Aiman sedang termenung di bawah pohon yang rendang sambil memikirkan tentang dirinya yang dilihat seolah-olah terumbang-ambing dalam bahtera kehidupannya.Tiba-tiba dia ternampak seorang gadis yang mana rupa-rupanya gadis itu ialah Aisyah, sahabat lamanya yang tidak ditemuinya sejak sekian lama.Aiman terpegun melihat Aisyah yang sudah berubah dan sungguh berbeza dengan perwatakannya pada satu masa dahulu.Aisyah kini bertudung labuh dan memakai pakaian yang labuh dan sopan, tidak seperti dahulu.
Cinta itu cahaya sanubari, kurnian Tuhan fitrah insani, dan dimana terciptanya cinta disitu rindu bermula, semua kerana cinta yang manis pahit dirasa, dan jangan kita pula kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta tergadai semua maruah agama, cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi dan cinta cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan.Itulah bait-bait lirik lagu Kerana Cinta nyanyian Inteam dan Mestica.Aiman berasa dirinya telah jatuh hati kepada Aisyah.Dia berasa tenang melihat perwatakan Aisyah.Di samping itu,Aisyah turut terkejut melihat Aiman yang berada di situ.
"Assalamualaikum, Aiman kan? Lama tak jumpa", tegur Aisyah.
"Waalaikumussalam.Ya, saya Aiman.Aisyah kan?Memang lama pun tak jumpa.Awak belajar di mana sekarang?", tanya Aiman.
"Ya,saya Aisyah.Sekarang saya belajar di SMK Agama Fatimah Az Zahra'. Awak belajar di SMK Agama Umar Abdul Aziz kan?", kata Aisyah.
"Ya,tahu pula ek.Hehe..oklah saya minta diri dulu",kata Aiman.
Bila keyakinanku datang, kasihku bukan sekadar cinta, pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan.Itulah bait-bait lirik lagu Ayat-Ayat Cinta nyanyian Rossa tentang kehadiran rasa cinta.Sejak Aiman bertemu Aisyah, dia seringkali juga teringatkan Aisyah.Aiman merasakan hal ini mungkin kerana dia sudah jatuh cinta kepada Aisyah.Walau bagaimanapun, dia berjanji dengan dirinya untuk tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya termasuklah ‘couple'.Aiman sememangnya dikenali sebagai seorang yang anti-‘couple'.
Peperiksaan akhir tahun kian menjelang tiba.Untuk peperiksaan kali ini, Aiman telah membuat satu perjanjian dengan dirinya bahawa dia mesti mendapat sekurang-kurangnya 6A dan menduduki sekurang-kurangnya tempat ke-7 iaitu dalam kelompok satu perempat teratas dalam kelasnya.Sekiranya dia gagal mendapat 6A, dia akan behenti menggunakan talefon bimbit sehingga berakhirnya SPM manakala sekiranya dia gagal menduduki sekurang-kurangnya tempat ke-7, dia akan berhenti melayari laman komuniti ‘Friendster' sehingga berakhirnya SPM.Aiman berharap dengan adanya perjanjian ini dia berasa tercabar untuk mengulangkaji pelajar bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun.
Di ambang peperiksaan, perasaan yang lahir dalam naluri Aiman terhadap Aisyah kian menjadi-jadi.Akhirnya Aiman membuat keputusan untuk meluahkan perasaannya kepada Aisyah.Namun ia cuma untuk menenangkan dirinya dan bukan untuk menjalinkan hubungan atau dalam kata lain 'couple' dan sebagainya.Sekiranya Aisyah turut menyimpan perasaan terhadapnya, mereka boleh berjanji untuk berkawan dahulu sehingga tamat belajar dan jikalau terdapat jodoh antara mereka, maka tentulah mereka akan berkahwin.
Belum pun sempat Aiman meluahkan perasaanya kepada Aisyah, ditakdirkan oleh ALLAH ‘Azza Wa Jalla Aiman ternampak Aisyah sedang duduk berdua-duaan dengan seorang pemuda di sebuah taman.Hatinya ibarat dicucuk dengan jutaan jarum disamping berasa hatinya ibarat sudah hancur tatkala melihat apa yang tidak disangka-sangkanya itu.Perasaan sedih dan kecewa mengambil tempat utama dalam benak kalbunya sehingga Aiman menbuat keputusan untuk tidak mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun.
Akhirnya ketika menghadapi minggu pertama peperiksaan, Aiman memang tidak dapat menjawab dengan baik kerana perasaan sedih dan kecewanya masih menyelubungi dirinya ketika dia menjawab soalan peperiksaan.Apabila sahabat-sahabatnya bertanya tentang peperiksaan, Aiman pasti akan mejawab keputusannya tentu akan lingkup.
Pada suatu hari, Aiman pergi ke perpustakaan awam di Kangar untuk membuat latihan Matematik Tambahan walaupun masih diselubungi perasaan sedih dan kecewa.Sebelum pulang ke rumahnya, Aiman pergi ke Masjid Alwi untuk menunaikan Solat Asar Ketika dia dalam perjalanan ke masjid, dia mendapati terdapat orang yang sedang mengekorinya.
Siapakah yang sedang mengekori Ahmad Aiman?
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment