Saturday, March 28, 2009

Orang Politik! Berbaloikah Ini Semua?

Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Malas rasanya hendak mengulas keserabutan politik negara kita. Saya yang berada jauh di cerok Lampeter, Wales ini pun terasa betapa serabutnya kerenah politik dalam negara. Kadang-kala rasa letih perasaan hendak membaca berita-berita negara kebelakangan ini. Semuanya tentang kekeliruan politik.

Jika ada berita yang menyejuk jiwa seperti kisah kejayaan adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yang berjaya dalam pelajarannya sekalipun dari keluarga miskin, tidak pula menjadi isu hangat untuk diperkatakan oleh masyarakat kita. Mungkin sekadar laporan media untuk sehari dua. Tidak enak barangkali untuk dihidang bersama rakan sebagai jamuan telinga seperti mana sedapnya mendengar cerita kekalutan politik.

Padahal pendidikan dan ilmu diperlukan secara langsung oleh setiap insan, sedangkan politik rakus dan ‘gila kuasa' hanya untuk mereka yang dimabukkan oleh syaitan. Sehingga saya baca daripada satu sumber berita kononnya dijumpai ‘barangan bomoh' yang diletakkan di bawah meja Perdana Menteri. Pelik bunyinya kisah-kisah politik kebelakangan ini. Apa yang patutnya rahsia, dikongsi semua. Ada yang patut dikongsi semua, menjadi rahsia.

Wednesday, March 18, 2009

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 11

Hari ini merupakan hari terakhir bagi Akmal di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ibnu Taimiyah. Pada hari ini juga Faiz diminta oleh kaunselor sekolah iaitu Cikgu Khairul Anwar untuk memberikan ceramah kepada para pelajar tingkatan 3 dalam Program Ikrar Gemilang PMR 2008.

Aiman: Lama juga hang bagi ceramah tadi ek.
Faiz: Tulah..aku pun tak sangka boleh cakap lama juga.
Akmal: Mestilah lama..maklumlah nak bercerita tentang kejayaannya tu.
Faiz: Ish..hang ni. Kalau bukan sebab Cikgu Khairul Anwar suruh, tak minatlah aku nak bagi ceramah pada budak-budak form 3 tu.
Aiman: Form 3 hang kata budak-budak? Diorang dah remajalah..
Faiz: Sajalah cakap diorang budak-budak.
Akmal: Rasa sedih juga nak tinggalkan bumi SMKA Ibnu Taimiyah ni.
Aiman: Rasa sedih ke gembira nak pergi ke sekolah yang lebih baik tu?
Akmal: Gembira tu gembiralah juga..sedih pun sedih juga.
Faiz: Nanti di sana jangan lupakan kami di sini pula ok.
Akmal: Insya ALLAH..korang pun jangan lupakan aku pula.
Aiman: Eh..kami takkan lupakan hang punya. Hang yang agaknya akan lupakan kami. Maklumlah nanti bersahabat dengan pelajar-pelajar pandai, maka lupalah akan kami di sini.
Akmal: Ish...mana ada. Whatever happens I will still remember all of you.
Faiz: Ok..baguslah kalau begitu.Jangan cakap saja.
Akmal: Ok...insya ALLAH my friend..

Saturday, March 14, 2009

Perjalanan kehidupanku...

Assalamualaikum...

Akhirnya cuti persekolahan pertengahan penggal pertama kini menjelma. Rasa gembira juga tak ada kelas tambahan atau apa2 aktiviti anjuran pihak sekolah sepanjang cuti ni. Tapi kerja sekolah  memang bertimbun2 la. Rasa macam nak pengsan je memikirkannya.Hmmm..daripada mengeluh baik siapkan je kan..haha..

Huh...exam pun baru tamat.Tapi......aku tak boleh duduki exam subjek yang aku miss. Jadi jawabnya aku akan berada dikelompok terbawah la dalam kedudukan dalam tingkatan untuk exam ni.Tapi nak buat macam mana.tu takdirnya tak boleh nak buat apa..aku memang tak teringin nak tahu 'result' exam aku..tapi ramai yang tertunggu2 nak dapat 'result'.

Kenyataan Dr Mohd Asri Berhubung Isu Nama Allah

Saya bukan jawatankuasa PAS, atau orang Kelantan, namun bagi saya sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham.

Saya telah tulis isu ini lebih setahun yang lalu dalam artikel saya yang disiarkan dalam MM bertajuk BEZA ANTARA MEREBUT NAMA ALLAH DAN MEMPERTAHANKAN AKIDAH. Saya telah kemukakan hujah dan alasan bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan ‘Allah’. Al-Quran dan Sunnah membenarkannya. Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik.

Monday, March 9, 2009

Bicara Hatiku: Antara Kita Dan Orang Lain

Assalamualaikum....

Rasa teringin lagi nak berbicara pasal hati aku ni. Haha.. Kali ni soal antara kita dan orang lain pula. Ada orang tanya aku kenapa orang suka mengata pasal dia. Jawapan aku pada dia ‘simple' je. Kalau tak ada orang mengata tu bukan kehidupan namanya. Lumrahnya orang memang akan sentiasa ada orang mengata pasal kita sama ada kita sedar ataupun tidak.

Cuma kadarnya yang berbeza. Ada yang kena mengata dengan hebat, ada yang sikit2 je. Itu bergantung pada sejauh mana penampilan dan keperibadian dia. Kalau dia seorang yang terkenal dan popular di tambah pula bagus berbanding orang lain, maka lebih hebatlah kritikan dan kata2 yang dilemparkan oleh orang lain. Cuma kata2 yang lahir daripada mulut orang tu sama ada kritikan yang membangun atau rasa tak puas hati pada dia.

Saturday, March 7, 2009

Bicara Hatiku: Huh..Itulah Kehidupan Namanya

Assalamualaikum..

Sudah lama rasanya diriku ini tidak berbicara dalam teratak blog aku ni. Mungkin rasa malas nak taip cerita panjang lebar agaknya. Rasa teringin pula untuk menabur secebis kata2 bicara hatiku yg terpendam sekian lamanya. Alhamdulillah aku masih diberi peluang oleh ALLAH 'Azza Wa Jalla utk meneruskan kehidupan di dunia yg sementara ini.

Aku merasakan saat-saat inilah merupakan masa paling mencabar dalam hidupku setakat ini. Segalanya bermula pada awal bulan Februari yg lalu iaitu pada penghujung cuti persekolahan sempena Tahun Baru Cina. Aku seakan hilang semangat utk belajar secara tiba-tiba. Kalau istilah org cakap "tiba2 je down" bahkan semangat aku utk meneruskan kehidupan juga mendapat nasib yg sama. Kalau org tanya aku kenapa ia jadi begitu..jawapanku hanya ALLAH yg tahu. Aku tak boleh nak jawab la.