Friday, January 22, 2010

Carta Top 30 Memoriku Di SMKAA (2)

Berikut adalah sambungan “Carta Top 30 Memoriku di SMKAA” yang lebih diingati berbanding events sebelum ini.

No 20 : Semasa aku form 1, aku dipanggil oleh seorang guru bahasa inggeris untuk test bagi jadi pelapis untuk mewakili sekolah dalam pasukan debate..aku nak masuk debat? Dalam BI pula tu? Huh...pelik tetapi benar...”sorry I am not interested!” Heee....

No 19 : Sejak mengenali 2 insan yang pernah disebut dalam carta lepas, aku mula jadi pelawat setia bilik guru, iaitu semasa form 2..maksudnya selalu pergi ke sana dan berborak dengan cikgu dan atas urusan juga la..so boleh kata kenal semua cikgu la...huhu..

No 18 : Semasa form 2, aku kerap kali mengunjungi makmal komputer..boleh kata jadi kaki makmal komputer la...selalu pergi surf internet selain tolong cikgu buat website sekolah..”tahun bilik komputer!” huuhu...

No 17 : Aktiviti lepasan PMR memang bosannn...yang paling geramnya nak ingat aktiviti ni sebab masa pergi lawatan yang sepatunya ke kilang gula dan Padang Besar, namun lepas pergi ke kilang gula, terus balik ke sekolah tapi dijelaskan sebab tak pergi ke PB..tapi sabar saja la..malas nak tanya cikgu..lagipun cikgu2 yang pergi tu pun semuanya lelaki..barangkali tak minat shopping agaknya...hmm...

No 16 : Aku pernah menasihati seorang pelajar form 4 yang dapat tawaran ke KISAS, tetapi selepas itu entah kenapa emaknya hantar mesej kepada aku dengan penuh sindiran...”Tahniah kerana anta berjaya mempengaruhi anak saya untuk tak pergi ke KISAS.......” . Aku tak pengaruhi dia supaya pergi ke tak, memang bagiku aku lagi setuju dia stay saja tapi terserah kepada dia sebab dua2 ada pro kontranya dan at last dia pergi juga ke sana...

No 15 : Aku pernah tolong kawanku yang ditimpa kemalangan..dan beritahu cikgu agar pindahkan dia ke kelas aku agar dia tak bergaul rapat dengan pelajar2 yang bersikap negatif..namun akibat silap aku menaip ayat dalam mesej aku kepada cikgu yang berkenaan..aku terpaksa terima tamparan dengan kata-kata yang memang menyakitkan hati oleh cikgu disiplin..sebab apa? Sebab ayat aku dalam mesej tu seolah2 aku mengarah cikgu tu...huhh...

No 14 : Best oo...semasa form 1, tengok pengetua Ust Abdul Hadi Harun sepak orang yang buat kesalahan disiplin semasa assembly..ganas juga dia ...tapi mungkin macam tu agaknya nak ajar budak zaman sekarang..tegas! tapi lepas tu datang pengetua lain yang agak cool dan tak tegas..bagi aku la..tak best..pernah jumpa beliau untuk bincang untuk laksanakan peraturan yang lebih tegas..tapi dia buat macam tak minat jee...aku berharap sangat SMKAA terima pengetua perempuan..[ elok dah keluar baru datang! ]

No 13 : First time aku mengajar satu kelas..selama ni aku ajar pun tak la seramai ni..satu kelas 26 orang..ajar add math tajuk 'motion along a straight line'..cikgu aku tak mahu ajar dan minta tolong aku ajar..kenapa yaa? Entah..tak berani tanya sebabnya...huhu...sebab nak ajar ni laa aku buat nota untuk tajuk tu padahal aku tak cadang pun buat modul nota add math form 5..

No 12 : Aku terima tawaran untuk ke SBP Integrasi Kubang Pasu..sekolah tu bagus juga dari segi environment dia..aku memang dah bercadang nak tinggalkan ke SMKAA dan pergi ke sana..dan memang ada org sebar2kan khabar angin aku nak ke situ..ada sehari aku tak pergi sekolah dan pakat kata aku pergi buat medical check-up..namun at last tak jadi selepas difikirkan beberapa perkara..first aku bercadang nak balas jasa cikgu2 aku yang didik aku selama ni dan tolong org lain...secondly aku tengok kebanyakan reaksi org sekeliling aku terutama cikgu2 tak mahu aku pindah dari SMKAA(tak tahu kalau syok sendiri)..thirdly ada org kata 'kalau nak pindah pun kena fikir perasaan cikgu2 yang didik kita selama ni'..akhirnya aku dahulukan org lain daripada hasrat diri sendiri.Tak menyesal tak pergi sana cuma rasa sedih tak dapat tunaikan hasrat sendiri dan berasa environment sekolah tu...hee...still simpan sampai sekarang surat offer tu...

No 11 : Aku terima ugutan daripada ‘golongan’ yang tidak diketahui..dipercayai geng2 yang terlibat dengan masalah disiplin..aku ni busy body dengan kelakuan diorang ke? Haha...macam2 boleh ditafsir...aku bukan pengawas lagi masa tu..aku tahu ugutan tu barangkali Cuma nak menggertak aku saja..hee..

Itulah 10 events yang terus kekal dalam ingatan aku..tunggu yaa..untuk top 10 memorable events yang paling ‘hebat’ barangkali sepanjang aku di SMK Agama Arau....huhu...

1 comment:

rabiatul said...

hekhek..kesian gak cm penglman sye dlu2 jerkk..
slama begelar pengawas skema..huhutpi best bla ingat2 blik..
no.15 n 16 tu tak tahann..kesiannn..sabaq noh..heeee