Friday, February 24, 2012

Sibuk Atau Buat-Buat Sibuk?

Aha! Macam menarik kan tajuk coretan aku untuk kali ni, tak gitu? Tak? Hmmm.. tak mengapalah kalau tak menarik, korang tak perlu baca ayat seterusnya. Buat merajuk pula ye. Hehe.

Sudah lamaaaaa bebenor aku tak ‘update’ blog ni. Kali terakhir update pada 5 Februari yang lalu, itu pun bukan artikel baru, artikel lama yang dinaikkan semula. Apa puncanya? Aku malas menaip? Tak ada idea? Komputer bermasalah? Oh.. bukan semua itu! Alasannya… sebab aku agak sibuk!

DSCN1281

Timbul lagi satu soalan, sibuk yang memang sibuk, atau buat-buat sibuk? Jawapan aku: Entahlah… Tapi kalau orang yang kata “Sibuk nooo hang ni”, aku akan balas dengan “Haha. Buat-buat sibuk je!”.

Secara peribadi, sebenarnya tak kisah mana-mana pun, sebab yang lebih penting keikhlasan kita dalam melakukan sesuatu, untuk mencari keredhaan Allah ‘Azza Wa Jalla. Ye tak?

Saban hari, hidup aku dipenuhi dengan macam-macam aktiviti, dengan kelas formal bersama pensyarah, kelas intensif(mentor mentee programme), lab report, assignment, tutorial exercises, meeting programme, meeting society, halaqah dan kerja-kerja tambahan termasuk persediaan untuk perkara yang disebut di atas.

Dek banyak juga aktiviti yang dibuat, maka terpaksa buat reminder dan catatan dekat board meja study aku. Alhamdulillah, so far tak ada benda ‘penting’ yang terlupa. Yang kurang ‘penting, perkara kecil yang tak ditulis dalam reminder, ada je yang terlupa, aku bukan orang kuat ingatan. Lagipun kan… insan memang mudah lupa! Cover..cover. hehe.

DSCN1291

Minggu lepas, aku bersama beberapa orang sahabat diberi peluang untuk join “Peer Tutor Training Camp” anjuran IIUM Student Learning Enchancement Unit(SLEU) di Cherating, Pahang. Pada awalnya, dalam mindset aku, aku join kem ni lebih kepada nak makan angin je, bukan nak training apa sangat pun, maklum la, kem ni di tepi laut. Huhu.

MasyaAllah, setelah sehari berada di sana, mindset aku berubah dengan serta merta, kehadiran aku ke kem tu bukan hanya untuk makan angin, tapi tujuan yang lebih penting dan utama, untuk mantapkan keperibadian diri termasuk soft skills dan learning skills. Trainers yang diketuai Bro Osman Affan memang terbaik!

Disebabkan majoriti peserta kem tu students dari kampus Gombak dan Kuantan, banyak perkara baru yang dipelajari daripada pengalaman diorang serta hasil perbualan. One of my roommate there, he was international students. Already married. He is now in process to complete his thesis for PhD. Subhanallah, it’s so impressive to talk with him!

DSCN1212

Alhamdulillah, memang tak rasa rugi pergi kem tu, dan ia sangat bermakna buat diriku. Walaupun ada yang kata, “tak payah pergilah, minggu depan kan ada banyak quiz dan kerja pun banyak”, ia sikit pun tak buatkan pendirian aku jadi goyah, malah menguatkan lagi ada la!

Oklah..cukup panjang dah pun coretan buat kali ni. InsyaAllah, hari selasa depan bakal kembali ke Perlis. Then, Jumaat kembali semua ke KL sebab keesokan harinya ada MUET Writing, Listening & Reading Tests.

Semoga Allah ‘Azza Wa Jalla senantiasa merahmati dan meredhai kita, dan pastinya memberkati masa kita!

Smile

No comments: