualaikum kepada para pelajar Tingkatan 3 Ali yang pandai-pandai belaka,
Pertama sekali saya ingin menjelaskan mengapa saya menceritakan segalanya kepada cikgu-cikgu. Saya berbuat demikian kerana bagi saya guru-guru ialah ibu bapa kedua saya jadi saya rasa sebarang masalah dan sebagainya harus diceritakan kepada mereka.

Carta Top 30 Memoriku Di SMKAA (3)

Berikut adalah Top 10 Events yang paling aku ingati sepanjang berada di SMK Agama Arau:-

No 10 : Masa form 3 dulu, selepas saat aku mula tajdid dalam pemikiran aku dalam kefahaman tentang agama ni..aku pernah berdebat & berbalah dengan kawan2 aku pasal hal agama ni la...termasuk bid’ah dan sebagainya..debat sakan juga oo...macam nak bergaduh saja...memang tak boleh lupa la..at last aku fikir baik amalkan dasar ‘bagimu amalanmu bagiku amalanku’..tak perlu debat2 sangat dah tak ada kesudahan..huhu....

No 9 : Aku pernah cadangkan & mengemudi program yang bernama ‘Study Group Gerak Gempur PMR 2008’ kepada pihak sekolah...yang berkonsepkan mentor mentee.. program ni dijalankan sekejap saja dan selepas tu ditamatkan..antara sebab utama tak ada perancangan yang rapi dan sistematik...tetapi tak apa la..at least dapat pengalaman baru...hehe...

Jom Kita Berlumba-Lumba

Oleh: Kapten Hafiz Firdaus Abdullah

Alhamdulillah, kita telah melangkah ke tahun 2010. Bagi orang yang hidupnya tidak bermatlamat, malam 31 Disember 2009 menjadi malam mengira detik jam, berpesta, melancarkan bunga api dan pelbagai lagi aktiviti lagha (sia-sia). Akan tetapi bagi mereka yang hidupnya penuh misi dan visi – tentu sekali di antaranya ialah pembaca majalah i – malam 31 Disember merupakan malam yang menghampirkan dirinya kepada perhitungan di hadapan Allah. Masa berjalan, tahun bersilih ganti, umur meningkat. Kita memang akan dihitung di hadapan Allah dan setiap kali masuknya tahun baru, kita semakin hampir kepada perhitungan itu.

Dengan tempoh masa yang semakin dekat kepada perhitungan, pengadilan dan balasan syurga atau neraka, apakah keyakinan dan amalan kita sepanjang tahun 2009 menjamin perhitungan yang mudah dan berat ke arah syurga? Pertanyaan berbentuk mengaudit diri sendiri ini pernah dikemukakan oleh Allah di dalam al-Qur’an:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.” [al-Hasyr 59:19]

Wednesday, January 27, 2010

Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 12

Anwar dan Syukri berasa amat terkejut apabila diberitahu oleh Sir Ahmad Tarmizi bahawa mereka akan dipindahkan ke kelas 4 Ali.

Sir Ahmad Tarmizi: Kami dah buat keputusan dengan harapan ini yang terbaik untuk kamu berdua.
Sykuri: Terbaik apanya sir..bukannya baik pun kami berada di kelas tu..sama saja..bahkan lagi tak baik ada la..tak payah la sir...pleaseee....
Sir Ahmad Tarmizi: Usah banyak cakap..Kamu dah makan ke belum?
Anwar: Emmm...Sudah sir..baru saja habis makan.
Sir Ahmad Tarmizi: Kalau begitu..jom ikut sir ke kelas baru kamu.Cepat..cepat...
Anwar & Syukri: Baiklah sir..

Friday, January 22, 2010

Memori Jam'iyyatul Muraaqib SMKAA 2009

Berikut adalah 3 video yang dirakam masa Kursus Kepimpinan Pengawas SMKAA 2009 di Pendang Lake Resort pada 20 hingga 22 Februari 2009.







Nak ikuti lagi 2 video? Sila ke profil facebook saya...

Tajdid Dalam Pemikiran Pelajar - Bahagian 1

Belajar merupakan sesuatu yang wajib bagi seorang yang bergelar Muslim berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
“Anas Bin Malik radialllahu ‘anhu berkata, Rasulullah S.A.W telah bersabda, menuntut ilmu itu wajib kepada setiap muslim” – Hadis riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi.

Jika kita lihat dalam Al Quran dan As Sunnah, terdapat banyak nas yang menyatakan tentang kepentingan menuntut ilmu dan kelebihan menuntut ilmu. Antara kelebihan menuntut ilmu yang dinyatakan dalam hadis yang bermaksud:
“Daripada Abu Zar radiallahu ‘anhu berkata, sesungguhnya orang yang keluar pada waktu pagi untuk mempelajari satu bab daripada ilmu adalah lebih baik daripada orang yang menunaikan solat sunat seratus rakaat” – Hadis riwayat Ibnu Majah dan Tabrani.

Menuntut ilmu bukan saja semasa kita di sekolah atau di institut pengajian tinggi, namun kita mesti menuntut ilmu yang begitu luas ini sepanjang hayat kita sehinggalah kita meninggal dunia. Malangnya, kebanyakan dalam kalangan kita yang anggap atau ada persepsi kita belajar hanya kita di sekolah dan IPT, kemudian tamatlah  alam pembelajaran. Itu merupakan satu persepsi yang memang salah sama sekali.

Carta Top 30 Memoriku Di SMKAA (2)

Berikut adalah sambungan “Carta Top 30 Memoriku di SMKAA” yang lebih diingati berbanding events sebelum ini.

No 20 : Semasa aku form 1, aku dipanggil oleh seorang guru bahasa inggeris untuk test bagi jadi pelapis untuk mewakili sekolah dalam pasukan debate..aku nak masuk debat? Dalam BI pula tu? Huh...pelik tetapi benar...”sorry I am not interested!” Heee....

No 19 : Sejak mengenali 2 insan yang pernah disebut dalam carta lepas, aku mula jadi pelawat setia bilik guru, iaitu semasa form 2..maksudnya selalu pergi ke sana dan berborak dengan cikgu dan atas urusan juga la..so boleh kata kenal semua cikgu la...huhu..

No 18 : Semasa form 2, aku kerap kali mengunjungi makmal komputer..boleh kata jadi kaki makmal komputer la...selalu pergi surf internet selain tolong cikgu buat website sekolah..”tahun bilik komputer!” huuhu...

Thursday, January 21, 2010

Kenali Ciri-ciri Ahli Bidaah dan Ajaran Sesat

Oleh: Ustaz Lokmanulhakim Bin Hussain

Orang yang tidak mengenali keburukan, mudah terjebak ke dalamnya. Orang yang tidak tahu ciri-ciri kepalsuan, cepat terpedaya dengannya. Ada orang ingin membeli permata, malangnya terbeli kaca, lantaran tidak arif yang mana manikam, dan yang mana kaca.

Orang yang mahu membeli emas jika tidak tahu yang mana tulen dan yang mana palsu, mungkin mudah tertipu. Bermodalkan hanya RM50, ada sindiket menjual seutas rantai dengan harga ribuan ringgit dengan menyadurkannya dengan warna emas dan menandakan cangkuknya dengan nombor 916. Akibat tidak kenal tulen dan palsu, ramai pelanggan sudah tertipu.

Untuk mengenali satu-satu barang yang tulen lagi asli, bukan hanya melalui ciri-ciri keaslian dan ketulenan. Kemahiran tentang kaedah penipuan dan ciri-ciri pemalsuan sangat penting agar kita cepat mengecam dan mengenal pasti jika ia berlaku.

Wednesday, January 20, 2010

Membina keharmonian perbezaan agama melalui dakwah, diplomasi

Oleh: SS Dr Juanda Jaya

Wajib bagi umat Islam memberi keadilan kepada manusia tanpa mengira fahaman

ISU serangan ke atas gereja baru-baru ini amat dikesalkan kerana ia mencalar imej Islam yang damai dan membawa rahmat. Walaupun belum ada jalan terang mengenai pihak yang bertanggungjawab, suara-suara kutukan turut digemakan daripada pihak umat Islam sendiri yang menolak tindakan anarkis sebegini.

Pelbagai khabar angin kedengaran kononnya ada pihak berusaha menangguk di air keruh mempergunakan isu Islam untuk tujuan peribadi, fahaman politik dan jawatan masing-masing. Bahkan ada yang menyuarakan mungkin saja keganasan itu didalangi musuh Islam yang mahu memburukkan lagi wajah agama kita.

Jangan Biadab Kepada Ibubapa

Oleh: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kisah yang anak-anak derhaka yang sanggup membuangkan bapa mereka yang telah dimamah usia sehingga terpaksa merempat meminta belas ihsan orang lain.

Dalam kes yang pertama seorang bapa yang baru sahaja menjalani pembedahan jantung ditinggalkan di sebuah perhentian bas kerana dikatakan kehadirannya tidak disukai oleh isteri anaknya lalu kewujudan beliau dirumah boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga mereka.

Dalam kes kedua pula seorang bapa yang sedang mengidap penyakit buah pinggang kronik dianggap sebagai beban bagi anak-anak kerana perlu menghantar bapa mereka ke pusat hemodialisis lalu ditinggalkan bapanya yang sedang sakit itu dipusat tersebut.

Forum Komuniti Warga SMK Agama Arau

Assalamu'alaikum kepada semua.

Kepada semua warga dan bekas warga SMK Agama Arau sama ada pelajar, guru dan sebagainya, anda amat dialu-alukan untuk menyertai dan berukhuwah dalam FORUM SMK AGAMA ARAU dengan klik sini. Tolong hebahkan perkara ini kepada rakan-rakan anda yang turut merupakan warga/bekas warga SMKAA. Kepada yang bukan warga SMKAA pun boleh turut sama sertai komuniti forum ini.

Untuk pengetahuan semua, forum ini dibawah kelolaan Jam'iyyatul Muraaqib SMK Agama Arau.

Terima kasih.

Sunday, January 17, 2010

Additional Mathematics Form 4 Module

Assalamualaikum. Hello everyone!

Additional Mathematics Form 4 Module that I have prepared is based on my knowledge and reference books. Hopefully, it can help  students to understand and be master in Additional Mathematics.

I found that this module is frequently downloaded by form 4 students I guess as additional mathematics is something new for them.

Unfortunately, there are some information missing in this module like shaded part and others, so the information missing have to be added manually.Those who would like to use this module for reference, they may download it.

Last but not least, I would like to thank my beloved and respected Additional Mathematics teacher , Sir Abdul Halim Bin Othman. He is the one who inspired me to come out with this module. Syukran jazilan ya ustaz habibi ! Thanks a zillion , sir !

Chapter 1- Functions
Chapter 2- Quadratic Equations
Chapter 3- Quadratic Functions
Chapter 4- Simultaneous Equations
Chapter 5- Indices and Logarithms
Chapter 6- Coordinate Geometry
Chapter 7- Statistics
Chapter 8- Circular Measure
Chapter 9- Differentiation
Chapter 10- Solution of Triangles
Chapter 11- Index Number
Answer Sheet


Bonus:
Form 5 : Chapter 9 - Motion Along A Straight Line
 

http://www.4shared.com/file/123872332/834cb3f3/CHAPTER_7-_STATISTICS.html



Saturday, January 16, 2010

Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 11

Selepas tamat tuisyen Matematik Tambahan, Asyraaf dan Amirul Imtiyaz ternampak Anwar berjalan dengan seorang perempuan ketika mereka sedang menuju ke stesen bas.Anwar yang sedar akan kelibat mereka berdua terus pergi kepada mereka.

Anwar: Wei..hang ni apasal, Asyraaf?
Asyraaf: La..apasal apa bendanya ni ha?
Anwar: Hek eleh..macam la aku buta..tak nampak hang nak ambil gambar aku dengan dia guna handphone hang..
Amirul: Ala..dia buat-buat saja..nak tengok apa reaksi hang..
Anwar: Wei..hang ni tak payah menyampuk boleh tak..
Asyraaf: Hang ni nak marah dia apasal ha? Nak berdating pergi saja la..huhu..
Anwar: Untuk pengetahuan hang, dia tu adik angkat aku..bukan awek aku!! Faham tak? !
Asyraaf: Adik angkat ke awek ke..ikut suka hang la..aku tak kisah pun..ok la aku dengan Amirul nak balik ni..silap-silap ketinggalan bas sebab cakap lama sangat dengan hang..hehehe..
Anwar: Ha..bagus la..padan muka kena tinggal dengan bas..hahaha..Cuma satu saja aku nak peringatkan hang..tak payah kerja jaga tepi kain orang..tak payah busy body!
Asyraaf: Ya la tu..apa-apa saja la..ok aku pergi dulu...
Anwar: Woi..aku tak habis cakap lagi la!

Antara Friendster dan Facebook



Bukan bermaksud untuk membandingkan antara dua jaringan sosial di internet ini, tapi memang ini berdasarkan pengalaman saya dalam kedua-dua sosial network ini.

Friendster

Pengguna friendster sendiri hampir sebanyak 75% adalah dari kalangan anak muda atau lain kata para remaja,lainnya dari berbagai kalangan yang sudah terbiasa membangun jaringan sosial di internet.

Lalu apa yang menjadi daya tarik dari Friendster sehingga banyak digemari oleh anak muda saat ini?

Menurut pendapat saya, kelebihan dari friendster sendiri adalah dari segi design penampilan pada halaman profile kita.

Disini kita bisa menetapkan halaman profile kita dengan template yang banyak tersedia tinggal pasang saja. Dengan design yang kebanyakan bercirikan anak muda, seperti animasi kartun, foto pribadi yang penuh warna, bahkan kita dapat membuat sendiri desain tampilan sesuai keinginan kita sendiri.

Carta Top 30 Memoriku di SMKAA (1)

Hmmm..5 tahun menuntut ilmu di SMK Agama Arau mulai tahun 2005 hingga 2009, banyakk kenangan yg tak bisa dilupakan...Sorotan memori aku di sana akan dikongsikan bersama di blog aku ni tapi dengan cara yang lain sedikit...melalui ‘Carta Top 30 Memoriku di SMKAA’. Apa yang baik tu jadikanlah teladan..apa yang tak baik tu jadikanlah pengajaran..sekadar perkongsian..hehehe...untuk 10 events yang pertama ni tak berapa jadi memori sangat..tapi ingat la juga...biasa2 je...hehe.

No 30 : Hari pertama bersekolah di SMKAA..apa yang tak boleh lupa? Hari ni la aku dan kawanku terpaksa balik ke rumah dengan berjalan kaki..tunggu bas tak ada pun..separuh perjalanan barulah ada sebuah bas lalu dan berhenti maka kami pun naik la...huhuhu...

No 29 : 1st time aku naik pentas Dewan Al Faizin..dapat no 3 dalam pertandingan tulisan khat jawi pada Hari Pendidikan Islam peringkat sekolah...nak tergelak juga...tulisan aku pun bukan elok mana pun..haha..

Monday, January 11, 2010

Sejenak Merenung: Yang Paling Aneh

Ibnul Qayyim Al Jauziah pernah berkata, "Sesuatu yang paling aneh adalah ketika anda sudah mengenal Allah, namun anda tidak mencintai-Nya; anda mendengar panggilan-Nya, tapi anda menunda untuk datang kepada-Nya; anda mengetahui besarnya keuntungan bergaul dengan-Nya, namun anda masi bergaul selain Dia; anda tahu kadar murka-Nya, namun anda menentang-Nya; anda merasakan kegelisahan kerana berbuat maskiat kepada-Nya, namun anda tidak meminta ketenangan dengan taat kepada-Nya; anda merasakan keruhnya hati ketika berada di luar batas agama-Nya, namun anda tidak merindukan kelapangan hati dengan berzikir dan bermunajat kepada-Nya; anda merasakan seksa tatkala hati berpaut dengan selain-Nya, namun anda tidak segera berlari untuk kembali kepada-Nya. Yang lebih aneh lagi, anda sangat memerlukan-Nya, anda tidak bisa hidup tanpa Dia, namun anda berpaling dari-Nya dan kepada sesuatu yang menjauhkan anda dari-Nya" - Kitab Al-Fawa'id.

Sunday, January 10, 2010

Isu Nama ALLAH: Renungan Bersama

Keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 lepas yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan bahasa melayunya telah mengundang kemarahan segelintir umat Islam. Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 17hb Januari 2009 yang lalu telah melarang akhbar tersebut berbuat demikian, namun ternyata keputusan mahkamah akhirnya berpihak kepada mereka. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan telah memutuskan bahawa akhbar mingguan tersebut mempunyai hak untuk berbuat demikian dari segi Perlembagaan Persekutuan kerana Artikel 11(4) Perlembagaan hanya menghalang orang-orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah untuk menyebarkan agama kepada orang-orang Islam tetapi ia bukanlah larangan untuk orang-orang bukan Islam menggunakannya sesama mereka.

Friday, January 8, 2010

Tuisyen: Antara Keperluan & Budaya

“Hang tuisyen di mana ya?”,tanya Amin.
“Hehehe... Aku  tak pergi pun mana-mana pusat tuisyen..malas la aku..baik belajar sendiri..lagipun parents aku tak kisah pun asalkan pencapaian aku ok”, Akmal.
“Wah! Bestnya hang..aku ni pun kalau ikutkan tak mahu pergi tuisyen..tapi parents aku paksa juga pergi..nak buat macam mana..pergi sajalah..beruntung hang dapat parents yang memahami”, balas Amin.
“Ish..apa la hang ni..tak baik cakap macam tu..parents hang suruh pergi tuisyen tu sebab diorang nak hang cemerlang dalam pelajaran..bukan nak seksa hang..”, respon Akmal.
“Ya la..nak cemerlang dalam pelajaran tak semestinya kena pergi tuisyen..usaha sendiri pun boleh..lagipun betapa ramai students yang pergi tuisyen tapi result exam tak bagus mana pun..harap duit saja habis banyak pergi  banyak tempat”, kata Amin.
“Hahaha..nak buat macam mana..barangkali tuisyen ni dah tersasar matlamatnya..jadi budaya bukan keperluan..budaya untuk bagi cemerlang exam kononnya...huhuhu...tapi  bukan la semua macam tu..”, kata Akmal.

Aha...ni la topik pertama yang saya nak bagi pendapat sikit la sebagai permulaan dalam ruangan baru bernama cetusan pemikiran ni iaitu tuisyen- antara keperluan dan budaya.Kalau ikutkan saya ada tajuk lain yang nak cakap tapi tajuk tu agak panjang nak tulis..so biar la cakap pasal yang pendek dulu.lagipun kan awal-awal tahun ni tuisyen nak bermula so ok juga cakap pasal ni..hehe.

Thursday, January 7, 2010

Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 10

Ketika Asyraaf dan sahabat-sahabatnya tercari-cari Hafiz, datang Hafiz datang kepada mereka dalam keadaan tercungap-cungap.

Asyraaf: Hai..kenapa hang tercungap-cungap ni? Kena kena kejar dengan polis ke? Hehehe..
Hafiz: Kena kejar dengan polis apa..ditinggalkan oleh sahabat sendiri...
Amirul: Oh..sori..sori..sori..tadi masa nak keluar dari kelas, ingatkan hang dah balik..sebab tu tak tunggu hang..
Hafiz: Hmm..tak apa..tadi aku pergi jumpa Ustaz Mohd Asri..
Arif: Oh..ada apa jumpa ustaz?
Hafiz: Aku tanya pada ustaz pasal bid’ah..sebab aku pergi kuliah mufti malam tadi di Masjid Darul Ibadah.katanya tak ada bid’ah hasanah dalam soal ibadah yakni agama..tapi banyak orang kata bid’ah ada dua..satu bid’ah hasanah..satu bid’ah dolalah atau sesat..aku pun naik pening.
Amirul: Ala...jangan pening-pening ok..apa yang mufti kata tu betul la..apa yang banyak orang kata tu tak betul..sebab syarat ibadah diterima oleh ALLAH ada dua..ikhlas kerana ALLAH dan ikut ajaran Nabi Muhammad SAW..yang kata bid’ah tu apa yang direka tanpa petunjuk daripada nabi SAW...so mudah faham kan..
Asyraaf: Oh..macam tu ke? Hehehe..selama ni aku ingat ada bid’ah hasanah..kita beramal yang nabi tak buat tak apa asalkan ia baik...
Arif: Banyak orang kata juga kalau tak ada bid’ah hasanah..naik kereta tu bid’ah la..padahal yang kata bid’ah yang sesat tu cuma urusan agama..dalam ibadah..
Amirul: Ha..betul tu..masyarakat kita ni tak berapa faham konsep bid’ah tu cakap macam-macam..lepas tu bertelagah sesama umat Islam..
Hafiz: Hahaha...betul tu..macam-macam betul umat Islam di Malaysia ni...

Facebook, Yahudi & Status Hukum..

Soalan : Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?

Jawapan: Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan blog.

Sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah membuat beberapa kajian serba ringkas dan membaca semua terma perjanjian yang terkandung di web facebook.

Namun ramai individu meminta dan mencadangkan saya membuka akaun facebook untuk menyebarluaskan lagi dakwah dan ilmu yang terkandung di dalam website saya. Biasanya, permintaan itu saya abaikan, sehinggalah rakan webmaster zaharuddin.net sendiri mencadangkan kepada saya, lalu saya tolak atas alasan kesibukan.

Beliau kemudian mencadangkan dibuka fanpage facebook dan bukannya facebook profile individu bagi mengelak kesibukan yang dibimbangkan tadi. Beliau juga bersetuju membantu proses pembukaan itu dan administrasi.

Sunday, January 3, 2010

Berani Berkata Tidak...

Oleh: Hafiz Firdaus Abdullah

Islam bukan agama pendita yang menganjurkan kita menyendiri, sebaliknya agama sosial yang menganjurkan kita berhubungan sesama manusia. Mengucap salam, bertanya khabar, meminta tolong, menghulur pertolongan, menegur dan menasihat adalah antara hubungan yang dianjurkan Islam.

Saya cuba mengamalkan anjuran ini, enggan menjadi ulat buku atau beriktikaf di hadapan komputer sentiasa. Namun lebih kerap dari jarang, yang saya temui ialah adab perhubungan yang kurang baik, kurang senang, kurang sunnah.

Iyya! Kurang sunnah sekalipun individu yang saya maksudkan itu berkobar-kobar membela sunnah dan membasmi bid’ah. Konon. Perkara ini bukan sesuatu yang asing kerana pada masa kini seseorang itu sudah cukup dianggap “orang sunnah” jika dia sekadar tidak membaca usholli, tidak membaca doa qunut Subuh, tidak menghadiri majlis tahlil dan tidak membaca talqin di kubur. Padahal semua itu tidak sampai satu peratus dari apa yang dimaksudkan sebagai “orang sunnah”!

Isu Nama Allah: Garis Panduan Penggunaan Nama Allah

Oleh : Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin

Di sini saya mencadangkan beberapa perkara untuk diteliti dalam isu penggunaan nama Allah oleh mereka yang bukan Islam.

Seperti mana yang saya sebutkan dalam artikel saya pada tahun 2007 yang bertajuk “Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah” bahawa isu ini lebih bersifat tempatan atau keselamatan setempat, bukan membabitkan larangan secara khusus dari nas-nas Islam. Harap kenyataan ini dibaca bersama dengan artikel tersebut.

Kristian Arab dan juga musyrikin Mekah dahulu juga menyebut Allah sebagai Tuhan. Nas-nas al-Quran dan al-Sunnah tidak membantah hal tersebut. Namun dalam konteks Malaysia, perkara ini agak baru. Ia menimbulkan kegusaran terutama disebabkan berbagai persoalan yang timbul, antaranya apakah maksud yang terselindung di sebalik tuntutan ini?!

Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah

Dicadangkan untuk pembacaan berikutan isu penggunaan nama ALLAH oleh majalah katolik Herald.

Oleh: Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin

Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata: “Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan.

Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.

ALLAH di sisi Islam dan Kristian

Oleh: Nurul Mubin Bin Siraj

DEBAT penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian pasti timbul lagi setelah mahkamah Tinggi memberi keizinan kepada mereka.  Ada satu lagi ruang keputusan yang muktamad iaitu Mahkamah Persekutuan! Di negara-negara lain hal seperti ini tak perlu masuk mahkamah.  Tapi inilah Malaysia yang unik.  Keislaman di Malaysia tak sama sekalipun dengan Indonesia.

Malu juga apabila orang Islam di Malaysia sangat lemah akidah dan imannya.  Apabila orang Kristian menggunakan kalimah Allah seperti orang Islam dianggap pasti orang Islam akan keliru. Keliru seperti, manakah yang benar? Allah berdasarkan agama Islam atau Kristian.

Susah sangatkah hendak membedakan ketauhidan antara Islam dan Kristian?  Dalam Islam Tuhan hanya satu, Dialah Allah yang tidak dapat disamakan dengan apa juga.  Dia dengan kebesarannya sendiri.  Allah dalam akidah muslim tidak punya anak atau keluarga seperti manusia.