Sunday, November 29, 2009

Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 8

Asyraaf berasa hairan tatkala melihat Hafiz bercakap sesuatu yang kemudiannya dia menarik balik kata-katanya itu.

Asyraaf: Hmm..sebenarnya dia tu apa ha?
Hafiz: Errr....tak ada apa-apa la..never mind..
Asyraaf: Berahsia pula dengan aku...tak apa..tak apa..
Hafiz: Ish..buat merajuk pula dia ni..kalau aku beritahu hang..hang berjanji jangan beritahu sesiapa boleh?
Asyraaf: Hmm..insya ALLAH..apa dianya ni ha?
Hafiz: Aliya tu boleh dikatakan ehem..ehem dengan Arif.
Asyraaf: Ehem..ehem dengan Arif? Apa maksud hang ni? Couple?
Hafiz: Boleh dikatakan begitulah...
Asyraaf: What?! Hang ni merepek apa pula...aku tak percaya la..
Hafiz: Terpulang la pada hang..nak percaya ke tak..hang boleh la tanya dia sendiri..tak pun tanya Aliya tu...
Asyraaf: Hmmm..oklah...oklah...macam-macam betul...

Kemudian datang Arif setelah terdengar perbualan Hafiz dan Asyraaf.

Arif: Apa hal ni? Apa yang macam-macamnya?
Asyraaf: Hehehee..tak ada apa-apa la...
Arif: Berahsia pula dengan aku nampak..
Hafiz: Seorang lagi nampaknya...eh..tak ada apa-apa..
Arif: Seorang lagi apa ha?
Asyraaf: Seorang lagi datang la..ish..tu pun tak tahu..
Arif: Hmm...ya la tu...

Seorang pelajar tingkatan 3 bernama Amrul datang ke kelas 4 Ali untuk berjumpa dengan Arif.

Hafiz: Hmm..tu ha ada budak datang cari hang..
Arif: Ada apa ni?
Amirul: Hmm..Ustaz Mohd Asri nak jumpa anta di bilik guru sekarang.
Arif: Oh..yeke..ok..terima kasih...

Amirul pun pergi meninggalkan kelas 4 Ali pulang ke kelasnya.

Asyraaf: Apa hal tu?
Arif: Ustaz Mohd Asri nak jumpa aku di bilik guru sekarang..jom Asyraaf temankan aku.
Asyraaf: Ok..jom-jom..
Hafiz: Hek eleh..nak pergi ke bilik guru pun nak berteman.
Arif: Ala..bosan la pergi seorang..pergi berdua boleh sembang..
Hafiz: Oh..tak ajak aku pun..tak apa..tak apa..
Arif: Ala..hang kan tak suka pergi bilik guru.
Hafiz: Siapa kata  macam tu ha?
Asyraaf: Ish..hang la dulu ada kata macam tu..kata nanti cikgu-cikgu hairan asyik nampak muka yang sama je datang ke bilik guru.
Hafiz: Hmm..ok la..ok la..aku pun nak buat latihan Add Math..ye la kan..aku ni selalu dapat G je Add Math..tak macam seorang tu selalu dapat A1...
Asyraaf: Amboi..menyindir nampak...ha..jom la Arif...
Arif: Jom..jom..nanti ustaz bising pula lambat sangat..

Semasa dalam perjalanan ke bilik guru, Asyraaf teringat untuk bertanya kepada Arif tentang Aliya.

Asyraaf: Aku nak tanya sikit boleh tak?
Arif: Ya..boleh..apa bendanya ni?
Asyraaf: Hang kenal tak Aliya, pelajar SMKAP?
Arif: Err...apa hal tiba-tiba tanya soalan macam tu?
Asyraaf: Banyak soal pula dia ni aih..kenal ke tak?
Arif: Kenal tu memang la kenal..kenapa?
Asyraaf: Hang dengan dia rapat ke?
Arif: Hai...banyak tanya nampak...straight to the point boleh tak?
Asyraaf: Okla...okla...hang dengan dia bercouple ke?
Arif: Hmm.....
Asyraaf: Kenapa tak jawab? Jawapan dia betul ke...
Arif: Nak kata bercouple tu tak la juga....nak kata tak pun tak la juga..
Asyraaf: Haih..kalau Abang Amar dan Abang Faiz tahu macam mana?
Arif: Kalau tengok tu bukan macam couple pun..kalau diorang tahu, maknanya hang la yang beritahu!
Asyraaf: Ish...tak ada la aku nak beritahu diorang.

Sampai di bilik guru, kelihatan Ustaz Mohd Asri agak geram dengan Arif yang lewat datang.

Ustaz Mohd Asri: Kenapa kamu datang lambat sangat ha?Kesian pelajar baru kita ni tunggu lama...
Arif: Minta maaf la ustaz.. pelajar baru??

Bersambung......

No comments: