Friday, December 5, 2008

Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” - Bahagian 5

Ketika Aiman berjumpa Cikgu Khairul Anwar, Cikgu Khairul Anwar telah bertanya kepadanya sama ada dia boleh memberikan ceramah tentang subjek Matematik Tambahan kepada para pelajar tingkatan 3.

"Hmm.. Boleh tu Insya ALLAH memang boleh . Tetapi saya terfikir-fikir ramai dalam kalangan diorang akan kata saya cuba hendak mengganggu hidup diorang pula", kata Aiman.
"Kenapa kamu hendak peduli akan kata-kata diorang pula? Kita memang tidak boleh hidup tanpa orang mengata pada kita", balas Cikgu Khairul Anwar.

"Memanglah. Tetapi saya khuatir dengan adanya rasa tidak senang hati tu, ramai yang akan tidak hadir semasa Bengkel Kecemerlangan Matematik Tambahan tu. Jadi apa gunanya kita adakah program tersebut", kata Aiman.
"Cikgu yakin ramai juga yang akan jadir ke program tersebut. Kalau ada yang berfikiran kolot seperti itu, itu hanya dari golongan minoriti", balas Cikgu Khairul Anwar.
"Kalau begitu saya bersetujulah untuk memberikan ceramah kepada diorang. Kalau saya ajak beberapa orang sahabat saya untuk menjadi fasilitator, boleh tak?", tanya Aiman.
"Boleh, tiada masalah. Nanti sekiranya ada apa-apa hal cikgu panggil kamu lagi ok", kata Cikgu Khairul Anwar.

Bagi Aiman, dia befikir dia pernah menghampakan guru-guru demi para pelajar, pada kali ini dia tidak mahu mengulangi tindakan yang sama.Bulan Ramadhan Al Mubarak yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di serata dunia akhirnya datang lagi.Aiman dan sahabat-sahabatnya berazam untuk menjadikan puasa mereka pada tahun ini lebih baik dan berkualiti daripada Ramadhan pada tahun lalu.

Aiman pergi ke bilik guru untuk berjumpa Ustaz Mohd Asri yang mana ingin dijumpainya sejak sebelum cuti sekolah lagi.Dia ternampak keputusan peperiksaan percubaan PMR 2008 yang baru berlalu di atas meja guru-guru yang mengajar pelajar tingkatan 3.Aiman terkejut sambil kagum melihat keputusan yang dicapai oleh para pelajar tingkatan 3 terutama para pelajar Tingkatan 3 Abu Bakar, meskipun tiada sesiapa pun yang berjaya memperoleh keputusan 9A.Aiman juga menyifatkan keputusan tersebut sememangnya lebih baik daripada pencapaian para pelajar Tingkatan 3 Abu Bakar tahun lepas yang mana dia merupakan salah seorang daripadanya biarpun ada pelajar yang berjaya memperoleh keputusan 9A.Aiman membandingkan keputusan keseluruhan bukannya keputusan individu.

"Ha.. dah lama ustaz cari kamu. Kenapa kamu tidak datang menemui ustaz?", tanya Ustaz Mohd Asri.
"Saya minta maaf banyak-banyak, ustaz.Saya memang sibuk sampai tidak sempat untuk datang berjumpa ustaz",jawab Aiman.
"Oh, tidak mengapa. Ustaz faham.Bagaimana, kamu boleh tolong ustaz tak gubal kertas soalan peperiksaan Matematik Tingkatan 2 untuk peperiksaan akhir tahun nanti?Ini kira ustaz upah kamu la, bukan buat kerja kosong sahaja", kata Ustaz Mohd Asri.
"Insya ALLAH, boleh. Tiada masalah. Eh.. tak payahlah upah. Ustaz pernah mendidik saya jadi ini merupakan peluang saya untuk membalas jasa ustaz pada saya. Boleh tak saya letak soalan selain daripada dua buku ini?", tanya Aiman.
"Boleh, tiada masalah.Asalkan solan tersebut ada dalam sukatan Matematik Tingkatan 2.Kalau boleh tolong serahkan pada ustaz selewat-lewatnya hari Rabu nanti. Hal ini kerana ustaz perlu segera semak dan serahkannya kepada unit peperiksaan & penilaian", balas Ustaz Mohd Asri.
"Baiklah, insya ALLAH", kata Aiman.

Selepas itu Aiman mengambil buku yang diberikan oleh Ustaz Mohd Asri dan ingin pulang ke kelasnya. Tiba- tiba Teacher Amelia memanggilnya.

Mengapakah Teacher Amelia memanggil Aiman?
Bersambung.....

No comments: