Monday, April 13, 2009

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 13

Sejak Asyraaf menjadi adik angkat Aiman,Aiman telah sedikit sebanyak berubah.Perkara tersebut disedari oleh sahabat-sahabatnya.

Faiz: Aiman, kenapa aku tengok hang agak lain macam saja

Aiman: Nampak lain macam? Apa yang lain macamnya?

Faiz: Tak adalah..nampak hang macam gembira semacam saja.

Aiman: Yeke? Hahaha...entahlah..aku pun tak tahu nak kata..mungkin sebab..eh tak ada apa-apa la.

Faiz: Hai..nak berahsia dengan aku nampak.bagitau jelah..ala..takkan dengan aku pun nak berahsia.Hmm..hang bawa handphone tak?

Aiman: Mestilah bawa..kalau tak bagaimana aku nak call parents aku nak balik nanti.Lepas tuisyen nanti aku ada hal sikit.

Faiz: Oh..aku pinjam kejap boleh tak?

Aiman: Hang nak pinjam kejap atau handphone?

Faiz: Ish..loyar buruk pula dia ni.Bagi sudahlah........Aiman, hang ada adik angkat ke?

Aiman: Adik angkat? Apa benda yang hang cakap ni?

Faiz: Aku rasa benda ni yang hang rahsiakan daripada pengetahuan aku, betul tak? Takkan handphone hang nak tipu pula.

Aiman: Ish..hang pinjam talefon bimbit aku cuma untuk siasat tu saja ke?

Faiz: Eh..taklah..aku masuk dalam bahagian 'create message' ada mesej hang tulis kata hang takkan beritahu orang pasal hang ada adik angkat.

Aiman: Hmm...memang aku tak mahu beritahu tapi hang dah tahu nak buat macam mana.

Keesokannya di sekolah, Faiz bersembang bertanya sesuatu kepada Aiman.

Faiz: Aku terlupa nak tanyalah,siapakah gerangan adik angkat hang tu?

Aiman: Asyraaf Fauzan Bin Rahman.

Ditakdirkan Amar dan Afiq terdengar perbualan Faiz dan Aiman, lantas mencelah perbualan mereka.

Afiq: La...budak yang tolong hang dulu tu jadi adik angkat hang ke?

Aiman: Dari seorang ke seorang tahu...malaslah aku nak jawab.

Amar: Tak mengapa..hang sudahpun menjawab soalan yang ditanya.Haha..

Afiq: Hang jumpa dengan dia ke yang jadi abang dan adik angkat tu?

Aiman: Aku dengan dia bermesej saja la.Tak jumpa pun.Lagipun boleh berkenalan pun melalui Friendster.

Tiba-tiba kelihatan Asyraaf datang ke kelas 4 Ali untuk berjumpa dengan Aiman.Kelibatnya dilihat oleh mereka yang sedang bersembang.

Afiq: Huh..adik datang nak jumpa abang pula.

Aiman: Hang ni diam banyak boleh tak?

Afiq: Boleh..boleh..no problem.

Asyraaf: Kenapa anta nak jumpa ana?

Aiman: Bukannya apa, ana cuma nak minta pendapat anta kalau ana nak cadangkan pada Cikgu Khairul Anwar agar adakan satu program study group bernama Program Study Group Gerak Gempur PMR yang mana ana dan sahabat-sahabat ana akan jadi mentornya.

Asyraaf: Hmm..idea yang bagus tu.Ana sokong 110%.Ada bahagi kumpulan ke?

Aiman: Sudah semestinya la.

Asyraaf: Kalau macam tu, ana nak berada dalam kumpulan anta la.

Aiman: Insya ALLAH, yang tu sudah semestinya la.

Asyraaf: Ha..tu Arif.cuba tanya pendapat dia pula.Arif..Arif.

Arif: Ada apa,Asyraaf?

Asyraaf: Macam ni. Abang-abang form 4 nak buat study group untuk kita tapi secara formal la dengan cadangkan pada Cikgu Khairul Anwar. Apa pendapat hang?

Arif: Bagus juga idea tu.aku memang sokong la.

Aiman: Kalau begitu, biar ana pergi berjumpa dengan Cikgu Khairul Anwar sekarang. Apapun terima kasih atas pandangan korang berdua.

Lantas Aiman pergi berjumpa dengan kaunselor sekolah iaitu Cikgu Khairul Anwar di biliknya.

Aiman: Assalamualaikum,cikgu

Cikgu Khairul Anwar: Waalaikumussalam,nak jumpa saya ke?

Aiman: Ya,saya nak bagi sedikit cadangan kepada cikgu. Tak mengapa kan?

Cikgu Khairul Anwar: Ya,boleh. Silakan. Cikgu sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan daripada para pelajar.

Aiman: Begini cikgu. Saya ingin mencadangkan supaya  satu program study group bernama Program Study Group Gerak Gempur PMR diadakan untuk para pelajar tingakatan 3 di mana dalam program ini beberapa orang pelajar tingkatan 4 akan menjadi mentor bagi setiap kumpulan study group.Saya rasa program ini dapat digunakan oleh pelajar tingkatan 4 yang telah berjaya dengan cemerlang dalam PMR tahun lepas untuk membalas jasa guru-guru yang telah mencurahkan ilmu kepada kami sehingga kami dapat berjaya dengan cemerlang dalam PMR disamping kami dapat bantu pelajar-pelajar tingkatan 3. Apa pendapat cikgu?

Cikgu Khairul Anwar: Oh,bagi cikgu ia satu idea yang amat bagus dan merupakan satu inovasi yang akan berlaku dalam Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ibnu Taimiyah. Sebelum ni tak pernah ada pun program sebegitu rupa.Apapun, kamu cari dulu pelajar tingkatan 4 yang nak jadi mentor bagi program ni secara sukarela ok. Dan baik kamu berbincang dengan Ustaz Mohd Asri kerana dia guru penyelaras bagi tingkatan 3 kan.

Sejurus selepas berjumpa dengan Cikgu Khairul Anwar,Aiman terus berjumpa dengan Ustaz Mohd Asri.

Aiman: Ustaz, saya ingin mencadangkan supaya  satu program study group bernama Program Study Group Gerak Gempur PMR diadakan untuk para pelajar tingakatan 3 di mana dalam program ini beberapa orang pelajar tingkatan 4 akan menjadi mentor bagi setiap kumpulan study group.Saya rasa program ini dapat digunakan oleh pelajar tingkatan 4 yang telah berjaya dengan cemerlang dalam PMR tahun lepas untuk membalas jasa guru-guru yang telah mencurahkan ilmu kepada kami sehingga kami dapat berjaya dengan cemerlang dalam PMR disamping kami dapat bantu pelajar-pelajar tingkatan 3. Apa pendapat ustaz?

Ustaz Mohd Asri: Bagus sangat tu.Kamu cari sahabat-sahabat kamu yang nak nak jadi mentor tu dan cikgu amanahkan kepada kamu untuk uruskan pembahagian kumpulan tu.Ni senarai pelajar tingkatan 3.Ustazah Fatimah, bagus betullah pelajar tingkatan 4 tahun ni.

Ustazah Fatimah: Kenapa, ustaz?

Ustaz Mohd Asri: Ni ha diorang rajin nak tolong pelajar tingkatan 3.

Aiman: Hmm..kami cuma nak membalas jasa guru-guru yang telah mencurahkan ilmu kepada kami sehingga kami dapat berjaya dengan cemerlang dalam PMR.Tapi ada la sebab lain juga.

Ustazah Fatimah: Oh, ustazah sokong sepenuhnya tindakan kamu tu.

Bersambung....

No comments: