Saturday, March 31, 2012

Menuju ke Pelabuhan Akhirat…

Ketika diri ini mencoretkan post ini, terfikir-fikir nak letak tajuk apa la yang sesuai. Maka, dipilihlah tajuk ini. Sebenarnya, aku terkenang semula pemandangan pantai di Cherating, Pahang ketika join Peer Tutor Training Camp bulan lepas. Yang teringat ni bukan apa, sebab tengok pemandangan sawah padi dan bukit bukau di Perlis ni.

Yeah..  Sepanjang kem tu, aku mesti tersenyum tatkala melihat pemandangan pantai dengan ombak bergelora. Langit yang kebiru-biruan. Aku pasti terbayang yang kita berada di atas satu bahtera yang bernama kehidupan; menuju ke Pelabuhan Akhirat.

Dalam perjalanan ke ‘final destination’ itu, ombak yang bergelora sering menerpa disertai cuaca tak menentu dengan macam-macam dugaan dan masalah, yang kadang-kadang membuatkan bahtera itu tersasar daripada laluan yang sebenar.

Friday, March 23, 2012

Bingkisan Ringkas Buat Pelajar Lepasan SPM…

Dua tiga hari ini, kita kerap mendengar ramai orang yang berbicara berkenaan keputusan SPM yang baru saja diumumkan. Ada yang seronok dengan kejayaan yang dicapai, tidak kurang juga yang sedih kerana tidak mendapat apa yang diharapkan.

Alhamdulillah, mabruk ‘alaikum jami’an! Tak kisah apa jua yang antum peroleh, diri ini mengucapkan tahniah. Bagi yang peroleh ‘kejayaan’, moga-moga momentum yang baik ini berterusan hinggalah ke akhir hayat. Jangan syok sendiri sangat, kerana tak kurang juga yang berjaya dalam SPM namun ‘kecundang’ pada peringkat yang lebih tinggi.

Bagi yang kurang ‘berjaya’, usah bersedih hati & kecewa yang melampau. Nak rasa sedih dan kecewa itu, memang lumrah insani untuk berasa sedemikian jikalau kita tak dapat apa yang kita inginkan. Namun, ketahuilah, berapa ramai yang keputusan SPM kurang cemerlang, tetapi akhirnya hidupnya tetap berjaya dan bahagia!

Friday, March 2, 2012

Bersahabat Biarlah Sampai Ke Syurga..

Ungkapan yang sedap namun maksudnya bisa ditafsir dengan pelbagai. Memandangkan kekangan masa yang ada, jadi ingin diri yang kerdil ini mencoretkan secara ringkas berdasarkan satu perspektif akan kepentingan bersahabat, yang ingin disebutkan dalam coretan ini, sahabat sebagai penyokong.

Semua sedia maklum bahawa sahabat ialah golongan yang mana kita banyak meluangkan masa bersama. Maka, ada dikatakan, untuk mengenali siapa kita, maka lihatlah siapa sahabat kita. Pernah dengar kan?

Oklah… Back to the topic. Ingin menarik perhatian di sini, berkaitan Sirah Nabi Musa ‘Alaihi Salam, dalam membicarakan soal ini.