Sunday, December 7, 2008

Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” - Bahagian 6

Ketika Aiman hendak beredar dari bilik guru untuk pulang ke kelasnya,Teacher Amelia memanggilnya secara tiba-tiba.

"Teacher dengar kata kamu bakal memberikan ceramah tentang Matem atik Tambahan kepada para pelajar tingkatan 3 dalam program lepasan PMR nanti.Betul ke?", tanya Teacher Amelia.
"Ya, betul.Ada pelajar tingkatan 3 yang memberitahu teacher ke?Saya bukannya ada menyebarkan hal tersebut kepada ramai orang melainkan kepada beberapa orang pelajar tingkatan 3", jawab Aiman.
"Diorang tidak memberitahu teacher.Sebaliknya teacher dapat tahu ketika mesyuarat guru berkaitan program lepasan PMR semalam",kata Teacher Amelia.

"Oh..Hmm..Saya tengok keputusan peperiksaan percubaan PMR baru-baru ini memang bagus walaupun tiada sesiapa pun yang mendapat 9A disamping ‘A' untuk Bahasa Inggeris.Saya rasa boleh dalam 35 orang pelajar tahun ini memperoleh keputusan 9A berbanding hanya 16 orang pada tahun lepas", kata Aiman.
"Ala..boleh mimpi sajalah sebanyak itu",balas Teacher Amelia.
"Manalah tahu kan kalau boleh sebanyak tu boleh menperoleh keputusan 9A.Oklah Teacher.Saya pulang ke kelas dahulu.Masa rehat sudahpun tamat dan saya perlu pulang segera ke kelas kerana selepas ini ada kelas Kimia pula",kata Aiman.

Di kelasnya, Aiman memberitahu sahabat-sahabatnya bahawa peperiksaan akhir tahun akan bermula lebih kurang 3 mingggu lagi iaitu pada 16 Oktober hingga 2 November 2008.
"Bagaimana hang dapat tahu bahawa peperiksaan akhir tahun akan bermula pada 16 Oktober nanti?",tanya Faiz.
"Aku ternampak jadual peperiksaan semasa aku pergi ke bilik guru tadi.Seperti biasalah hari pertama sudah tentunya peperiksaan bagi kertas 3 Kimia, Fizik dan Biologi",kata Aiman.
"Huh..ini yang membuatkan aku risau.Entah eksperimen apa yang akan ditanya nanti.Susahlah kita hendak menghafal semua eksperimen yang pernah dibuat",kata Khairul.
"Kita cuma perlu faham sesuatu eksperimen dan tahu apa bahan dan kaedahnya.Jadi tidak susahlah untuk menghafal semua eksperimen",balas Aiman.
"Masalahnya aku tidak faham sesetengah eksperimen.Jadi aku mesti hafal eksperimen tersebut tanpa memahaminya",kata Khairul.
"Sudah-sudahlah.Ayuh kita bergerak ke Makmal Kimia.Nanti Cikgu Asmira marah baru korang hendak tahu",kata Syazwan.
"Baik bos",balas Aiman.

Ramadhan yang telah pergi, Syawal pula kembali, tika mereka begembira bersama keluarga, di hari yang mulia di hari raya.Itulah bait-bait lirik lagu Tak Punya Siapa nyanyian Diana Naim.Hari Raya Aidilfitri menjelma setelah berakhirnya Ramadhan.Aiman menyambut kedatangan hari lebaran dalam serba kesuraman tatkala dirinya sedang menyusuri gelora dugaan yang mencabar.

Ketika Aiman sedang termenung di bawah pohon yang rendang di kampungnya, dia ternampak seorang gadis berjalan yang seperti dikenalinya.

Siapakah gadis yang dilihat oleh Ahmad Aiman?
Bersambung.....

No comments: