Wednesday, December 10, 2008

Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” - Bahagian 8

Ketika Aiman dalam perjalanan ke Masjid Alwi untuk menunaikan Solat Asar, dia mendapati terdapat sekumpulan insan yang sedang mengekorinya.Dia berasa aneh melihat kelibat insan-insan yang mengekorinya itu namun dia tidak mengendahkannya.Ketika Aiman melalui sebuah bangunan kecil, insan-insan yang mengekorinya itu tiba-tiba bergegas berlari menghampirinya lalu mengepungnya.

Aiman sememangnya terkejut dengan tindakan kumpulan insan tersebut.Aiman bertambah terkejut apabila mereka menyebut nama adik angkat Aiman kepadanya sambil bertanya kepada Aiman mengapa dia suka mengganggu hidup para pelajar tingkatan 3.Aiman bertindak dengan hanya mendiamkan diri tanpa berbicara dengan kumpulan insan tersebut.Tindakan Aiman itu menyebabkan mereka naik bengang lalu memukul kepala Aiman dengan sebatang kayu yang panjang.Aiman berasa begitu sakit tatkala kepalanya dipukul dengan kayu walaupun pukulan tersebut tidak begitu kuat.Aiman cuba untuk melawan balik serangan mereka yang dilihatnya ingin mencederakannnya lagi namun dia membatalkan niatnya itu setelah melihat sebilah pisau dipegang oleh salah seorang daripada mereka.

Ketika mereka cuba untuk mencederakan Aiman lagi, tiba-tiba datang seorang pemuda dan ternampak kejadian tersebut lantas menjerit kepada kumpulan insan tersebut sehingga menyebabkan kumpulan insan tersebut lari bertempiaran.Kemudian pemuda tersebut mendekati Aiman yang terduduk sambil memegang kepalanya yang masih terasa sakit.

"Terima kasih abang kerana menyelamatkan saya daripada terus dibelasah.Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH ‘Azza Wa Jalla atas pertolongan abang.Apa nama abang?", tanya Aiman.
"Sama-sama.Nama abang Muhammad Ikmal Bin Arpan.Eh..Adik tak apa-apa ke?", kata Ikmal.
"Alhamdulillah, saya baik-baik saja.Cuma kepala saya terasa sakit sikit",kata Aiman.
"Abang rasa adik kena buat laporan polis tentang kejadian ini walaupun adik tidak cedera parah.Jom ikut abang pergi ke Balai Polis IPD Kangar",kata Aiman.
"Eh..tak payahlah.Saya tidak mahu membesar-besarkan hal ini.Walaupun saya tak apa-apa kan",kata Aiman.
"Adik ni, jangan meremehkan hal serius seperti ini.Mana kita tahu nanti mereka datang belasah adik pula.Tapi tak mengapalah,jika itu yang adik mahukan, abang tak boleh kata apa-apa",kata Ikmal.
"Oklah abang.Saya hendak ke masjid ni.Waktu Solat Asar pun pun dah nak masuk",kata Aiman.

Pada malam tersebut, Aiman mengenangkan apa yang telah berlaku pada dirinya selain memuhasabah dirinya dan merintih kepada ALLAH ‘Azza Wa Jalla.Akhirnya, Aiman sedar bahawa dia telah membiarkan rasa sedih dan kecewa menguasai dirinya sehingga menyebabkan pelajarannya terganggu.Dia berasa dirinya memang bodoh kerana tidak mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan selain sengaja tidak menjawab soalan peperiksaan dengan sebaiknya.Dia menyangka Aisyah begitu baik dan memang menjaga batas pergaulannya dengan lelaki bukan mahram,namun ternyata dia silap. Aiman juga sedar kerana dia sepatutnya yakin bahawa dia akan menemui seorang wanita yang lebih baik daripada Aisyah.Kini Aiman berazam untuk menjawab dengan sebaik mungkin bagi kertas-kertas peperiksaan bagi minggu terakhir ini dan menjadikan perkara ini.

Untuk kertas-kertas peperiksaan bagi minggu terakhir, Aiman berasa bersyukur kerana dia dapat menjawab dengan tenang dan sebaiknya berbanding kertas-kertas peperiksaan bagi minggu pertama dan kedua.Namun dia berasa keputusannya akan tetap teruk kerana banyak kertas yang penting tidak dijawabnya dengan sebaiknya.Aiman cuma bertawakkal kepada ALLAH ‘Azza Wa Jalla yang berkuasa atas segala sesuatu.

Ketika Aiman sedang melayari Internet dan melayari laman web ‘Friendster', dia mendapat mesej daripada seorang pengguna yang menggunakan nama ‘Katak Pisang'.Insan tersebut menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap Aiman yang sering melaporkan kesalahan disiplin sahabat-sahabat kumpulannya kepada Sir Ahmad Tarmizi dan Teacher Amelia selain mengatakan sesuatu seperti mengugut Aiman untuk membelasahnya.

Selain itu, Aiman juga mendapati insan tersebut turut membuat ‘group' bernama ‘Badan Pengawas Katak Pisang SMKA Umar Abdul Aziz' yang turut terkandung logo sekolahnya yang disifatkannya ingin memburuk-burukkan nama badan pengawas sekolahnya selain mencemarkan imej dan nama sekolahnya.

Keesokan harinya Aiman menceritakan tentang hal tersebut kepada Faiz.Faiz sememangnya terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Aiman lalu mengatakan sesuatu kepada Aiman.

Apakagh yang dikatakan oleh Faiz kepada Ahmad Aiman?
Bersambung.....

No comments: