Wednesday, January 27, 2010

Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 12

Anwar dan Syukri berasa amat terkejut apabila diberitahu oleh Sir Ahmad Tarmizi bahawa mereka akan dipindahkan ke kelas 4 Ali.

Sir Ahmad Tarmizi: Kami dah buat keputusan dengan harapan ini yang terbaik untuk kamu berdua.
Sykuri: Terbaik apanya sir..bukannya baik pun kami berada di kelas tu..sama saja..bahkan lagi tak baik ada la..tak payah la sir...pleaseee....
Sir Ahmad Tarmizi: Usah banyak cakap..Kamu dah makan ke belum?
Anwar: Emmm...Sudah sir..baru saja habis makan.
Sir Ahmad Tarmizi: Kalau begitu..jom ikut sir ke kelas baru kamu.Cepat..cepat...
Anwar & Syukri: Baiklah sir..

Kemudian Sir Ahmad Tarmizi dan mereka berdua pergi ke kelas 4 Ali.

Sir Ahmad Tarmizi: Macam mana..dah sediakan meja dan kerusi untuk mereka berdua?
Amirul: Yes..boss...semua dah beres.Mana diorang?
Sir Ahmad Tarmizi: Good..emm..tu diorang..eh..jalan la cepat banyak...buat lembab pula.
Anwar & Syukri: Okla..okla...
Sir Ahmad Tarmizi: Pergi masuk kelas baru kamu dan bergaul la dengan pelajar kelas ni..jangan jadi kera sumbang pula...
Hafiz: Hehe...kami akan bergaul dengan diorang punya..jangan risau sir...
Sir Ahmad Tarmizi: Ha..bagus la kalau macam tu.

Maka mereka berdua pun masuk ke kelas baru mereka itu dengan wajah yang tidak ceria.

Arif: Haih...kenapa korang berdua ni? Memang tak suka sungguh-sungguh ke nak masuk kelas ni? Ala..awal-awal tu biasa la..lama-lama ok la.
Anwar: Hmm..memang tak suka pun. Korang mesti seronok kan kami kena ikut cakap cikgu masuk kelas ni..
Asyraaf: Haha..aku tak kata pun aku seronok ke menyampah..kalau dah ni yang terbaik untuk korang tak apa la..
Syukri: Terbaik? Terbaik kepala otak hang..menyampah aku kena berada dalam kelas dengan hang..
Asyraaf: Oh..ya ka? Kesiannya....senang saja..anggap la aku tak wujud dalam kelas ni.
Anwar: Anggap hang tak wujud? Cakap mudah konon..dah la dia manusia paling banyak cakap dalam kelas ni.
Asyraaf: Aku manusia paling banyak cakap dalam kelas ni? Yaka..memang betul pun..sebab kelas ni kurang harmoni..jadi aku tolong harmonikan kelas ni.
Syukri: Hang bukan tolong harmonikan kelas ni..tolong buat orang menyampah ada la...
Arif: Sudah..sudah la..sekarang waktu kimia..jom pergi makmal kimia..nanti Cikgu Asmira marah baru tahu...huhu..
Anwar: Kami ni dah la pelajar kelas sastera..tiba-tiba masuk kelas sains...memang gila betul...
Amirul: Ala..tak apa..nanti kami boleh tolong ajar korang tajuk-tajuk lepas...

Apabila pulang ke rumah, Anwar segera mencari ibunya untuk meminta penjelasan berkenaan perpindahan kelas tersebut.

Anwar: Mak..kenapa mak tak tanya Anwar dulu sebelum kata pada cikgu yang mak setuju tukarkan Anwar ke kelas lain.
Mak Asyraaf: Ala..kalau mak tanya pun bukan Anwar nak kan...
Anwar: Kalau mak dah tahu, kenapa mak bersetuju juga?
Mak Anwar: Dah tu yang mak dan cikgu-cikgu rasa tu yang terbaik untuk Anwar so mak bersetuju la..
Anwar: Alaa...mak ni..sama saja dengan budak-budak kelas tu...
Mak Anwar: Ha..baguslah kalau diorang pun fikir macam tu..dah..dah..pergi mandi baru makan..
Anwar: Okla..okla..

Keesokan harinya, Sir Ahmad Tarmizi dan Ustaz Mohd Asri bersembang tentang Anwar dan Syukri di bilik guru.

Ustaz Mohd Asri: Macam mana Anwar dan Syukri dengan kelas baru diorang?
Sir Ahmad Tarmizi: Hmmm...ok la juga..baru hari kedua..tak tahu nak komen sangat..
Ustaz Mohd Asri: Tak apa..kejap lagi saya ada kelas dengan diorang.

Di kelas 4 Ali, Hafiz bertanya tentang amalan membaca yasin pada malam jumaat kepada Amirul.

Hafiz: Aku dengar kata amalan baca yasin pada malam jumaat tu bid’ah..betul ke?
Anwar: Hoi...mengarut la hang ni..bid’ah apanya...bagus apa baca yasin malam jumaat.
Asyraaf: Hafiz nak tanya Amirul la..bukan hang..sibuk saja..selalu kata aku menyibuk..
Amirul: Ya..Bukan bid’ah...tapi ia bukan berasal daripada nabi yang baca yasin malam jumaat.nak baca tu ikut suka la baca hari apa pun..bukan kena baca malam jumaat pun..tak ada amalan khusus malam jumaat..
Anwar: Tapi baca yasin malam jumaat tu baik..dapat pahala...kalau bid’ah pun bid’ah yang baik..
Asyraaf:  La..manusia ni tak reti betul..mana ada bid’ah yang baik maa...
Anwar: Wei..hang tu tahu apa? Aku selalu pergi kuliah tahu la...dah tak tahu, cakap banyak pula!

Bersambung...

No comments: