Monday, April 30, 2012

Ulasan Ringkas Berkenaan BERSIH 3.0

Aku ‘memberanikan’ diri untuk memberi sedikit ulasan ringkas berkenaan perhimpunan BERSIH 3.0, dek ‘kebetulan' aku sempat berada di lokasi kejadian, dapat jadi pemerhati walaupun asalnya bukan berhajat untuk sertai.

Aku dalam perjalanan ke Ancasa Express Hotel @ Pudu Sentral, sebab ayah aku datang dari Perlis untuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, dan ajak aku menginap sekali di hotel berkenaan.

Hmmm.. Segalanya bermula apabila didapati stesen LRT Pasar Seni dan Masjid Jamek ‘ditutup’ dan sistem LRT ‘lumpuh’. Pengalaman paling tak dapat dilupakan apabila melihat segerombolan anggota polis datang ke arah para peserta perhimpunan. Dek melihat para peserta pakat lari, aku pun tumpang kaki sekali lari. Manalah tahu kena tangkap kan! Hehe. Oklah.. back to the topic.

Pertama sekali, pihak berkuasa sepatutnya 'berlembut' dengan kehendak rakyat yang ingin berhimpun di Dataran Merdeka. Usah ‘ego’ untuk berikan ruang kepada mereka untuk berhimpun di sana. Apa susah sangat nak bagi mereka gunakan lokasi berkenaan untuk berhimpun.

Namun begitu, pihak penganjur juga sepatutnya 'akur' dengan cadangan lokasi lain yang diberikan. 'Mengalah' bukan bererti 'kalah'.
Walau bagaimanapun, pihak penganjur mungkin masih terkesan dengan sikap pihak berkuasa yang ‘main-main’ ketika menawarkan stadium ketika BERSIH 2.0, akhirnya tak dapat.

Polis guna gas pemedih mata surai peserta Bersih

Kedua, wajarkah perhimpunan ini dipanggil KOTOR 3.0? Pada pandangan peribadi, tidak patut sama sekali. Tidaklah 'adil untuk kita gelar ia 'perhimpunan kotor' disebabkan tindakan 'minoriti'. Tindakan yang salah memang patut dikatakan salah, tapi jangan bersikap suka pukul rata.

Lagipun insiden ‘tak diingini’ hanya berlaku selepas pihak penganjur sudah maklumkan kepada peserta supaya bersurai. Entah berapa jam mereka berkumpul dam berhimpun di sana dengan aman.

Ketiga, sebahgian pihak polis tidak sepatutnya bertindak 'kasar' dengan peserta perhimpunan, walaupun sebahagiannya bertindak 'ganas', mereka tetap perlu cuba berlembut. Mereka berhadapan dengan 'rakyat', bukan memburu 'penjenayah'!

Majoriti peserta ok je tengok. Cuma, ada sebahagian para peserta yang bertindak 'ganas' dan 'melampau' dengan merosakkan kereta polis. Juga soal sampah yang bersepah merata tempat tak sepatutnya berlaku, ini agak dikesali.

Tak wajar juga untuk gelar 'polis anjing' dan sebagainya. Usah pukul rata. Memang tindakan sebahagian anggota polis kita bantah dan tak bersetuju, tapi itu bukanlah lesen untuk kita caci, maki hamun dan hina mereka ikut sedap hati, juga keluarkan kata-kata kesat dan kotor.

Keempat, soal siapa ganas atau lebih ganas, siapa lebiht teruk, bukan perkara utama untuk 'dibahaskan', tapi impak dan kesan perhimpunan ni dalam reformasi pilihan raya di Malaysia.

Secara peribadi aku katakan perhimpunan ini ‘berjaya’. Sebab? Orang ramai dari seluruh negara mengambil tahu tentang hal ini, apakah tujuan mereka berhimpun, apa tuntutan mereka sebenarnya.

Sebab itu pernah aku katakan, yang menjadi 'masalah' bukanlah mereka yang 'sokong' atau 'bantah' BERSIH 3.0, tetapi mereka yang tak ambil peduli langsung tentang isu semasa dan kata "malas nak fikir benda-benda tak penting macam ni, banyak benda lain patut difikirkan".

BERSIH 3.0 Overturned police car

Akhir kalam, diharap semua pihak berlapang dada dan bersikap matang dalam menilai dan melihat isu ini. Lihat daripada pelbagai perspektif. Tak perlu beremosi dan melatah tak tentu pasal, apatah lagi menambah saham dosa dan neraka dengan umpatan, kutukan dan fitnah yang entah apa-apa.

Aku malas nak ulas panjang-panjang sebab aku tak pergi dan lihat semua lokasi himpunan. Biarlah kita masing-masing nilai dengan mata hati dengan penuh matang dan tinggi intelektual disertai mentaliti yang tinggi.

Semoga Allah 'Azza Wa Jalla sentiasa rahmati dan berkati kita semua, serta mengampuni keterlanjuran kita dalam urusan hidup kita. :)

No comments: