Thursday, December 18, 2008

Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” - Bahagian 15

Aiman yang jarang sekali menerima surat secara tiba-tiba menerima sepucuk surat yang diposkan ke rumahnya.Aiman terfikir-fikir apakah kandungan surat tersebut lantas membukanya.Dia sememangnya terkejut apabila melihat sebuah pek sim Hotlink yang mana nombor itu merupakan nombor yang pernah digunakan insan yang tidak dikenalinya untuk menganggunya dengan mengatakan banyak perkara yang menyakitkan hati Aiman.

Aiman terfikir siapakah gerangan insan tersebut dan apakah motif insan tersebut menghantar pek sim tersebut kepadanya.Namun dia gagal merungkai persoalan tersebut yang bermain dalam dirinya.Tanpa membuang masa, Aiman memasang kad sim tersebut ke dalam talefon bimbitnya.Terlintas di hatinya untuk menyiasat siapakah pemilik nombor tersebut dengan menghantar mesej ke Hotlink untuk mengetahui tarikh lahir pemilik nombor tersebut.Aiman amat terkejut apabila dia mendapat tahu tarikh lahir tersebut sama dengan tarikh lahirnya.

Aiman memang yakin bahawa nombor tersebut didaftarkan atas namanya.Namun dia hairan bagaimana insan tersebut boleh mendaftarkan nombor tersebut atas namanya.Nampaknya timbul lagi persoalan dan ia merupakan satu lagi persoalan yang bermain dalam fikirannya yang dirasakannya tidak akan terungkai.Aiman fikir insan itu seolah-olah ingin bermain-main dengannya.Aiman memang berasa tertekan memikirkan terlalu banyak perkara yang menimpanya yang tidak diduganya dan sememangnya pelik.Namun dia yakin semuanya merupakan dugaan daripada ALLAH untuk menguji dirinya.

Sukarnya untuk aku membuktikan, kebenaran yang berpihak padaku, kerana peluang langsung tiada padaku.Sedarlah aku erti senyuman pada dendam yang tidak pernah padam pada lirih matamu ada pedang tajam yang merejam.Itulah bait-bait lirik lagu Metafora nyanyian kumpulan Nice yang bermain-main dalam fikiran Aiman tatkala dia termenung pada malam itu.Aiman kesal kerana dia tidak dapat membuktikan kepada sahabat-sahabatnya bahawa adik angkatnya, Asyraaf bukan seperti yang mereka sangkakan yang mana mereka sering mengutuk Asyraaf.Dia turut sedih mengenangkan kata-kata sahabatnya bahawa dia lebih mempercayai Asyraaf daripada sahabat baiknya sendiri.Aiman mempercayai semua kenalannya namun dalam situasi tertentu, dia mengikut kata nalurinya yang menentukan siapa yang ingin dia lebih percayai dalam sesuatu hal.

Aiman juga turut terkenangkan janjinya kepada Asyraaf bahawa dia akan berusaha membuatkan Asyraaf turut dilantik menjadi seorang pengawas sekolah dan sekiranya dia gagal dia akan meletakkan jawatan sebagai seorang pengawas sekolah.Hakikatnya, Aiman gagal menunaikan janjinya itu apabila Asyraaf tidak tercalon dalam senarai percalonan pengawas baru tahun 2009.Dalam fikirannya, Aiman ingin menunaikan janjinya untuk meletakkan jawatan sebagai pengawas sekolah dan pada masa yang sama dia juga masih ingin terus kekal berada dalam badan pengawas sekolahnya.

Cuti persekolahan akhir tahun pun bermula.Aiman menghantar mesej kepada Asyraaf dan bertanya kepada Asyraaf sama ada Asyraaf mahu dia meletakkan jawatan sebagai pengawas sekolah ataupun tidak.Namun setelah hampir sebulan dia menunggu, Asyraaf masih tidak membalas mesejnya.

Adakah Ahmad Aiman akan meletakkan jawatannya sebagai pengawas sekolah?
Bersambung.....

No comments: