Saturday, September 25, 2010

Kepalsuan hadith - Bercakap soal dunia dalam masjid

Oleh: Ustaz Adlan Abd. Aziz

Apabila abang saya, Hafiz Abd.Aziz menghantar satu gambar melalui telefon bimbit, saya agak terkejut bercampur kecewa. Kenapa? Kerana gambar tersebut adalah gambar satu tulisan yang digantung di salah sebuah masjid dan tulisan itu merupakan sebuah hadith palsu! Mari kita lihat bersama apa kata ulama hadith zaman berzaman tentang hadith yang disangka benar dan sahih dalam kalangan sebahagian masyarakat ini.

Hadith tersebut berbunyi:

"Sesiapa yang berkata-kata tentang perkara dunia di masjid, Allah hapuskan pahala amalannya selama 40 tahun."

terdapat juga satu lagi hadith palsu yang hampir sama maksudnya berbunyi:

"Berbual di masjid memakan pahala seperti binatang liar memakan rumput"

Adakah benar ada hadith sebegini dalam buku-buku hadith utama? Adakah ia hadith yang benar-benar sahih daripada Rasulullah s.a.w.? Sebahagian pembaca mungkin akan menjawab...saya tak tahu tapi rasanya saya pernah baca/dengar. Ini jawapan biasa kita temui. Hakikatnya kita 'tidak tahu'. Elok kita bertanya kepada yang tahu atau mencari dalam khazanah ilmu agar kita akan berpindah dari status 'tidak tahu' kepada 'tahu'.

Thursday, September 16, 2010

Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2010

Negeri Terengganu

Bahasa Melayu [K1] [K2]
Bahasa Inggeris [K1] [K2]
Pendidikan Agama Islam [K1] [K2]
Matematik [K1] [K2]
Matematik Tambahan [K1] [K2]
Sejarah [K1] [K2]
Fizik [K1] [K2] [K3] [ Skema ]
Kimia [K1] [K2] [K3]
Biologi [K1] [K2] [K3]
Sains [K1] [K2]
Pengajian Awam [K1] [K2]
Pengajian Elektrik [K1] [K2]
Pengajian Mekanikal [K1] [K2]
Tasawwur Islam [K1] [K2]
Pendidikan Seni Visual [K1] [K2]
Perdagangan [K1] [K2]
Prinsip Akaun [K1] [K2]

Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2010 - Negeri Perlis

Bahasa Arab Tinggi [ K1 ] [ K2 ] SKEMA [ K1 ] [ K2 ]
Bahasa Inggeris [ K1 ] [ K2 ] [ SKEMA ]
Bahasa Melayu [ K1] [ K2 ] [ SKEMA ]
Biology [ K1 ][ K2 ] [ K3 ]  [ SKEMA ] [ K1 ] [ K2 ] [ K3 ]
Ekonomi Asas [ K1 ] [ K2 ] [ SKEMA ]
Ekonomi Rumah Tangga [ K1 ] [ K2 ][ SKEMA ]
Physics[ K1 ] [ K2 ] [ K3 ] [ SKEMA ]
Chemistry [ K1 ] [ K2 ] [ K3 ] [ SKEMA ] [ K1 ] [ K2 ] [ K3 ]
Mathematics [ K1 ] [ K2 ] [ SKEMA ] [ SKEMA ]
Additional Mathematics [ K1 ] [ K2 ] [ SKEMA ] [K1 ] [ K2 ]
Pendidikan Islam [ K1 ] [ K2 ] [ SKEMA ]
Pendidikan Seni Visual [ K1 ] [ K2 ] [ SKEMA ] [ K1 ] [ K2 ]
Perdagangan [ K1 ] [ K2 ] [ SKEMA ]
Prinsip Perakaunan [ K1 ] [ K2 ] [ SKEMA ]
Sains [ K1 ] [ K2 ] [ SKEMA ]
Sejarah [ K1 ] [ K2 ] [ SKEMA ] [ K1 ]

*Skema akan dimuat turun dalam sedikit masa lagi. Harap maklum..

Saturday, September 4, 2010

Jemputan Buat Yang Sudi







Oleh: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil











“Nak masuk Syurga?” seorang penyoal menyoal.

“Ada ke orang yang tidak mahu ke Syurga?” yang disoal kehairanan.

“Ada!” jawab penyoal.

“Siapa?” yang ditanya pula bertanya.

“Siapa yang mentaati Nabi, masuk ke Syurga. Siapa yang mendurhakai baginda, itulah orang yang tidak sudi. Tidak kepingin mendamba Syurga” balas sang sahabat.

Friday, September 3, 2010

Wajibkah Solat Jumaat Pada Hari Raya?

Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Berlaku tanda tanya dalam kalangan umat Islam tentang benarkah jikalau hari raya berlaku pada Hari Jumaat maka sesiapa yang menunaikan Solat Hariraya tidak wajib lagi untuk dia menunaikan Solat Jumaat.

Para fuqaha (sarjana Fekah) berbeza pendapat dalam hal ini. Di kalangan ulama, terutama dalam Mazhab Hanbali menyatakan tidak wajib Jumaat untuk makmum yang sudah menghadiri solat Hariraya, kecuali imam.