Wednesday, December 3, 2008

Cerpen “Madu Dibalas Racun 2” - Bahagian 2

Ketika Aiman, Faiz dan Khairul hendak keluar dari kelas mereka untuk pergi ke bilik guru, datang seorang pelajar tingkatan 2 bernama Mukhlis dan mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan Aiman.
"Abang, Cikgu Khairul Anwar hendak berjumpa dengan abang sekarang", kata Mukhlis.
"Ok. Terima kasih atas maklumat tersebut. Dia berada di bilik kaunseling ke?", tanya Aiman.
"Ya, Cikgu Khairul Anwar berada di bilik kaunseling", jawab Mukhlis.

Lantas Aiman pergi ke bilik kaunseling untuk berjumpa dengan Cikgu Khairul Anwar.



"Assalamualaikum, cikgu. Cikgu hendak berjumpa dengan saya ke?", tanya Aiman.
"Ya, sudah semestinya. Begini, dahulu kamu ada minta cadangan untuk program lepasan PMR daripada para pelajar Tingkatan 3 Abu Bakar kan. Cikgu rasa kamu patut minta cadangan daripada beberapa kelas lagi. Kalau tidak semua pun tidak mengapa. Selepas kamu dapat cadangan-cadangan tersebut, kamu analisa dan tapis cadangan-cadangan yang relevan dan sesuai. Selepas itu baru kamu kemukan cadangan-cadangan yang relevan dan sesuai itu kepada cikgu. Bagaimana, ok?", kata Cikgu Khairul Anwar.
"Baiklah kalau begitu. Saya akan turut minta cadangan daripada pelajar Tingkatan 3 Ali, 3 Umar, 3 Asma' dan 3 Fatimah. Selepas itu saya akan analisa cadangan yang relevan dan sesuai kemudian baru saya serahkan kepada cikgu. Tetapi mungkin saya serahkan selepas cuti sekolah nanti kerana minggu depan insya ALLAH saya akan menduduki peperiksaan pertengahan penggal 2. Lagipun saya juga agak sibuk dengan pelbagai hal yang lain", jawab Aiman.
"Oklah kalau begitu. Tak mengapa, cikgu faham kamu pun sibuk seperti cikgu juga. Ini cadangan yang dihantar terus kepada cikgu oleh para pelajar Tingkatan 3 Abu Bakar. Kamu analisa sama ya", kata Cikgu Khairul Anwar.
Selepas itu Aiman pun beredar meninggalkan bilik kaunseling. Faiz dan Khairul yang sedang bersembang di dalam kelas mereka ternampak kelibat Aiman yang berjalan terus di hadapan kelas mereka.

"Aku tengok Aiman tu sibuk semacam saja. Jalan pun pantas dan lebih daripda menteri pula", kata Faiz kepada Khairul.
"Entahlah dia tu. Aku tengok dia terlalu suka untuk membuat kebaikan kepada orang lain sehingga mengabaikan diri sendiri pula. Aku pun tidak tahu hendak kata apa pada dia", balas Khairul.
"Biarkan saja dia. Sudah itu yang dia suka lakukan. Kita sebagai sahabatnya cuma harus sentiasa mendampinginya dan menyokongnya pada setiap masa", kata Faiz.

Aiman berjumpa dengan seorang pelajar tingkatan 3 iaitu Izzat lalu berkata,
"Izzat, ana hendak minta tolong enta ni. Tolong maklumkan kepada para pelajar tingkatan 3 Ali, 3 Umar, 3 Asma' dan 3 Fatimah supaya menyediakan kertas cadangan untuk program lepasan PMR nanti. Selepas itu minta diorang serahkannya kepada ana selewat-lewatnya lusa".
"Baiklah Abang Aiman. Eh.. kelas 3 Abu Bakar tidak perlu dimaklumkan ke?", tanya Izzat.
"Tak perlu. Diorang sudahpun memberikan cadangan diorang beserta ‘buah tangan' yang istimewa", jawab Aiman.
"Hmm.. ‘buah tangan' istimewa? Apa dia?", tanya Izzat kehairanan.
"Tak ada apa-apa, saja ana kata seperti itu", jawab Aiman.

Selepas itu Aiman pulang ke kelasnya selepas dia merasakan urusannya sudah selesai. Setibanya di kelas, dia hairan melihat riak wajah Khairul yang agak pelik seperti ada sesuatu yang ingin dikatakan kepadanya.

Aapakah yang Khairul ingin katakan kepada Ahmad Aiman?
Bersambung.....

No comments: