Saturday, December 20, 2008

Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” - Bahagian Akhir

Aiman keliru dan berasa samar akan pendiriannya sama ada dia ingin meletakkan jawatan sebagai seorang pengawas sekolaha ataupun tidak.Setakat ini, dia berhajat untuk terus memegang jawatan pegawas sekolah hanya kerana markah merit yang akan diperoleh bagi pelajar yang menjadi pengawas sekolah.Aiman tidak kisah biarpun Asyraaf sudah tidak melayannya lagi seperti dahulu.



Semasa cuti sekolah, Aiman tidak menghadirkan diri ke bengkel cuti sekolah yang diadakan di sekolahnya kerana Aiman dan keluarganya pulang ke rumah datuknya di Perak apabila mengetahui datuknya masuk ke hospital akibat tulang kaki yang retak dan perlu dibedah.Aiman diminta oleh ayahnya agar tetap berada di rumah datuknya bersama ibunya dan adiknya sementara ayahnya perlu pulang ke Perlis atas urusan kerja.Dikala Aiman berasa bosan, dia bersembang dengan Faiz untuk menghilangkan rasa bosannya.
"Bagaimana dengan kisah percintaan hang?",tanya Faiz.
"Amboi bukan main lagi soalan dia",jawab Aiman.
"Ala..jawab sajalah",balas Faiz.
"Hmm..tiada apa-apa perkembangan pun.Si dia cuma bersama kekasih yang dia suka itu dan aku tidak akan sesekali meluahkan perasaan aku sampai bila-bila pun.Aku yakin aku akan bertemu dengan muslimah yang lebih baik dan lebih aku suka daripada dia",kata Aiman.
"Siapakah si dia itu?",tanya Faiz.
"Sorry, it is secret. I will never tell anybody on it. Anyway, study comes first before love",kata Aiman.
"Amboi..'speaking' pula sahabat aku ni",kata Faiz.

Aiman berasa bosan kerana dia tidak membawa sebarang buku untuk mengulangkaji pelajaran kerana dia pulang ke rumah datuknya dalam keadaan kelam kabut.Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengarang cerpen untuk mejadi catatan bingkisan hidupnya untuk menjadi kenangan bagi dirinya ibarat sebuah diari kehidupan.Namun kandungan cerpen yang dikarangnya itu tidak semuanya benar dan dia sememangnya tidak berniat untuk mengutuk atau menghina sesiapa dalam cerpennya bahkan dia cuba sedaya upaya untuk menjaga sensitiviti semua orang.Aiman menyiarkan cerpennya itu di halaman blognya sejurus pulang ke Perlis selepas hampir dua minggu dia berada di rumah datuknya.

Di samping itu Aiman turut mengarang sebuah puisi berbahasa Inggeris untuk menceritakan perkara yang pernah bermain dalam fikirannya.Bagi Aiman, dia tidak kisah apa yang hendak orang lain katakan tentang cerpennya itu selain berharap cerpennya itu dapat memberikan pengajaran kepadanya dan semua orang yang membacanya bahawa kita tidak sentiasa gembira dalam meneruskan kehidupan ini. Kiasan hidup ibarat roda kekadang di atas di bawah di atas semula.Redha dan syukur atas ketentuan-NYA.Itulah bait-bait lirik lagu yang diminati Aiman bertajuk Melodi Bersama nyanyian Amar dan .

Selain itu, Aiman juga sentiasa mendoakan para pelajar tingkatan 3 di sekolahnya agar mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PMR yang mana keputusan tersebut akan diumumkan tidak lama lagi selain turut berdebar menantikan hari tersebut.Dia yakin dan sememangnya ingin melihat kejayaan yang cemerlang dicapai oleh semua pelajar tingkatan 3 itu.Disamping itu, Aiman menganggap tahun ini merupakan tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan bagi dirinya di samping banyak pengalaman baru yang diperolehnya pada tahun ini.

Aiman sering mengatakan pada dirinya tatlaka berseorangan diri pada malam hari yang hening dan syahadu bahawa dia harus ingat akan kesalahannya pada orang lain dan lupakan kesalahan orang padanya.Oleh sebab itu, bagi dirinya tiada sesiapa pun di dunia ini yang ada melakukan kesalahan padanya maka tiada sesiapa pun di dunia ini yang perlu memohon kemaafaan kepadanya. Selain itu, dia juga mengingatkan dirinya bahawa kata-kata dan kritikan orang yang menyakitkan hati kita itu pada hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita, yakni, semakin tinggi darjat dan posisi yang kita diduduki, maka akan semakin pedas pula kata-kata dan kritikan itu.Kita harus bersikap laksana batu karang, ia tetap kukuh berdiri meskipun diterpa butiran-butiran ombak yang menderanya setiap saat dan ia justeru semakin kukuh kerananya.

Dan apabila kita ingin diterima oleh semua pihak, dicintai oleh semua orang dan terhindar dari celaan, beerti kita telah menginginkan sesuatu yang mustahil terjadi dan mengangankan sesuatu yang terlalu jauh untuk diwujudkan.Bagi diri Aiman, tidak wujud istilah madu dibalas racun dalam dirinya kerana dia yakin segala yang berlaku pada dirinya pasti ada hikmah disebaliknya dan semuanya berlaku atas kehendak ALLAH ‘Azza Wa Jalla kepadanya sebagai ujian untuknya.

:: TAMAT ::

No comments: