Wednesday, December 23, 2009

Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 9

Arif agak terkejut apabila diberitahu oleh Ustaz Mohd Asri tentang kehadiran pelajar baru ke sekolah itu.

Asyraaf: Wow..handsome juga sahabat baru kita ni..
Amirul: Hehehe..mengarut apa la..mana ada..apa nama hang?
Asyraaf: Nama aku? Sedap tau..Asyraaf Fauzan Bin Rahman..huhu..hang?
Amirul: Nama aku lagi sedap tau..Amirul Imtiyaz Bin Amirul Amin.
Arif: Fuh..imtiyaz..smart gila nama hang..nama aku Muhammad Arif Bin Amran.
Amirul: Oh..ok.Ala..setakat nama saja la..orangnya bukan macam nama tu pun.haha..
Asyraaf: Kata saja tu kan..hakikatnya orang lain boleh nampak..haha..

Ustaz Mohd Asri melihat mereka bertiga bersembang dan masih belum pulang ke kelas.

Ustaz Mohd Asri: Ish..sudah la..nak bersembang pergi sembang di kelas..entah cikgu dah masuk dalam kelas tu..
Asyraaf: Baik, ustaz..sori la buat bising di bilik guru ni..hehe..
Arif: Dipersilakan sahabatku Amirul Imtiyaz ke kelas barumu...4 Ali..hehe..
Amirul: Ok..jom..jom..tak sabar nak berjumpa sahabat-sahabat baru ni..

Maka mereka bertiga pun pulang ke kelas 4 Ali. Dalam perjalanan pulang ke kelas, mereka bertembung dengan Sir Ahmad Tarmizi.

Sir Ahmad Tarmizi: Eh..siapa ni? Saya tak pernah tengok pun kamu ni.pelajar baru ke?
Amirul: Ya, cikgu. Saya pelajar baru di sekolah ni.
Asyraaf: Eh..sekarang masa sir kan? Kami pun memang nak balik kelas pun ni..
Sir Ahmad Tarmizi: Ya..ha..baguslah ingat sekarang masa saya masuk kelas kamu..nanti kamu bawa la kawan baru kamu ni jelajah satu sekolah.
Arif: Baik..sir.

Di dalam kelas 4 Ali, sebelum Sir Ahmad Tarmizi memulakan pengajaran, beliau memandang Amirul Imtiyaz yang membuatkan Amirul berasa hairan.

Sir Ahmad Tarmizi: Hmm..sebelum saya memulakan pengajaran, saya nak minta la pelajar baru kita untuk memperkenalkan diri..saya sendiri pun belum tahu apa namanya..ya..dipersilakan.
Amirul: Hehehe..patut la sir tersenyum pandang saya..ok..ok..nama saya Amirul Imtiyaz Bin Amirul Amin..baru berpindah dari Negeri Perlis.. prinsip hidup saya hanyalah satu..mencari keredhaan ALLAH adalah lebih utama dan lebih penting daripada segalanya.. tu saja rasanya yang perlu..hehe..

Ketika Amirul Imtiyaz sedang memperkenalkan diri di dalam kelasnya, Anwar dan Syukri melintasi di hadapan kelas itu dan nampak kelibat Amirul.

Anwar: Eh..cuba tengok tu..ada pelajar baru ke tu?
Syukri: Eh..ya la..ada pelajar baru la..agak-agak dia tu macam si Asyraaf ke ataupun ada gaya macam kita?
Anwar: Ceh..soalan bodoh la hang ni..aku tengok muka dia tu pun tahu dia tu dua kali lima, lima tambah lima saja macam Asyraaf tu..
Syukri: Amboi..pandainya..tengok muka dia pun boleh tahu..hahaha..
Anwar: Haih...buat tak kenal aku pula..aku ni kan Anwar..pakar psikologi..hahaha..
Syukri: Hang ni kan tak buat aku ketawa boleh tak..nak muntah aku dengar hang kata pakar psikologi..

Selepas tamat waktu persekolahan, Asyraaf, Amirul dan Arif bertembung dengan Anwar dan Syukri di pondok menunggu.

Syukri: Assalamu’alaikum tiga sekawan..ada kawan baru nampak..apa nama hang? Aku Syukri dan dia ni Anwar..
Amirul: Oh..nama aku Amirul Imtiyaz..hang kelas mana?
Anwar: Huih..kami kelas khalifah pertama..Abu Bakar As Siddiq..bukan khalifah keempat..
Asyraaf: Hek eleh...buat bangga pula berada dalam kelas 4 Abu Bakar..
Anwar: Menyibuk saja hang ni Asyraaf..ada ke aku cakap dengan hang? Aku cakap dengan Amirul Imtiyaz la..
Asyraaf: Salah ke aku nak menyampuk ha?
Syukri: Ish...salah la..pengawas apa ni yang tu pun tak reti..
Amirul: Macam-macam la korang ni..ok la..jom Asyraaf..Arif..kami pergi dulu..nak pergi library..
Anwar: Ok..ok..pergi..pergi..
Amirul: Amboi..macam halau nampak..
Syukri: Ala..tak ada la..mungkin untuk seorang tu agaknya..
Asyraaf: Emm..kata pada aku la tu..
Anwar: Hahahaha..makan cili terasa pedas..makan coklat terasa manis..

Ketika berjalan ke perpustakaan, Amirul Imtiyaz teringat untuk bertanyakan sesuatu kepada Asyraaf.

Amirul: Aku tengok macam Anwar dan Syukri tu tak suka dengan hang saja..kenapa ya?
Asyraaf: Hahaha..memang pun..dari dulu lagi..nak cerita panjang la..nanti hang akan tahu..eh..mana Hafiz?

Bersambung.....

2 comments:

kai kisas said...

kan bagus kalau mengikuti sambungan drama ni... tapi apakah daya, masa x mengizinkan kita..

Thanks for everythings

admin said...

Ala..x mengapa..nanti boleh baca masa lain..masa cuti ke tak pun lepas SPM..huhuhu...