Assalmualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.
Saya rasa terpanggil untuk memberikan komen saya tentang perkara-perkara yang dikaitkan dengan maxis.Mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan.Di sini saya 'copy' dan 'paste' mesej berita yang tersebar meluas dalam internet dan SMS yang tidak diketahui kesahihannya. Cuma yang saya pelik kenapa ramai orang sanggup 'forward' mesej tersebut sedangkan mereka tidak tahu akan kesahihannya.
"adakah anda pengguna maxis?? jika ya. truskan membaca msj ini.. jika tidak.. baca la gak.. penat aku tekan button send.. believe it or not.. aku pun was2.. slamat membaca.. Sebab2 perlu memboikot maxis: 1-maxis menyalurkan 10% keuntungan kpd IFC(pertubuhan kuffar di malaysia yg berkeras MEANGHANCURKAN ISLAM) 2-Ananda Krishnan melabur saham hotlink ke sebuahpusat judi terbesar,BINARIANG GENTING! 3-maxis ddapati menyalurkan bantuan ke india bagi membantu puak2 pelampau india disana yg berusaham'hapuskan UMAT ISLAM 4-maxis turut menaja maintainence bg penjagaan patung besar buddha di batu caves."jihad fisabilillah!!" GEMPAR! Gereja didalam UPM sedang dibesarkan...couple antara kristian&muslim semakin ramai.. sebarkan jika anda sayangkan islam..."
Tujuan saya memberikan komen ini bukan untuk mempertahankan atau membela maxis walaupun saya menggunakan rangkaian ini tetapi ingin memberikan pandangan saya tentang apabila timbul isu itu dan ini. Saya memegang prinsip bahawa apabila kita hendak katakan sesuatu hendaklah beserta bukti. tiada bukti maka orang lain sepatutnya tidak percaya akan perkara tersebut.Hal ini kerana bukti sangat penting. Saya ingin memberikan contoh kes pembunuhan.
Jikalau seorang yang tertuduh memang hakikatnya bersalah tetap pihak pendakwaraya tiada bukti kukuh bahawa mengatakan dia yg bunuh, hakim tidak akan kena hukuman terhadap tertuduh malah tertuduh akan bebas. Walaubagaimanapun di akhirat kelak tertuduh tetap akan terima hukumannya atas perkara yang dilakukannya. Cuma sama ada di dunia atau di akhirat.
Samalah juga dengan bab maxis ini. Masing-masing perlu bertanya naluri masing-masing sama ada dia percaya ataupun tidak. Kalau percaya, terpulanglah hendak guna maxis ataupun tidak atau apa. kalau tidak percaya pun tidak mengapa. Tetapi secara jujurnya, saya tidak pernah menyebarkan pasal ini kepada sesiapapun atau lebih senang kata 'forward' cerita tentang maxis ini pun kerana saya khuatir ia adalah palsu dan saya tidak mahu bersubahat dalam menyebarkan berita palsu. Kecuali ada bukti yang membenarkan apa yang dikatakan.
Setahu saya sudah beberapa tahun berita ini tersebar cuma baru-baru ini tiba-tiba saya seringkali mendapat berita itu lagi daripada teman-teman di 'Friendster' dan sebagainya. Saya tidak membacanya malah terus 'delete' kerana sudah naik muak membacanya tanpa ada bukti. Bagi sesiapa yang bukti tentang perkara ini, tolong berikan pada saya dan insya ALLAH saya akan percaya. Kalau tiada bukti usahlah menyebarkan sesuatu berita.
Persoalan saya, apakah rasionalnya kita perlu menyebarkan berita yang belum diketahui kesahihannya? Memanglah nampak kononnya untuk menyelamatkan Islam dan sebagainya, tetapi dalam Islam kita tidak patut menyebarkan perkara yang tidak diketahui kesahihannya. Sepertilah hukum syarak, kita perlukan dalil daripada Al Quran dan hadis untuk menentukan sesuatu hukum bukannya ikut suka sahaja. Tanpa dalil, maka hancurlah neraca kebenaran. Malah satu perkara yang kita perlu ingat, niat yang baik tidak dapat menghalalkan perkara yang haram. Contohnya mencuri untuk menolong orang lain. Menyebarkan sesuatu tanpa bukti berniat atas nama Islam.
Hal ini kerana nanti banyak perkara yang akan mudah orang percaya apabiladiberitahu itu dan ini. dan senang hati sahaja percaya tanpa usul selidik.saya memberikan pandangan ini bukan ingin mempertahankan maxis mahupun menyokong berita ini. Saya juga berprinsip kebenaran tetap menjadi kebenaran biarpun kebatilan yang ditegakkan. Jika berita ini tidak benar, bagi saya semua yang menyebarkannya telah memfitnah maxis dan semua yang disebut dalam berita itu sehingga menyebabkan reputasi rangkaian itu terjejas. Jika benar, tidak mengapalah. Saya terpanggil untuk memberikan pandangan kerana saya sudah bertanya kepada sebahagian yang menyebarkan berita itu kepada saya sama ada ia memang terbukti benar ataupun tidak, diorang jawab entah tidak tahu.
Sekali lagi saya mohon sesiapa yang bukti tentang maxis ini, tolong berikan pada saya dan insya ALLAH saya akan percaya akan berita ini. Kalau tiada bukti usahlah menyebarkan sesuatu berita. Tetapi secara jujurnya, naluri saya mengatakan ia tidak betul.
Sesiapa yang ingin membalas balik pandangan saya dipersilakan. Amat dialu-alukan kerana saya tahu setiap insan berbeza pandangan, Different body different opinion.
1 comment:
hm btul..mmg ssah nk percye klu xde bukti...hnya Allah sje yg maha mengetahui..
tp bru2 nie max sye xle gne coz de polem....
hehe sbenaye cdri yg bg pOlem..
Post a Comment