Monday, December 1, 2008
Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” - Bahagian 1
Setelah beberapa peristiwa yang pasti tidak akan dilupakan oleh Ahmad Aiman yang berlaku dalam kehidupannya, bagi Aiman dia tidak pernah berasa serik untuk melakukan kebaikan terhadap semua orang dalam hidupnya termasuklah para pelajar tingkatan 3 di sekolahnya meskipun tindakannya itu dipandang serong oleh orang lain.
Sahabat-sahabat Aiman pula menasihatinya supaya menjauhkan diri daripada para pelajar tingkatan 3 setelah apa yang berlaku.
"Hang jauhkanlah diri daripada para pelajar tingkatan 3 tu.Usahlah bantu diorang atau berikan apa-apa pada diorang kerana diorang bukannya tahu untuk menghargai apa yang hang telah lakukan untuk diorang", kata Faiz.
"Adakah kita melakukan kebaikan adalah untuk dihargai dan disanjung? Biarlah diorang tidak hargai apa yang aku telah lakukan untuk diorang. Aku tidak kisah pun. Lagipun apalah sangat yang aku telah lakukan untuk diorang, aku pun tidak berapa nampak apa yang aku lakukan untuk diorang. Namun bagiku, aku memang takkan bersikap mementingkan diri sendiri", jawab Aiman kepada Faiz.
"Tapi ada orang kata hang bersikap mementingkan diri sendiri", balas Faiz.
"Betulkah? Hmm... Aku sudah cuba melakukan yang terbaik untuk semua orang dalam hidup aku. Jadi aku tidak kisah apa yang orang hendak kata. Lagipun kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Biarkan saja apa yang orang hendak kata tentang kita", jawab Aiman.
"Oh..bagusnya hang ni. Susah hendak jumpa insan seperti hang", balas Faiz.
"Apalah yang bagusnya? Setiap insan dikurniakan kelebihan dan kekurangan. Dalam kelebihan yang dimiliki pasti ada kekurangan. Begitu juga dalam kekurangan yang dimiliki pasti ada kelebihan", kata Aiman lagi.
"Pandainya sahabatku ini berkata-kata, merendah diri pula tu. Patutlah dalam profil ‘friendster' hang ada tulis nama ‘ordinary guy' siap dengan ‘lay-out' yang memang ‘matching' betul. Huhu..." kata Faiz.
" Yelah tu. Bosan juga kelas kita ini sunyi sepi semacam saja kalau tiada guru yang masuk. Rasa seperti tidak harmoni saja. Jom pergi ke bilik guru untuk berjumpa dengan Ustaz Mohd Asri", ajak Aiman.
"Khairul, jom pergi ke bilik guru", kata Faiz kepada Khairul.
Belum pun sempat Aiman, Faiz dan Khairul keluar dari kelas mereka, kelihatan kelibat seorang pelajar tingkatan 2 datang ke kelas mereka. Pelajar tersebut dikatakan hendak berjumpa dengan Aiman.
Mengapakah pelajar tersebut hendak berjumpa dengan Ahmad Aiman?
Bersambung.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment