Monday, September 7, 2009

Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 2

Loceng berbunyi menandakan tamatnya sesi persekolahan.Para pelajar gembira kerana mereka dapat kembali ke rumah selepas bertungkus lumus menimba ilmu.

Asyraaf: Huh...sibuk juga ya semasa di tingkatan 4..lagi tension ada la daripada tahun lepas.
Arif: Tu la..ingatkan boleh relaks sedikit tahun ni lepas bertungkus lumus belajar tahun lepas untuk PMR...pening..pening..
Asyraaf: Hmm..kadang-kadang aku terfikir-fikir macam mana arwah Abang Aiman boleh nak ajar kita dalam program study group tu sedangkan kita sekarang ni rasa macam tak ada masa saja untuk buat semua tu.
Arif: Betul juga tu...macam mana ya arwah abang hang tu boleh pandai bahagikan masa..
Asyraaf: Hmm..entahlah...tapi sayangnya sebab arwah abang aku tak rancang dengan betul-betul teliti tu yang program tu akhirnya tak berjalan dengan lancar.
Arif: Betul juga tu...tapi apapun abang hang memang dah berjasa pada kita dalam kita nak duduki PMR tahun lepas..
Asyraaf: Betul..betul...aku setuju sangat..
Arif: Hang masih sedih ke atas pemergian abang kesayangan hang tu?
Asyraaf: Siapa yang tak sedih atas pemergian orang yang disayangi...tapi apa boleh buat..kena terima sajalah ketentuan ALLAH dengan hati yang terbuka..lagipun aku mesti teruskan kehidupan dan berjuang bagi memperoleh kejayaan dalam kehidupan ni..
Arif: Huh..bagusnya hang ni..

Kemudian datang Anwar dan Syukri yang berjalan dengan pantas ke arah Asyraaf dan Arif.

Anwar: Pon..pon tepi sedikit..pelajar lembab..
Syukri: Ya..ya betul tu..pengawas baru yang tak berkaliber.
Asyraaf: Hmm..mengutuk aku ke?
Anwar: Aik...terasa ke? Hahaha...
Syukri: Ala..dah benda yang dikatakan tu betul sebab tu dia terasa..hahaha...
Arif: Tak ada kerja lain ke korang ni ha?
Anwar: Sibuk betul seorang lagi ni..
Asyraaf: Aku nak kata aku ni bagus tak la juga..nak kata tak bagus pun tak juga...
Anwar: Sedar diri tak mengapa..
Syukri: Nak tunjuk baik konon..boleh belah la..
Asyraaf: Aku tau la korang berdua ni baik kan..sebab tu pandai menilai orang...
Anwar: Hai...menyindir kami nampak..tak mengapa..tak mengapa..ada ubi ada batas, ada hari boleh balas...
Arif: Banyak cakap la korang berdua ni..sibuk saja..
Syukri: Wei..Arif..hang tak payah la masuk campur...bukannya ada kaitan dengan hang pun la!
Arif: Kenapa tak ada kaitan dengan aku pula?Asyraaf ni kawan baik aku la...

Anwar dan Syukri yang bengang dengan kata-kata Asyraaf dan Arif kemudiannya meninggalkan mereka.

Arif: Hang bersabar la erk dengan kata-kata diorang..
Asyraaf: Tak mengapa la...biasa la kena kutuk..
Arif: Hang tak la tak berkaliber macam diorang kata..sebaliknya hang memang layak jadi pengawas..cuma diorang tu tak puas hati saja hang dapat jadi pengawas...dulu diorang memang berusaha buat macam-macam supaya hang tak dilantik menjadi pengawas..
Asyraaf: Apa maksud hang?
Arif: Sebenarnya dulu diorang yang beritahu Abang Faiz dan Abang Amar yang bukan-bukan pasal hang..sebab tu diorang memang tak mahu hang jadi pengawas..
Asyraaf: La...ya ka?Jadi tu kerja diorang la..
Arif: Tapi dulu aku yakin kebenaran pasti tertegak dan kebatilan pasti dijatuhkan..
Asyraaf: Huh..hebat pemikiran hang tu..

Sementara itu, Anwar  dan Syukri yang bengang dengan Asyraaf dan Arif pula bercakap sesama mereka.

Anwar: He...geram betul aku la pada Asyraaf tu...macam nak cekik-cekik je sampai mati..
Syukri: Aku rasa Asyraaf ni memang nak cari pasal dengan kita la..nak kena la dia ni..
Anwar: Ha..apa rancangan yang hang nak beritahu aku tu?
Syukri: Oh...rancangannya mudah saja.Aku nak letak VCD lucah dan rokok dalam beg dia kemudian aku nak laporkan kepada Sir Ahmad Tarmizi.
Anwar: Wah..hebatnya rancangan hang tu..aku sokong 100%! Biar Asyraaf tu kena pecat daripada pengawas..malu gila dia...Hahahaha..
Syukri: Itu la..aku nak tengok apa dia nak kata nanti...hahaha...
Anwar: Eee..tak sabarnya aku nak tengok Asyraaf kena pecat..
Syukri: Sabar..sabar..tunggu hari yang menggembirakan esok..hahahaha..

Pada malam itu, Asyraaf menerima satu mesej daripada seorang perempuan yang tidak dikenalinya yang berkata,
“Salam...ni Asyraaf kan?Apa khabar?lama tak dengar cite...cuba la teka siapa ni..bkn laki tau tapi gurlz...”

Bersambung.....

1 comment:

lily92_ said...

Nmpknya smbungan cte ni
akn b'tmbah mnarik n pnjg lg...huhu...
Keep it up buddy...!!...
=)