Saturday, November 1, 2008

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 8

Hazwan dan rakan-rakannya termasuk Adam terkejut melihat gambar yang ditunjukkan oleh Sir Ahmad Tarmizi.

Sir Ahmad Tarmizi: Kenapa kamu diam? Jawablah! Ha..Adam sebagai ahli baru, bolehkah kamu tolong jelaskannya bagi pihak pucuk pimpinan kumpulan kamu?
Adam: Kalau saya jawab, saya takkan berbohong. Tetapi memandangkan Hakimi sudah menjawabnya, maka saya mendiamkan diri sajalah.
Sir Ahmad Tarmizi: Saya cukup hairan dengan kamu semua.Kamu bakal menduduki PMR tak lama lagi namun masih terjebak dengan kegiatan yang tidak berfaedah ni. Bahkan berjaya ‘mengharumkan' nama sekolah dengan kes mencederakan pelajar. Bila kamu semua nak sedar? Bahkan pelajar yang kamu cederakan mahu kamu semua tidak dibicarakan.
Hazwan: Aiman tu sengaja nak tunjuk baik.



Sir Ahmad Tarmizi: Diam! Saya tak suruh kamu menjawab apa-apa. Dahlah cederakan orang, lepas itu suka bersangka buruk pula. Saya cuma ingin beri amaran pada kamu semua supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang akan membuatkan kamu boleh bisa dibuang sekolah. Kamu tu pelajar dan tugas utamanya adalah untuk belajar. Bukannya merokok atau mencederakan orang. Sudah! Kamu semua boleh keluar.

Maka selepas itu Hazwan dan rakan-rakannya pun keluar dari bilik Sir Ahmad Tarmizi.

Hakimi: Tak guna punya Aiman.Dia telah menyebabkan kita dihentam oleh Sir Ahmad Tarmizi dengnan hebat.Rasa macam hendak ambil pisau dan tikam dia sepuas-puasnya pula.
Adam: Ish.. hang niUsahlah berdendam pula.
Hazwan: Kenapa hang ni nak membela dia pula?
Adam: Bukan nak membela tapi entahlah nak kata macam mana.
Hakimi: Ala.. tak tahu nak kata macam mana konon. Kata sajalah bahawa hang memang nak membela si Aiman tu.

Kemudian mereka ternampak Aiman berjalan seorang diri menuju ke bilik Sir Ahmad Tarmizi.

Hadi: Woi manusia yang bermuka-muka, usahlah nak tunjuk baik.Buang masa saja.Macamlah kami nak tertipu dengan sandiwara hang.
Aiman: Terpulang pada korang la nak kata apa.Itu hak korang.Aku tak mahu komen apa-apa.Cuma ingatlah bahawa setiap perbuatan pasti ada balasannya.
Hakimi: Memang pun.Hang tunggu sajalah balasan untuk perbuatan hang yang memang tak guna tu.
Aiman: Aku akan terima balasan atas apa yang aku lakukan. Korang usah risau tentang tu.Korang patut ambil berat tentang perbuatan korang.

Hazwan yang geram ingin menumbuk Aiman namun Sir Ahmad Tarmizi ternampak tindakannya itu.

Sir Ahmad Tarmizi: Korang ni tak faham bahasa ke?
Aiman: Tak ada apa-apalah cikgu.
Sir Ahmad Tarmizi: Aiman, masuk bilik saya.

Aiman pun masuk ke bilik Sir Ahmad Tarmizi untuk membincangkan sesuatu.

Hazwan: Eee..geramnya aku tadi. Kalau tak memang dia dah kena dengan penumbuk aku namun dia bernasib baik kerana Sir Ahmad Tarmizi nampak.
Hadi: Biarkan jelah dia.
Hakimi: Mana boleh biarkan dia seperti itu sahaja. Dia mesti diajar cukup-cukup.
Adam: Ish..sudahlah tu. Korang pergilah balik ke dewan. PMR tinggal beberapa hari sahaja lagi. Mana boleh ponteng kelas anjal. Aku pun nak balik ke kelas. Nanti lepas waktu persekolahan kita jumpa lagi.
Hakimi: Ok.

Masa berlalu begitu pantas. Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu oleh calon PMR setelah sekian lama akhirnya menjelma juga.

Amar: Huh.. berdebarnya hati aku nak menduduki peperiksaan besar ni.
Aiman: Ala.. biasalah tu. Lumrah bagi setiap insan. Cuma jangan sampai panik pula.
Akmal: Oh, genius kita bersyarah pula pada pagi hari yang syahadu ni pula.Siap dengan nasihat lagi. Ringkas tetapi padat.
Aiman: Ish.. apa bendalah pula hang ni. Semoga korang dapat jawab dengan baik nanti.
Afiq: Insya ALLAH. Mudah-mudahan. Semoga ALLAH memberikan kita ketenangan dan kelapangan hati untuk menjawab dengan sebaik mungkin.

Maka bermulalah saat di mana semua calon PMR menduduki peperiksaan yang dinanti-nantikan selama ini.Seperti yang diketahui, masa sememangnya cepat berlalu. Akhirnya saat yang turut dinanti-nantikan oleh semua calon PMR iaitu tamatnya peperiksaan PMR pun tiba. Mereka berasa sungguh lega kerana ia telah tamat.
Aizat: Alhamdulillah,akhirnya PMR tamat juga.
Afiq: Yahoo.. merdeka!
Aiman: Merdeka?Mana ada merdeka.Tak lama lagi kita nak menduduki SPM pula.
Akmal: Ish.. genius ni la.Terlalu berpandangan jauh.Optimis terhadap masa hadapan.
Amar: Huh.. Memang sukar nak jumpa insan seperti ini.Huhu..
Aiman: Eee.. korang ni la.Boleh tak berhenti cakap perkara seperti ini?Aku dah bosanlah.Korang bagaimana boleh jawab dengan baik ke soalan Geografi tadi?
Aizat: Soalan dia muda-mudah juga aku tengok.Berbeza dengan soalan-soalan latih tubi yang kita jawab semasa kelas anjal dulu.
Akmal: Biasalah tu.Memang kebiasaannya soalan PMR lebih mudah daripada soalan peperiksaan-peperiksaan lain.

Sementara itu Hazwan dan Adam bersama rakan-rakan mereka turut bercakap tentang PMR yang baru sahaja tamat.

Adam: Aku target aku nak berhenti merokok kalau aku dapat 9A.
Hazwan: Insya ALLAH, hang takkan dapat 9A.
Adam: Astaghfirullah Hal ‘Azim.Sampai hati hang mendoakan seperti itu untuk aku.
Hakimi: Kenapa hang nak berhenti merokok pula kalau hang dapat 9A? Relakslah.Teruskan sajalah ‘style' kita ni.

Bersambung.....

1 comment:

angah said...

hermm...rajinnyeee mengarang...