Oleh:
Friendster merupakan laman sosial yang paling popular masa kini. Setiap hari, lebih 1 juta pengguna akan log in dan membuat apa-apa yang berkaitan di dalam Friendster. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, Friendster berdepan dengan profile palsu yang bertujuan untuk menyebarkan komen yang berbaur lucah. Dan komen yang berbaur lucah ini akan disebarkan dari 1 pengguna ke pengguna yang lain. Malangnya, pengguna yang "menghantar" komen itu merupakan pengguna yang sebenar.

Gambar di atas merupakan salah satu profile yang penuh dengan komen yang mengajak sesiapa sahaja untuk klik pada gambar dan menghantar pengguna ke laman web lucah. Pengguna yang menghantar komen itu merupakan pengguna sebenar. Ramai kawan di luar sana mendapat komen atau mesej seperti itu atau seumpamanya. Bagi aku, ia mungkin disebabkan 2 perkara.